Perkembangan pelaksanaan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya disambut baik

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk undang-undang dan reformasi institusi, M Kulasegaran, baru-baru ini berhubung garis masa pelaksanaan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Menurut beliau, kerajaan bersedia untuk membentangkan rang undang-undang hujung tahun ini memandangkan draf rang undang-undang tersebut kini di peringkat akhir kajian.

Perkembangan ini selari dengan tuntutan Bersih dan pertubuhan masyarakat sivil sebelum ini supaya kerajaan menetapkan satu garis masa yang lebih jelas untuk pelaksanaan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Bersih juga berharap supaya rang undang-undang yang sedang dirangka akan turut melibatkan pandangan dan cadangan daripada pihak pertubuhan masyarakat sivil untuk memperkukuhkan rang undang-undang tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Bersih turut menyambut baik kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung untuk undang-undang dan reformasi institusi), Azalina Othman Said, bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju secara prinsip untuk menggubal akta kebebasan maklumat dan meminda Akta Rahsia Rasmi 1972.

Perkembangan positif ini turut selari dengan desakan Bersih agar laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Undang-Undang dan Sistem Pilihan Raya dinyahklasifikasikan agar laporan tersebut dapat diakses oleh semua pihak kerana jawatankuasa telah menjalankan libat urus selama dua tahun yang melibatkan sejumlah dana rakyat, justeru rakyat berhak untuk mengetahui dapatan libat urus tersebut.

Bersih optimis perkembangan ini dapat membuka jalan untuk memperkasakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia serta membawa agenda reformasi negara demi kebaikan rakyat. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments