PH tidak komited mansuh akta drakonian

0
74
Wan Ji Wan Hussin's Facebook

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun kepada pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan adalah satu akta yang drakonian tinggalan penjajah yang bertujuan untuk mengekang kebebasan bersuara dan sering menjadi alat pemerintah untuk membungkam suara rakyat.

Pakatan Harapan dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menghapuskan Akta Hasutan ini dan menegakkan kebebasan bersuara sebagaimana termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini Lokman Nor Adam pernah ditahan serta disiasat di bawah Akta Hasutan dan mangsa terbaru akta zalim ini adalah Ustaz Wan Ji Wan Hussin.

Pakatan Harapan wajib untuk melihat semula janji manifesto mereka iaitu Janji 27 yang menyatakan; “Ada di antara undang-undang ini yang diwarisi sejak zaman penjajah British lagi, tanpa dipinda untuk menjadikannya lebih adil untuk rakyat sebuah negara merdeka” dan kemudiannya berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Sudah tiba masanya untuk Pakatan Harapan mengotakan janji mereka untuk menghapuskan undang-undang zalim dan lapuk ini serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

(Visited 66 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of