Persempadanan semula: Persoalan-persoalan perlembagaan masih tidak terjawab

0
Source: freemalaysiatoday.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Februari 2018 untuk menolak pemohonan rayuan mengenai kes persempadanan semula oleh tujuh pengundi Melaka dan dua Ahli Parlimen Perak.

Keputusan tersebut amat dikesali kerana ia bermakna tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam isu persempadanan semula tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, SPR seolah-olahnya mempunyai kekebalan untuk bertindak mengikut kehendak mereka.

Kes-kes mahkahmah mengenai isu persempadanan semula telah berlanjutan melebihi satu tahun, tetapi persoalan-persoalan perlembagaan yang penting seperti pembahagian tidak serata dan gerrymandering masih tidak terjawab kerana badan kehakiman enggan mendengar kes-kes tersebut.

Bersih 2.0 tidak bersetuju dengan pandangan hakim bahawa isu perlembagaan ini perlu ditentukan oleh Parlimen, kerana adalah tanggungjawab badan kehakiman untuk mentafsir persoalan undang-undang dan memastikan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dipatuhi. Selain itu, Parlimen dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kepentingan politik masing-masing.

Badan kehakiman telah gagal menjalankan tugas untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan bertindak sebagai penimbang tara dalam mengawasi tindak-tanduk SPR. Kesannya, hak rakyat Malaysia sebagai pengundi akan terjejas kerana tiada institusi – baik SPR, mahkamah, ataupun Parlimen – yang mahu menegakkan keadilan dan memastikan sistem pilihan raya bersih dan adil.

Bersih 2.0 menegaskan bahawa cadangan akhir persempadanan semula oleh SPR perlu selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak, Bersih 2.0 akan memastikan bahawa lebih banyak bantahan dan tindakan mahkamah akan diambil untuk mempertahankan integriti sistem pilihan raya di Malaysia.

Bersih 2.0 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan peguam yang telah mengendalikan kes-kes persempadaan tersebut dengan baik dan secara pro bono, dan kepada semua pengundi-pengundi yang telah membantah dan memfailkan kes makhamah dalam isu persempadanan semula dalam setahun lebih ini.

READ MORE:  Pengerusi SPR baharu perlu mempunyai kepercayaan awam bagi meneruskan reformasi pilihan raya (Malay/English)

Bersih 2.0 menyeru supaya rakyat Malaysia keluar mengundi beramai-ramai pada pilihan raya umum yang akan datang untuk mengurangkan kesan manipulasi persempadanan semula.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments