Persetujuan enam-perkara pelbagai-parti bagi penjajaran semula politik, penamatan komplot politik (Malay/English)

0
129
Photograph: Wikimedia Commons

[ENGLISH VERSION BELOW] Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa diadakan persetujuan multi-parti untuk menjajarkan semula pertandingan antara parti politik dan menamatkan komplot yang tidak berkesudahan semenjak perubahan kerajaan pada pilihan raya umum 2018 dan memuncak pada 23 Februari 2020 dengan Langkah Sheraton.

Bersih 2.0, GBM dan Abim sangat khuatir dengan perkembangan dan senario yang berikut:

  • Parti politik dan ahli-ahli politik enggan menerima keputusan pilihan raya umum sebagai keputusan muktamad bagi lima tahun lagi, mengakibatkan gelombang demi gelombang lompatan dan lompatan-kembali pada pertengahan penggal oleh wakil rakyat yang dipilih
  • Dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini, lompatan wakil rakyat yang dipilih telah menjatuhkan kerajaan persekutuan dan empat kerajaan negeri dan dengan desas-desus rampasan semula kuasa, kejatuhan lebih banyak kerajaan mungkin berterusan pada pertengahan penggal
  • Ketakutan kepada lompatan dalam undi tidak percaya menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan bahayanya melemahkan Parlimen. Parlimen hanya bersidang selama satu jam dalam tempoh enam bulan dan lima pakej ransangan ekonomi Covid-19 sejak 27 Februari berjumlah RM316bn tidak dibentangkan bagi kelulusan Parlimen
  • Pertukaran kiblat politik dan komplot politik pasca-pilihan raya mungkin akan berterusan walaupun selepas pilihan raya umum yang baharu disebabkan perpecahan parti politik yang semakin meningkat dan kemungkinan jumlah turun mengundi yang rendah oleh penambahan bilangan pemilih serta kehampaan pengundi memungkinkan ramai ahli parlimen dipilih dengan undi kurang 50%, parlimen tergantung dan tiada parti yang mendapat keyakinan orang ramai
  • Ketidakstabilan politik sebegini menghalang Malaysia daripada membuat respons terbaik kepada kedua-dua isu pandemik Covid-19 dan kemelesetan global
  • Pertembungan kelas politik yang berterusan dan kegagalan menguruskan ekonomi serta hubungan antara kaum akan menyahkan keyakinan kesemua parti politik utama dan ahli politik kanan yang sedia ada, yang akan membuka jalan kepada kebangkitan “ahli politik dari luar arena politik” (outsider politicians) populis yang berisiko, pergolakan massa, keruntuhan undang-undang dan ketenteraman, bahkan tergantungnya kerajaan berparlimen.

Justeru, kami menggesa Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang sedang mengetuai inisiatif untuk menggantikan beliau, dan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen untuk menamatkan kebuntuan dan komplot-komplot politik ini dengan pemuafakatan multi-parti bagi penjajaran semula politik, tak kira siapa perdana menteri dan parti mana yang berkuasa.

Penjajaran semula politik perlu mewujudkan pertandingan antara parti politik yang sihat dan profesional dengan memastikan layanan yang adil kepada semua. Ianya wajib mengandungi prinsip dan reformasi institusi seperti berikut:

1) Kesetaraan di sisi undang-undang

Tamatkan pendakwaan dan imuniti terpilih untuk ahli-ahli politik, aktivis dan perniagaan yang berkaitan politik serta mana-mana orang lain.

Sementara reformasi kehakiman untuk mengembalikan kebebasan dan keberkecualiannya perlu diteruskan, satu pejabat pendakwa raya yang bebas dan tidak bersifat politik perlu ditubuhkan segera supaya Jabatan Peguam Negara dapat beroperasi secara berasingan bagi memberikan nasihat undang-undang kepada kerajaan serta mendraf undang-undang sebagai fungsi utamanya.

2) Peranan yang lebih konstruktif untuk pembangkang, ahli parlimen bangku belakang kerajaan (government backbenchers)

Reformasi Parlimen di peringkat persekutuan dan negeri perlu untuk memberi ruang kepada wakil rakyat yang dipilih pembangkang untuk memainkan peranan yang lebih konstruktif dan berkesan.

Kabinet bayangan untuk blok pembangkang utama perlu diiktiraf dan diberikan akses maklumat kerajaan agar mereka boleh merangka polisi yang bertanggungjawab dan munasabah.

Setiap ahli parlimen bangku belakang (backbenchers) daripada kerajaan dan pembangkang akan dilantik sebagai ahli dalam sekurang-kurangnya satu jawatankuasa pilihan khas parlimen.

READ MORE:  Politics not to serve but to enrich themselves! Now it’s all about themselves – not us!

Sejumlah hari akan diperuntukkan kepada urusan bukan kerajaan termasuklah rang undang-undang persendirian. Penetapan agenda akan secara inklusif dibuat dengan melibatkan semua parti di parlimen.

3) Reformasi pendanaan politik yang komprehensif

Pendanaan politik perlu direformasikan untuk melindungi wang pembayar cukai dan juga menjaga kesihatan kewangan parti politik.

Empat langkah dibawah perlu dilaksanakan pada tahun 2020 ini dengan parameternya ditentukan oleh Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri masing-masing, yang boleh dikaji semula oleh suruhanjaya siasatan diraja bagi pilihan raya dan parti politik (rujuk perkara keenam)

  • Tidak ada ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri boleh memegang jawatan bergaji di agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau tempatan
  • Semua jawatan kanan dalam agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan perlu diisikan dengan individu yang sesuai dengan kelayakan dan keupayaan yang relevan. Gangguan dan penganiayaan bersifat kepartian terhadap kakitangan di semua peringkat adalah dilarang
  • Semua parti yang memenangi sekurang-kurangnya 5% undi dalam pilihan raya persekutuan atau negeri terakhir akan layak untuk menerima peruntukan persekutuan secara tahunan bagi tempoh lima tahun. Jumlah peruntukan untuk semua parti, formula penentuan agihan peruntukan dan penggunaan peruntukan yang diizinkan akan ditetapkan oleh undang-undang
  • Semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri akan dipertanggungjawabkan dengan dana pembangunan kawasan yang tetap dan sama rata yang ditentukan oleh undang-undang oleh Parlimen dan dewan undangan negeri masing-masing untuk membantu projek pembangunan kawasan serta aktiviti komuniti, dengan peraturan yang ketat serta mekanisme pemantauan yang berkesan.

4) Pencegahan lompatan wakil rakyat

Pilihan raya pecat wakil rakyat (recall elections) perlu diperkenalkan dengan segera di peringkat persekutuan dan negeri. Perkara ini akan memberi kuasa kepada pengundi untuk memecat wakil rakyat yang dipilih yang mengkhianati mandat pilihan raya atau sebab-sebab lain yang munasabah.

Ini akan melindungi parti politik daripada lompatan wakil rakyat yang tidak dipersetujui pengundi namun pada masa yang sama membenarkan penjajaran politik yang direstui oleh pengundi.

5) Pengimbangan semula pembahagian kuasa persekutuan-negeri-kerajaan tempatan

Sebuah suruhanjaya siasatan diraja (rci) untuk mengkaji hubungan persekutuan-negeri dan tiga tingkat kerajaan yang bermakna.

Ruang lingkupnya akan berdasarkan namun tidak terhad kepada Perjanjian Malaysia 1963 supaya semua 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan di Malaysia akan mendapat perwakilan demokratik yang berkesan dan kerajaan yang dipilih di kedua-dua peringkat negeri/wilayah dan bahagian/perbandaran/daerah yang bebas daripada diskriminasi kepartian oleh kerajaan yang di peringkat atas, dan dengan kuasa yang setimpal dengan posisi sejarah mereka dalam Persekutuan Malaysia.

Komposisi suruhanjaya siasatan diraja mesti mengambil kira kepakaran, kredibiliti serta kepelbagaian demografi dan politik.

6) Reformasi politik pilihanraya dan perwakilan

Sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi pilihan raya dan parti politik untuk mengkaji bagaimana pertandingan pelbagai-parti yang sihat dapat dilaksanakan. Ianya perlu merangkumi sistem pilihan raya, persempadanan pilihan raya, pilihan raya pecat wakil rakyat, pendanaan politik, demokrasi dalam parti, pemilihan calon, pendaftaran pemillih, penjalanan pilihan raya dan akses media.

Komposisi suruhanjaya ini mesti mengambil kira kepakaran, kredibiliti serta kepelbagaian demografi dan politik.

Kami menggesa perdana menteri pada mana-mana titik masa untuk memulakan atau meneruskan persetujuan pelbagai-parti bagi mengembalikan demokrasi dan mengukuhkan kestabilan politik di Malaysia agar negara ini dalam kedudukan yang terbaik untuk menangani kesihatan rakyat, ekonomi dan hubungan antara kaum dalam tahun 2020 yang sangat mencabar ini.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

READ MORE:  Malaysia's dilemma today - Greed

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

English version

A six-point multi-party deal to reconfigure politics, end endless machinations

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) and Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) call for a multi-party deal to reconfigure multi-party competition and end the endless machinations which started from the change in government in the 2018 general election and peaked since 23 February 2020 with the Sheraton Move.

Bersih 2.0, GBM and Abim are gravely concerned with the following developments and scenarios:

  • Political parties and politicians refuse to accept general election outcomes as final for the next five years, resulting in waves of mid-term defections and reverse-defections of elected representatives
  • In the last four months, defections of elected representatives have brought down a federal government and four state governments and, with talks of a counter-coup, may continue to bring down more governments mid-term
  • Fearing defections in a no-confidence vote, the current Perikatan Nasional (PN) government has damagingly emasculated Parliament. It was convened for only one hour in a six-month period, and five Covid-19 economic stimulus packages since 27 February, totalling RM316bn, are not tabled for parliamentary approval
  • Post-election defections and machinations may continue even after a new general election, as the growing fragmentation of political parties and potentially an unprecedented low turnout caused by electorate expansion and voters’ disillusionment may return many MPs with less than 50% of votes, a hung Parliament and no party enjoying public trust
  • Such political instability greatly denies Malaysia the best possible responses to both the Covid-19 pandemic and the consequent global recession
  • The incessant infighting of the political class and its failure to manage the economy and inter-communal relations may ultimately discredit all existing major parties and senior politicians, paving the way for the risky rise of populist “outsider politicians”, mass civil unrest, breakdown of law and order and even the suspension of parliamentary government

Therefore, we appeal to Muhyiddin Yassin as the sitting Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad, who is leading an initiative to replace the former, and Anwar Ibrahim, the parliamentary Opposition Leader, to end the political impasse and machinations with a multi-party consensus to reconfigure politics, whoever the prime minister is and whichever parties are in power.

The reconfiguration of politics must bring about healthy and professionalised competition between political parties by ensuring fair treatment of all. It must contain the following principles and institutional reforms:

1) Equality before law

End of both selective prosecution and immunity for politicians, activists, politically connected businesses and all other persons.. While judicial reform to restore its independence and impartiality must continue, an independent and non-political public prosecutor’s office must be quickly established so that the Attorney General’s Chambers can operate separately with providing legal advice to the government and law-drafting as its main functions.

2) Constructive roles for the opposition, government backbenchers

Parliamentary reforms at both federal and state levels to allow opposition lawmakers and government backbenchers to play more constructive and effective roles.

The official Opposition’s shadow cabinet will be recognised and accorded with due access to government information so that they may formulate responsible and reasonable alternative policies.

Every backbencher from both the government and opposition benches will be appointed to at least one parliamentary committee.

READ MORE:  Post-Covid-19 strategies to usher in a new Malaysia

A certain number of days will be allocated for non-governmental business including private members’ bills. Agenda setting will be inclusively made involving all parties in Parliament.

3) Comprehensive political finance reform

Political finance reform to both protect taxpayers’ money and ensure political parties’ financial health. The four measures below should be implemented in 2020 with parameters dictated by the Parliament and respective Assemblies, which may be subject to the study by the royal commission of inquiry on elections and political parties (refer to point six).

  • No parliamentarians or state assembly members can hold any office with renumeration in any federal, state or local government agencies and government-linked companies
  • All senior positions in government agencies and government-linked companies must be filled with persons with suitable and relevant qualifications and competence. Partisan harassment and persecution of employees at all levels is prohibited
  • All parties that won at least 5% of votes in the last federal or state election will qualify for federal allocations on an annual basis for five years. The total allocation for all qualified parties, the formulas to dictate their distribution and the permissible usages of such allocations will be stipulated by law
  • All parliamentarians and state assembly members will be in charge of a fixed and equal amount of constituency funding determined by law by Parliament and the respective state assemblies to support constituency development projects and community activities, with rigorous regulations and an effective monitoring mechanism in place

4) Deterring defections of elected representatives

Recall elections to be introduced soonest at both federal and state levels. This will allow voters the opportunity to sack sitting elected representatives on betrayal of election mandate or other reasonable grounds.

This will protect political parties from crossovers of elected representatives disapproved by voters and simultaneously allow necessary political realignment approved by voters.

5) Rebalancing federal-state-local division of power

A royal commission of inquiry on federal-state relations and meaningful three-tiered governments: the scope will be based on but not limited to the Malaysian Agreement 1963 so that all 13 states and three federal territories of Malaysia will get to enjoy effective democratic representation and elected government at both state/territory and division/municipality/district levels, free from partisan discrimination by upper-level government(s) and with powers commensurate to their historical positions in the Federation of Malaysia.

The composition of the commission must account for expertise, credibility as well as political and demographic diversity.

6) Reform of electoral and representative politics

A royal commission of inquiry on elections and political parties to study how healthy multi-party competition may be facilitated.

This should cover the electoral system, constituency delimitation, recall elections, political finance, intra-party democracy, candidate selection, voter registration, the conduct of elections and media access.

The composition of the commission must account for expertise, credibility as well as political and demographic diversity.

We urge the sitting prime minister at any point of time to initiate or continue such a multi-party deal to restore democracy and enhance political stability in Malaysia, so that the nation may be best positioned to manage public health, the economy and inter-communal relations in this trying year of 2020.

Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments