Pertahankan undi anda!

0
123
Voters turn out on polling day - Photograph: Malay Mail Online

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 telah mengeluarkan memorandum yang menggariskan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan sebelum Parlimen wajib dibubarkan pada June 2018.

Rakyat Malaysia bakal menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berat sebelah dan penuh dengan penipuan dan korupsi.

Adalah penting untuk Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan persekutuan mengambil langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.

Memorandum ini menggariskan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh masa 10 bulan, sebelum Parlimen wajib dibubarkan pada June 2018.

Korupsi pilihan raya

Buat masa ini, tiada sebarang undang-undang atau rangka yang sedia ada untuk mengawal pendapatan dan perbelanjaan parti-parti politik. Selain itu, tiada juga sebarang undang-undang pilihan raya yang secara jelas melarang penggunaan jentera dan asset kerajaan untuk kempen pilihan raya.

Rasuah, penjamuan, dan politik wang terus berleluasa semasa pilihan raya, dan penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis adalah lemah sama sekali.

Cadangan reformasi

SPR (yang bebas dan adil) mengambil alih tugas pendaftaran dan kawal selia parti-parti politik.

Undang-undang baru diperlukan untuk mengawal pendapatan, had perbelanjaan, dan laporan sumber pendapatan dan perbelanjaan parti-parti politik.

Wakil-wakil rakyat yang dipilih perlu mengistiharkan aset-aset mereka sebelum mengambil tugas.

Pasukan penguatkuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan Raya perlu dilengkapi dengan sumber, latihan, dan mandat untuk menguatkuasakan undang-undang pilihan raya. Segala laporan tentang rasuah dan korupsi haruslah disiasat oleh pasukan penguatkuasa.

Suatu kod tatalaku kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilaksanakan dan penggunaan jentera dan sumber-sumber kerajaan untuk tujuan kempen pilihan raya harus dijadikan suatu kesalahan pilihan raya.

Daftar pemilih

Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah telah mengesahkan kewujudan pengundi bukan warganegara dalam daftar pemilih.

Analisa oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) juga mendapati pelbagai keraguan dalam daftar pemilih, seperti pengundi-pengundi dengan nama yang sama, tarikh lahir yang sama, dan nombor kad pengenalan yang hampir identikal, ramai pengundi yang didaftarkan dalam suatu alamat yang sama, dan pengundi yang disenaraikan sebagai pengundi biasa dan pengundi pos pada masa yang sama dalam daftar pemilih.

Cadangan reformasi

Memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 untuk membenarkan daftar pemilih dicabar di mahkamah

Pengubahsuaian atau percubaan untuk menambah pengundi ke dalam daftar pemilih secara tidak sah harus dijadikan suatu kesalahan pilihan raya

Menubuhkan suatu jawatankuasa audit daftar pemilih yang bebas

Pengundi tidak hadir

Maklumat tentang cara-cara pendaftaran dan permohonan untuk pengundi luar negara adalah amat terhad. Terdapat juga isu berkaitan dengan syarat kelayakan, penyimpanan dan pengangkutan peti undi untuk pengundian awal, akses untuk ejen pengundian dan ejen pengiraan (Paca), dan kemungkinan seseorang pengundi disenaraikan sebagai pengundi biasa dan pengundi pos.

Cadangan reformasi

Kelayakan sebagai pengundi tidak hadir hanya diberikan kepada anggota tentera dan polis, orang awam yang bertugas (terhad kepada tugas-tugas berkaitan dengan pilihan raya pada hari mengundi), pengundi yang di luar wilayah (iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Sarawak) pada hari mengundi, dan pengundi luar negara.

Kelayakan untuk undi pos hanya diberikan kepada pengundi luar negara yang berada di negara yang tiada mempunyai pusat mengundi, atau pengundi yang berada 1000km dari pusat mengundi terdekat.

Semua pengundian awal akan berlangsung satu hari sebelum hari mengundi.

Ejen pengundian, ejen pengiraan, dan ejen barong (Pacaba) harus diberi akses bebas kepada semua pusat mengundi awal.

Pengiraan kertas undi dijalankan di pusat mengundi selepas tamatnya waktu pengundian awal. Untuk pengundian luar negara, undi pos dan undi awal dikira di pusat mengundi yang ditetapkan oleh SPR.

READ MORE:  Lingering distrust of Election Commission

Semua pengundian awal domestik harus dijalankan di pusat mengundi awam seperti sekolah atau dewan, bukannya di kem tentera atau polis.

Daftar pemilih yang diwartakan perlu menandakan status pengundi yang merupakan pengundi awal. Nombor kad pengenalan awam dan nombor kad pengenalan tentera/polis perlu disenaraikan bersama dalam daftar pemilih.

Persempadanan semula yang adil

Perlembagaan persekutuan mempunyai peruntukan yang jelas untuk memastikan persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan dengan adil. Ini termasuk peruntukan untuk memastikan kawasan-kawasan pilihan raya mempunyai “lebih kurang sama banyak” pengundi dan hubungan tempatan terpelihara.

Pada ketika ini, saiz kawasan-kawasan pilihan raya dalam sesebuah negeri mempunyai julat antara 37,000 hingga 150,000 pengundi. Ini berlaku di negeri yang maju dan terbangun seperti Selangor.

Cadangan reformasi

SPR harus mengkaji semula cadangan-cadangan penyempadanan semula agar ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan setiap kawasan pilihan raya di dalam sesebuah negeri adalah lebih kurang sama besar.

Untuk ukuran pewajaran yang diberikan untuk kawasan pedalaman, penyisihan saiz antara kawasan-kawasan pilihan raya haruslah ditetapkan antara +15% dan -33% daripada purata saiz kawasan-kawasan pilihan raya negeri.

Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan haruslah dipinda agar bilangan kawasan-kawasan pilihan raya yang ditetapkan buat setiap negeri bertepatan dengan bilangan pengundi dalam sesebuah negeri itu.

Suruhanjaya pilihan raya yang bebas

Sungguhpun pelantikan ahli-ahli SPR dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, namun pelantikan ini dibuat atas nasihat perdana menteri. Ini menimbulkan keraguan terhadap kebebasan ahli-ahli suruhanjaya.

Cadangan reformasi

Satu jawatankuasa pencalonan suruhanjaya pilihan raya harus ditubuhkan untuk memilih calon-calon yang sesuai. Calon-calon perlu diluluskan oleh Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli suruhanjaya tidak boleh menjadi ahli, kakitangan, atau penderma mana-mana parti politik.

SPR perlu bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen dan diberi kuasa untuk mengendalikan belanjawannya sendiri. Suatu jawatankuasa pilihan khas (PSC) perlu ditubuhkan untuk menerima laporan daripada SPR.

Pemantauan pilihan raya

Semasa PRU ke-13, proses pemantauan pilihan raya adalah sangat terhad. Pemantau-pemantau yang dilantik oleh SPR tidak dapat memantau proses pengundian pos dengan menyeluruh. Pada hari mengundi pula, pemantau-pemantau tidak dibenarkan berada dalam bilik membuang undi dan mereka juga dilarang memilih secara bebas lokasi untuk membuat pemantauan. Hanya tiga pemantau dibenarkan untuk setiap kawasan parlimen.

Cadangan reformasi

Pelantikan pemantau pilihan raya hendaklah dilakukan melalui proses permohonan yang terbuka kepada orang awam. Pelantikan pemantau haruslah berdasar kepada sumber dan pengalaman mereka dalam pemantauan.

Semua pemantau pilihan raya hendaklah bersifat non-partisan dan tidak boleh mempunyai pembabitan aktif sebagai ahli ataupun penderma parti politik

Pemantau harus mempunyai masa dan sumber yang secukupnya untuk memantau proses pilihan raya secara menyeluruh.

Pemantauan yang menyeluruh dari segi kawasan di seluruh negara haruslah dibenarkan, di mana pemantau domestik dan luar negara bebas memerhatikan kawasan-kawasan yang dipilih.

Laporan pemantauan harus dibuat umum.

Pendaftaran pengundi secara automatik

Setakat Mac 2017, terdapat lebih empat juta warganegara Malaysia yang layak menjadi pengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Rakyat yang layak sebagai pengundi harus didaftarkan secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun. Jabatan Pendaftaran Negara telah mempunyai data yang diperlukan untuk tujuan ini.

Tempoh berkempen minimum 21 hari

Tempoh berkempen yang lebih panjang akan memberi lebih banyak masa kepada para pengundi untuk mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan terhadap pilihan calon mereka. Seseorang pemilih pada lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya masa tiga minggu untuk membuat penilaian terhadap calon-calon.

Akses kepada media yang bebas dan adil sepanjang tempoh berkempen

SPR harus mengemukakan suatu kod tatalaku pihak media semasa pilihan raya, melalui konsultasi dengan pihak media, wartawan-wartawan, dan juga masyarakat madani. Kod tatalaku ini harus merangkumi liputan dan peluang yang sama rata kepada semua calon, penyebaran berita berdasarkan fakta, kesaksamaan dan kebebasan, dan menolak sogokan, bantuan, atau layanan istimewa daripada calon-calon atau wakil mereka.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

Bersih 2.0’s electoral reforms for the next general election

Make your vote count!

In 2017, Malaysians now face the prospect of another general election mired in bias, fraud and corruption. It is now a matter of urgency that the Electoral Commission and the federal government take steps to restore the faith of the public in our most basic democratic right. The memorandum highlights reforms that can all be implemented within 10 months, before the necessary dissolution of Parliament in June 2018.

READ MORE:  SPR mesti hentikan sikap sukahati menghalang siasatan tempatan bantahan persempadanan semula

Corruption in elections

There are no existing laws or structures governing political parties’ income and expenditure. There are also no clear election laws that forbid the use of government machinery for election campaigning. Bribery, treating and money politics continue to be widespread during elections, with little enforcement by the Electoral Commission or the police.

Reforms

The (independent) Electoral Commission should take over the role of registering and regulating political parties.

A new law should include rules on campaign contributions and limits on expenditures for parties and mandate disclosure and reporting of funding sources and spending.

Elected representatives are required to publicly declare their assets before taking public office.

The enforcement teams established under Section 27 of the Election Offences Act must be fully equipped with the resources, training and power to enforce election laws. All reports of bribery and corruption must be investigated by the enforcement team.

A code of conduct for caretaker governments should be implemented and it should be made a clear election offence to use government machinery and resources for political campaigning.

Electoral Roll

The Royal Commission of Inquiry on Immigrants in Sabah confirmed there were non-citizens on the electoral roll and the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) has found thousands of inconsistencies in the electoral roll. These include voters with the same name, same date of birth, same address and almost identical IC numbers, many voters registered in one address and voters that appear as both an ordinary voter and a postal voter in the electoral roll.

Reforms

Repeal Section 9A of the Elections Act to allow challenges to the electoral roll in court.

Illegal alterations of the electoral roll or attempts to add voters to the electoral roll illegally should be made an election offence.

The establishment of an independent electoral roll auditing committee.

Absentee voting

There has been limited information on how overseas Malaysians can register and apply to be overseas voters. There are concerns relating to the eligibility of absentee voters, storage and transportation of ballot boxes in advance voting, access for polling and counting agents and the possibility of voters appearing both as advance voters and ordinary voters.

Reforms

Absentee voters must be military and police personnel, on-duty civilians (who will be limited to those with election-related duties on polling day), out-of-region civilians (who are registered to vote in one of the three regions of Malaysia, but will be in another region on polling day) and overseas voters.

Postal voting will be available only to overseas voters in countries without any designated overseas polling stations or voters that are 1000km away from the nearest polling station.

All advance voting will take place one day before the national polling day.

Polling agents, counting agents and booth agents shall have free access to all advance polling centres.

Counting of votes will be done at the close of advanced polling at the polling station. For overseas votes, advance and postal ballots will be counted at the overseas polling stations designated by the Electoral Commission.

All domestic advance voting will be conducted in civilian polling stations, such as schools or community halls, not in military and police camps.

READ MORE:  Lima sebab imej negatif Suruhanjaya Pilihan Raya adalah realiti

The gazetted electoral roll will indicate advance voters’ status. Military and police personnel will have their civilian identity card numbers listed in the electoral roll alongside their service identity card numbers.

Fair election boundaries

The Federal Constitution has clear provisions for the drawing of election boundaries to ensure fair boundaries, including constituency sizes in a state being “approximately equal” and the maintenance of local ties (to prevent gerrymandering). Currently, constituencies within the same state can vary from 37,000 voters to 150,000 voters. This occurs in urban and well-developed states such as Selangor.

Reforms

The Electoral Commission should re-do its delineation proposals in line with the federal constitution, requiring all constituencies in a state to be approximately equal in size.

With an allowance given for rural constituencies, there should be a maximum deviation of +15 per cent and -33 per cent from the state average for constituency size.

Article 46 of the Federal Constitution should be amended so the number of seats allocated per state is reflective of the number of voters in those states.

Independent Electoral Commission

The appointment of ElectoralCommissioners is made by the Yang di-Pertuan Agong, but on the binding advice of the prime minister. This brings into question the independence of the appointees.

Reforms

An Electoral Commission nomination committee should be formed to select appropriate candidates. The candidates must be approved by Parliament and the Agong.

No Electoral Commissioner can be a member, employee or registered donor to a political party.

The Electoral Commission should report directly to Parliament and have control over its own budget. A parliamentary select committee on electoral reform should be established to receive reports submitted by the Electoral Commission.

Election observation

In the last general election, election observation was considerably restricted. Accredited observers were not able to view the postal voting process in its entirety. On polling day, observers’ access to polling rooms was limited, and they were prevented from freely selecting the locations to observe vote counting. Only three observers were allowed per parliamentary constituency.

Reforms

There should be open and public applications for accredited observers, both international and domestic. The selection of observers should be based on their resources and experience in election observation. Election observers should also be non-partisan and have no active members or donors of political parties in senior positions.

Observers should have adequate time and resources to fully monitor the elections.

Comprehensive coverage of the elections, nation-wide, must be allowed, with international and domestic observers free to observe areas they choose.

Observer reports should be made available to the public.

Automatic voter registration

As of March 2017, there are still over 4m eligible citizens that have not registered to vote. Qualified citizens should be automatically registered to vote upon reaching the age of 21. The National Registration Department already has the requisite information on Malaysian citizens which can be used for the purpose of automatic registration of voters.

Minimum 21-day campaign period

A longer campaign period would allow voters more time to gather information and deliberate on the candidates. Three weeks is a minimum for the people to be able to assess those putting themselves forward as elected representatives.

Free and fair access to media during campaign period

A code of conduct for media during elections should be developed by the Electoral Commission, in consultation with media outlets, civil society and journalists. This code should include granting equal opportunity and treatment to the various candidates, disseminating news based on concrete facts, upholding impartiality and independence, and refusing gifts, favours or special treatment from candidates or their representatives.

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
April 2017

(Visited 158 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here