Perbicaraan Mejar Zaidi: Bersih 2.0 buat laporan polis tentang komen Facebook

0
308

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah membuat laporan polis menggesa siasatan dibuat ke atas komen Facebook yang mempunyai implikasi yang serius terhadap integriti mahkamah yang membicarai Mejar Zaidi Ahmad. (English version below)

Major-Zaidi-chronology

Bersih 2.0 Timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan membuat laporan itu pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

Bersih 2.0 terpaksa bertindak demikian setelah memerhatikan perkembangan di mahkamah yang kelihatannya seperti pengabaian hak perlembagaan Mejar Zaidi untuk perbicaraan yang adil.

Pertama adalah penolakan permintaan peguambela pada 24 November 2014 supaya mahkamah dibubarkan atas silap bicara (mistrial) setelah komen Facebook yang menyentuh perbicaraan itu muncul dalam ruangan komen tentang laporan Malaysiakini, “Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani” (20 Oktober).

Komen itu berbunyi: “KLU tak nak jd tentera duk kampung motong getah jer”.

Sebuah petikan skrin yang disiarkan dalam laporan Malaysiakini yang lain setelah itu menunjukkan bahawa komen yang berasal daripada akaun Facebook milik “Saadon T’son” itu mempunyai gambar profil menyerupai Kolonel Saadon Hasnan, Yang Dipertua panel yang mendengar kes Mejar Zaidi.

Seterusnya, ditolak pula permintaan peguambela pada 15 Disember 2014 bagi penangguhan perbicaraan sementara menunggu permohonan semakan kehakiman. Semakan tersebut difail untuk mencabar keputusan pihak berkuasa sidang yang menolak dakwaan mahkamah bersifat berat-sebelah berdasarkan komen Facebook itu. Mahkamah tentera tidak bersetuju, tanpa memberi apa-apa alasan, bahawa semakan kehakiman tersebut akan menjadi sekadar akademik sekiranya perbicaraan diteruskan; mahkamah berhasrat untuk memberi keputusan pada 8 Januari 2015. Permohonan semakan kehakiman hanya akan didengar di Mahkamah Tinggi 5 Februari.

Amat mencurigakan, tindakan mahkamah tentera yang bergegas untuk meneruskan perbicaraan meskipun wujudnya persepsi bahawa Yang Dipertua panel mungkin berat-sebelah. Alasan mahkamah bahawa kos perbicaraan yang berpanjangan membebankan pembayar cukai juga memeranjatkan kerana ia seolah-olah mengutamakan kos dan bukannya keadilan.

Jika pihak berkuasa sidang begitu prihatin tentang pembaziran wang rakyat, maka ia tidak seharusnya membicarakan Mejar Zaidi. Seperti yang Bersih 2.0 telah berulang kali berkata, undang-undang ketenteraan yang menjadi dasar pertuduhan terhadap Mejar Zaidi bertujuan untuk melindungi keselamatan negara, yang sama sekali tidak terjejas oleh pendedahan Mejar tentang kegagalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kedua, aduan Mejar Zaidi sejak itu telah diakui sebagai sah. SPR sendiri telah mengaku bahawa dakwat itu tidak mempunyai kandungan nitrat perak yang secukupnya untuk memberi ia ciri kekekalan – maka tidaklah mengejutkan apabila dakwat kekal itu gagal secara meluas, seperti yang diperlihatkan dalam ratusan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pengundi tentangnya. Namun tiada siapa dalam SPR yang dipertanggungjawabkan secara terbuka bagi kegagalan ini.

READ MORE:  Tahun memperkasakan demokrasi berbilang parti

Sebaliknya, pihak berkuasa nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadikan Mejar Zaidi sebagai teladan yang negatif; ini memberi pesanan yang berbahaya yang memberanikan mereka yang bersalah sambil menutup mulut “whistleblower”. Bersih 2.0 mengambil berat kes ini kerana gerakan untuk pilihan raya yang bebas dan adil – malah, rakyat jelata – amat memerlukan orang yang berani seperti Mejar Zaidi memberi kuasa kepada kebenaran.

Walaupun akaun Facebook “Saadon T’son” sudah dibatalkan sekarang, Bersih 2.0 yakin bahawa pakar-pakar forensik komputer dalam kerajaan boleh mengesan dan mengenal pasti punca komen tersebut. Jika pihak berkuasa begitu berkesan dalam menyiasat kes hasutan dalam talian, maka mereka tentu boleh menunjukkan kecekapan yang sama dalam kes yang melibatkan hak perlembagaan seorang rakyat untuk mendapat perbicaraan yang adil. Kami juga percaya bahawa Yang Dipertua panel yang menghakimi Mejar Zaidi pasti mahu imejnya bebas daripada sebarang kecurigaan, dan ini hanya boleh dilakukan dengan siasatan polis yang independen.

Mahkamah bukan sahaja mesti berlaku adil tetapi juga mesti dilihat sebagai berlaku adil. Bukan sahaja kehidupan dan mata pencarian Mejar Zaidi yang terjejas dalam kes ini, tetapi juga keyakinan orang ramai dan juga rakan seanggota Mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, yang turut berhadapan dengan dakwat kekal yang gagal tetapi tidak berupaya membuat aduan rasmi atas sebab-sebab tersendiri.

Bagi mereka, dan kepada semua warga Malaysia yang lain yang sudah letih melihat ketidakbertanggungjawaban yang berterusan bagi banyak skandal yang wujud dalam urus tadbir kerajaan, keberanian Mejar Zaidi menjadi pedoman kita.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Bersih 2.0 lodges police report on Facebook post that may be prejudicial to Major Zaidi’s trial

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) has lodged a police report urging an investigation into a Facebook post that has serious implications on the integrity of the court trying Major Zaidi Ahmad.

Bersih 2.0 Deputy Chairperson Sarajun Hoda Abdul Hassan made the report yesterday morning at the Petaling District Police Headquarters, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

Bersih 2.0 is compelled to act thus after observing in court distressing instances of apparent disregard of Major Zaidi’s constitutional right to a fair trial.

READ MORE:  Facebook's role in Brexit - and the threat to democracy (video)

First was the dismissal, without reasonable explanation, of the defence counsel’s request on 24 November 2014 for a mistrial over the Facebook post that had appeared as a comment to the Malaysiakini report, “Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani” (20 October).

The comment read: “Klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah jer.” (If you don’t want to be in the army, just stay in the village and tap rubber trees.)

A screenshot published in a subsequent Malaysiakini report showed that the comment originated from the Facebook account of one “Saadon T’son”, whose profile picture resembled Colonel Saadon Hasnan, the presiding officer in the panel hearing Major Zaidi’s case.

Next to be rejected was the defence counsel’s request on 15 December 2014 for a postponement of the trial pending a judicial review application on the convening authority’s dismissal of claims of bias in the wake of the Facebook comment. The military court disagreed, without giving any grounds, that a judicial review would be rendered academic should the trial proceed; it intends to give its verdict on 8 January 2015. The judicial review application will only be heard at the High Court on 5 February.

The haste at which the military court intends to proceed, disregarding even a perception of bias on the part of no less than the head of the panel, lends itself to suspicion. Shockingly, too, the court gave as an excuse the running cost of a prolonged trial to taxpayers, as if that took precedence over justice.

If wastage of public monies were a real concern to the convening authority, then it should not have court-martialed Major Zaidi in the first place. As Bersih 2.0 has said repeatedly, the military laws that he is being charged with were meant to safeguard national security, which was in no way jeopardised by his exposé of the failure of the indelible ink in the 13th General Election.

Secondly, Major Zaidi’s complaint has since then been widely acknowledged as valid. The Election Commission itself has admitted that the ink was more edible than it was indelible – no surprises then to the widespread failure of the ink, as reflected in the hundreds of police report lodged by various people about it. Yet no one in the Commission has ever had to publicly account and been held responsible for this ‘ineptitude’.

READ MORE:  Electoral Commission must maintain restrictions on campaigning by ministers

Instead, the authorities appear to be bent on making a negative example out of Major Zaidi, sending a dangerous message that emboldens wrongdoers and silences whistleblowers when the movement for free and fair elections – nay, the nation – desperately needs courageous people such as Major Zaidi to speak truth to power.

Although the Facebook account of “Saadon T’son” has since been disabled, Bersih 2.0 is confident that the computer forensics experts in government can trace it and identify the source of the comment. If the authorities are so efficient in charging people for online sedition, then they can certainly move as quickly where a person’s constitutional right to a fair trial is at stake. We would also like to think that the presiding officer would want his image to be free of any taint as well, which can only be done by an independent police investigation.

The court martial must not only be impartial but also be seen to be so. At stake are not only Major Zaidi’s life and livelihood, but also the respect of the public and even that of members of the Royal Malaysian Air Force, many of whom had the same experience as Major Zaidi with regard to the ink but lacked the courage to lodge a formal complaint.

To them and to fellow citizens who grow weary of the continued non-accountability for the many scandals in governance, Major Zaidi’s courage is the light that we hope to spread and will not allow to be extinguished.

Bersih 2.0 Steering Committee

comprising:

Chairperson: Maria Chin Abdullah
Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan
Treasurer: Masjaliza Hamzah

national representatives:
Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusoff
Farhana binti Abdul Halim
Fadiah Nadwa Fikri and
New Sin Yew

vice-chairpersons:
Jannie Lasimbang (Sabah)
Ahmad b. Awang Ali (Sarawak)
Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula)
Thomas Fann (South Peninsula)
Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and
Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula)

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of