Perbicaraan berkenaan pengampunan Najib perlu dibuat secara terbuka

Convict Najib - THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Najib Razak untuk tidak membenarkan pihak media untuk membuat liputan prosiding pemohon mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum atau tambahan agong ke-16 supaya bekas perdana menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Bersih menegaskan, memandangkan kes ini membabitkan individu berprofil tinggi, serta melibatkan kes kepentingan umum serta dana awam seperti yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini, adalah menjadi keperluan untuk ia dibuat secara terbuka dan telus kepada umum.

Dalam masa sama, Bersih juga ingin mempersoal mengapa pihak timbalan pendakwa raya tidak membuat bantahan terhadap permohonan ini dan mereka perlu perjelaskan kepada orang ramai alasan yang munasabah berhubung tindakan mereka ini.

Perbicaraan kes berprofil tinggi sebegini harus dilihat telus dan terbuka kerana orang ramai berhak mengetahui kedudukan sebenar perjalanan kes yang sedang dibicarakan.

Namun jika tidak, ia akan menimbulkan persepsi dua darjat yang boleh menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi keadilan negara kita.

Bersih sekali lagi menegaskan agar prinsip keadilan sedarjat dan keterbukaan harus sentiasa diangkat sebagai prinsip utama bagi memelihara sistem keadilan dan kedaulatan undang-undang negara. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments