Pilihan raya 2022: Berikan liputan media adil kepada semua parti dan calon (Malay/English)

GERALT/PIXABAY

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru semua organisasi penyiaran, khususnya organisasi penyiaran milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan Astro, serta portal berita bercetak mahupun atas talian untuk memberikan liputan media yang adil dan seimbang kepada semua parti-parti politik dan calon bebas di dalam pilihan raya umum ini.

Kerajaan dan Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob perlu mengarahkan RTM untuk memainkan peranan mereka sebagai badan penyiaran negara yang berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia.

Bersih mengingatkan semua organisasi media bahawa sebagai tunggak keempat demokrasi, mereka memainkan peranan yang penting untuk memastikan demokrasi hidup. Mereka adalah penghubung maklumat yang boleh mempengaruhi pilihan 21.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dalam pilihan raya umum pada 19 November. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat malah perlu memberikan akses media adil kepada semua calon pilihan raya.

Bersih mencadangkan tiga program TV dan siaran radio:

  • Siaran parti politik – di mana semua parti politik diberikan masa siaran untuk menerangkan manifesto mereka, sama ada secara sama rata atau berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi, dengan parti utama diberikan masa yang lebih, namun semua parti dan calon bebas masih diberikan masa siaran
  • Debat calon perdana menteri – Walaupun ini baru dalam politik Malaysia, debat bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita, di mana universiti dan sekolah telah lama menganjurkannya dan ianya merupakan sebahagian proses pembuatan dasar di Parlimen. Calon PM perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau mempunyai keupayaan untuk membahaskan polisi penting dan mengucapkan isu-isu mustahak
  • Dialog pelbagai parti – di mana wakil daripada parti yang berbeza dan bebas duduk bersama membincangkan pelbagai isu penting secara beradab dan bertamadun
READ MORE:  Pertandingan agung – Antara kemanfaatan dan kemungkaran menjelang 19 November

Inisiatif ini bukan sahaja berinformatif kepada rakyat malah akan menyemai budaya baharu politik yang lebih sivil diantara ahli-ahli politik. Parti-parti juga akan dipaksa untuk menurunkan calon yang lebih berkelayakan yang berupaya mewakili parti mereka dengan lebih baik.

Bagi RTM dan lain-lain badan penyiaran milik kerajaan yang menyediakan masa siaran saksama kepada parti-parti politik, ianya adalah satu bentuk pendanaan awam kepada parti politik secara tidak langsung, yang merupakan salah satu elemen reformasi pembiayaan politik yang negara ini perlukan.

Mari jadikan pilihan raya umum kali ini sebagai pilihan raya yang membuka jalan kepada reformasi demokratik yang lebih baik dengan memastikan calon bebas dan parti-parti politik mempunyai akses media yang saksama. – Bersih

English version

Election 2022: Provide fair media access for all parties and candidates

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) calls on all broadcast media organisations, in particular, state-owned RTM, Media Prima and Astro, as well as all print and online news portals, to provide fair and balance media coverage for all political parties and independent candidates in the upcoming general election.

The caretaker government of Prime Minister Ismail Sabri Yaakob should take the lead and instruct RTM to play its role as the nation’s broadcaster to serve all Malaysians.

Bersih reminds all media organisations that as the fourth estate of democracy, they play a vital role to keep democracy alive. They are the communicators of information that could influence the choices of the 21.1 million Malaysians who are eligible to vote in the general election on 19 November. They have a responsibility to not only communicate accurate information but to provide fair access to all contestants in this election.

READ MORE:  Is this Umno’s position: You can drown in the flood for all I care - I only want your vote?

Bersih proposes three types of programming for TV and radio broadcasters:

  • Party political broadcasts – where all political parties are given airtime to state their election manifestos, either equally or in accordance with the number of seats they are contesting, with the major parties given more time but all parties and independent candidates also being allotted time
  • Prime minister-candidates’ debates – while this would be novel in Malaysian politics, debates are nothing new in our society, where schools and universities have long organised them. It is also part of the process of lawmaking in Parliament. A prime ministerial aspirant must show the people that he or she has the ability to robustly debate important policy issues and address matters of importance
  • Multi-party dialogues or talk shows – where representatives from different parties and independents can sit together to discuss important issues in a civil manner

Such initiatives would not only be informative for the voting public but also foster a new culture of civility among politicians. Parties would also be forced to field better qualified candidates who can articulate and represent their parties better.

For RTM and other state-owned broadcasters to provide equitable airtime for political parties – it would be a form of indirect public funding for parties, an integral element of political financing reform that is needed for this country.

Let the upcoming general election be defined as the election that paved the path to greater democratic reforms by being the first where all political parties and independents have equitable access to the mass media. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments