[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih dan Global Bersih menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membuat perubahan segera terhadap sistem pengundian pos luar negara ini bagi memastikan jumlah pengundi Malaysia yang semakin meningkat di luar negara dapat mengundi dengan berkesan pada pilihan raya umum akan datang.
Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik akan menyebabkan peningkatan jumlah pengundi daripada 14.9 juta pada pilihan raya umum 2018 kepada 21.1 juta dalam daftar pemilih semasa.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan memerlukan masa yang mencukupi untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan memastikan sistem undi pos di luar negara dilaksanakan dengan berkesan. Memandangkan spekulasi bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan pada November 2022, terdapat keperluan untuk perubahan berikut dilaksanakan secepat mungkin:
- Suruhanjaya Pilihanraya perlu membuka proses pendaftaran untuk pengundi luar negara dengan serta merta dan menyediakan proses pendaftaran pengundi luar negara yang berterusan bagi mengelakkan proses ini terlewat dan tertangguh. Pada masa ini, rakyat Malaysia di luar negara perlu mendaftar sebagai pegundi pos luar negara dalam tempoh yang singkat sebelum setiap pilihan raya. Ini memberi tekanan kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya memproses permohonan manakala pengundi luar negara pula tidak sempat untuk memohon dalam tempoh masa yang terhad
- Bukan warganegara Malaysia harus dibenarkan menjadi saksi pada dokumen undi pos luar negara. Keperluan semasa bahawa dokumen undi pos mesti ditandatangani dan disaksikan oleh seorang warganegara Malaysia telah terbukti menjadi batu penghalang bagi ramai rakyat Malaysia di luar negara yang tinggal di kawasan yang mempunyai sedikit atau tiada rakyat Malaysia yang lain. Membenarkan bukan warganegara Malaysia menjadi saksi akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara mengambil bahagian dalam proses pengundian
- Pemanjangan tempoh kempen kepada sekurang-kurangnya 21-25 hari, bagi memberi masa yang mencukupi untuk kertas undi pos dihantar kepada pengundi luar negara dan dikembalikan ke pusat mengundi. Tempoh kempen untuk pilihan raya sebelum ini terlalu singkat dan telah menghalang pengundi luar negara menerima dan memulangkan kertas undi secara pos biasa, dan memerlukan penggunaan perkhidmatan kurier yang mahal. Sebahagian besar daripada kertas undi tidak diterima dalam jangkamasa yang singkat ini , atau tidak diterima sama sekali.
Perubahan ini boleh dibuat sebelum pilihan raya umum akan datang kerana ia adalah perubahan prosedur yang mudah mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya. Perubahan ini tidak memerlukan pindaan penting kepada mana-mana undang-undang atau dasar sedia ada. Bagi memastikan proses pengundian pos di luar negara berjalan dengan berkesan semasa pilihan raya, perubahan ini perlu dilaksanakan secepat mungkin oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kementerian berkaitan.
Sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun hadapan, dan terdapat masa yang mencukupi untuk melaksanakan dan menguji proses baharu, SPR harus mempertimbangkan kaedah lain untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara mempunyai masa untuk mengembalikan undi mereka, contohnya, dengan membenarkan akses kepada kertas undi dalam talian. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mana-mana sistem baharu dicuba dan diuji sebelum pelaksanaan bagi memastikan keberkesannya.
Kami juga menekankan kepentingan jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan agar secara proaktif menyampaikan maklumat berkenaan proses pengundian di luar negara kepada rakyat Malaysia di luar negara, dan menyeru Wisma Putra untuk menggerakkan rangkaian misi dan kedutaan luar negara bagi menyokong proses ini. Sebagai contoh, pengundi perlu segera dimaklumkan bahawa mereka perlu membuka akaun pengguna di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya untuk boleh mendaftar sebagai pengundi luar negara.
Perubahan ini diperlukan segera bagi mengelakkan kesilapan yang dilakukan semasa pilihan raya umum 2018, seperti kekurangan maklumat yang jelas dan telus untuk pengundi luar negara serta ketibaan lewat undi pos yang menghalang pengundi luar negara daripada mengundi. – Bersih dan Global Bersih
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Bersih ialah sebuah organisasi pro-demokrasi yang komited untuk menyokong pembaharuan institusi, dengan tumpuan khusus pada reformasi pilihan raya, untuk mengukuhkan demokrasi berparlimen prosedural melalui kempen awam, penglibatan dwipartisan dengan parti politik dan mempertahankan kebebasan asasi
Global Bersih adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa rakyat Malaysia di luar negara, yang diwujudkan untuk menyokong masyarakat sivil Malaysia dan mengukuhkan demokrasi Malaysia yang semakin matang, dengan berfokuskan hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara
English version
Election Commission must urgently change overseas postal voting system
Bersih and Global Bersih are calling for the Election Commission to make urgent changes to the overseas voting system to ensure that the growing number of overseas Malaysian voters are able to exercise their right to vote in the coming general election.
The implementation of the lowering of the minimum voting age to 18 and automatic voter registration will result in a growth from 14.9 million eligible voters in the 2018 general election to 21.1 million eligible voters in the current electoral roll.
The Election Commission will need sufficient time to prepare for the coming general election and to ensure that the overseas postal voting system is effectively implemented. Given the speculation that the election might be held in November 2022, there is a dire need for the following changes to be implemented as soon as possible:
- The Election Commission should open the process of overseas postal voters registration immediately to provide an ongoing registration process for overseas voters. This is essential to avoid processing backlogs and delays. Currently, Malaysians abroad have to register as overseas voters during a narrow timeframe before each election, putting pressure on both the Electoral Commission staff to process the applications and on voters to apply within a limited time
- Non-Malaysians should be allowed to act as witnesses to postal ballot documents. The current requirement that postal ballot documents must be signed and witnessed by a Malaysian citizen has proven to be a stumbling block for many overseas Malaysians who live in areas with few or no other Malaysians. Allowing non-Malaysians to be witnesses will enable more overseas Malaysians to participate in the voting process
- The campaign period should be extended to a minimum of 21-25 days, allowing enough time for postal ballots to be sent to overseas voters and returned to polling stations. Campaign periods for previous elections have been far too short to allow overseas voters to receive and return ballots, and have necessitated the use of expensive courier services
These changes can be made before the coming general election, as they are straightforward procedural changes within the discretion of the Election Commission. These changes do not require significant amendments to any existing laws or policies. To ensure that the overseas postal voting process works effectively during the coming general election, these changes should be implemented as soon as possible by the Election Commission and relevant ministries.
Should the elections be called later, and there is sufficient time to implement and test new processes, the Election Commission should consider other methods to ensure that overseas Malaysians have time to return their votes, for instance, by allowing access to ballot papers online. It is crucial, however, that any new systems are tried and tested before implementation to ensure workability.
We also stress the importance of the relevant government departments proactively communicating information on the overseas voting process to Malaysians abroad, and call upon Wisma Putra to mobilise its network of overseas missions and embassies to support this process. For example, voters should be immediately informed that they should open a user account on the Election Commission website to be able to register as overseas voters.
These changes are immediately needed to avoid repeating the mistakes made during the 2018 general election, such as the lack of clear and transparent information for overseas voters, and the late arrival of postal ballots that prevented overseas voters from casting their votes. – Bersih and Global Bersih
Bersih is a pro-democracy organisation committed to advocate for institutional reforms, with a special focus on electoral reform, to strengthen procedural parliamentary democracy through public campaigns, bipartisan engagement with political parties and defending fundamental liberties
Global Bersih is an international movement of overseas Malaysians, created to support Malaysian civil society’s work and strengthen Malaysia’s maturing democracy, using peaceful and legal means of action
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme