Perak menunjuk jalan ke depan kestabilan politik negara (Malay/English)

File photo: Perak State Assembly building

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan persetujuan kerajsama di antara parti pemerintah dan parti pembangkang yang telah dicapai di Perak berdasarkan kepada titah Sultan Perak demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, di mana parti pembangkang bersetuju memberi sokongan kepercayaan kepada menteri besar dan kerajaan negerinya dan parti pemerintah bersetuju melaksanakan reformasi institusi yang tertentu.

Kami mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Ketua Pembangkang Abdul Aziz Bari dan semua ahli majlis Dewan Undangan Negeri Perak daripada Barisan Nasional-Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang telah mengutamakan kestabilan politk dan kepentingan rakyat dan negara dalam mencapai persetujuan keyakinan dan pembekalan ini.

Persetujuan ini mirip kepada semangat persetujuan keyakinan dan pembekalan (confidence and supply agreement). Ini mungkin merupakan persetujuan keyakinan dan pembekalan di antara parti pemerintah dan parti pembangkang yang pertama dalam sejarah politik Malaysia.

Ini juga merupakan norma baharu dan amalan politik matang yang perlu dibiasakan oleh parti-parti politik dalam era baharu politik Malaysia untuk menangani persaingan politik yang amat ketat dalam bilangan kerusi yang dipegang oleh parti-parti politik masing-masing.

Bersih 2.0 telah mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti politik perlu memberi pertimbangan untuk mencapai persetujuan keyakinan dan pembekalan sebagai salah satu langkah penyelesaian demokratik kepada polemik politik yang dihadapi oleh negara pada 25 Oktober 2020 setelah berkali-kali sokongan keyakinan perdana menteri Muhyiddin Yassin dipersoalkan.

Teladan yang ahli Dewan Undangan Negeri Perak tunjukkan boleh menjadi pelita untuk menyuluh jalan ke depan politik negara agar ahli-ahli politik dapat mengamalkan politik yang sihat, matang dan berpaksikan rakyat.

Bersih 2.0 mengalu-alukan reformasi yang dipersetujui antara kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di Perak untuk mencapai kestabilan politik setidak-tidaknya sehingga ke akhir penggal dewan undangan negeri tersebut.

READ MORE:  Embrace spiritual renewal before advocating reforms

Antara reformasi yang Bersih 2.0 pernah cadangkan pada 4 Disember yang lalu telah diangkat untuk dilaksanakan di Perak adalah peruntukan yang saksama untuk semua ahli dewan negeri tanpa mengira pembangkang mahupun kerajaan, penubuhan jawatankuasa pilihan khas dewan undangan negeri agar ahli dewan bukan eksekutif kerajaan dan pembangkang dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembentukan dasar dan tidak menjanjikan jawatan syarikat berkait kerajaan sebagai hadiah kepada ahli dewan untuk balasan sokongan kepada kerajaan.

Perjanjian keyakinan dan pembekalan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan di Perak boleh dijadikan contoh oleh pembangkang dan kerajaan di peringkat persekutuan untuk berbuat perkara yang sama. Bersih 2.0 menyokong perjanjian yang dibuat oleh ahli dewan di negeri Perak iaitu:

  • Peruntukan tahunan yang sama rata sebanyak RM200,000 kepada setiap ahli dewan tanpa mengira kecenderungan politik
  • Penglibatan setiap wakil rakyat termasuk pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Focus Group Daerah dan Jawatankuasa Bencana Daerah
  • Pengiktirafan rasmi kepada ketua pembangkang dewan undangan negeri dengan pemberian gaji, elaun dan emolumen serta memberikan kemudahan yang munasabah Bersetuju untuk melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang dalam kalangan pembangkang.

Ahli-ahli politik daripada pembangkang dan kerajaan harus jelas akan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara. Kestabilan politik dalam negara hanya dapat dicapai sekiranya ahli politik mengamalkan persaingan politik yang matang, sihat dan profesional.

Untuk mencapai perkara ini, perjanjian keyakinan dan pembekalan berdasarkan reformasi institusi dan reformasi parlimen perlu dilaksanakan segera. Negara ini tanggungjawab kita bersama.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Perak leads the way forward for nation’s political stability

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) commends the cooperation for political stability in Perak based on the Sultan of Perak’s decree. The opposition party has agreed to support the chief minister and his state government, with the ruling party agreeing to implement certain institutional reforms.

READ MORE:  Progresif Umno: Divide and conquer from within?

We congratulate Perak Menteri Besar Saarani Mohamad, Opposition Leader Aziz Bari and all Barisan Nasional-Perikatan Nasional and Pakatan Harapan members of the Perak State Legislative Assembly who prioritised political stability and the interests of the people and country to achieve this confidence-and-supply agreement.

This may be the first ever confidence-and-supply agreement in Malaysian political history between the ruling party and opposition. This is also a new norm and an example of mature political practice that should be normalised by political parties in the new era of Malaysian politics to deal with the fierce political competition about the number of seats held by the respective political parties.

Bersih 2.0 has previously issued a statement that political parties need to achieve a confidence-and-supply agreement as one of the steps towards a democratic solution to the political polemics faced by the country on 25 October 2020 after the Prime Minister’s support was questioned on numerous occasions.

The example set by Perak assembly members is a beacon to illuminate the path forward for national politics so that politicians can practise healthy, mature and people-centered politics.

Bersih 2.0 welcomes the reforms agreed upon by the government and the opposition in Perak to achieve political stability, at least until the end of the term of the state assembly. Among the reforms that Bersih 2.0 proposed on 4 December that have been adopted are a fair allocation to all assembly members regardless of opposition or government, the establishment of select committees in the state assembly so that non-executive backbenchers and opposition assembly members can play a more effective role in policymaking and no promises of government-linked company positions as gifts to assembly members in return for their support to the government.

READ MORE:  Reform police custody practices now - Bar

The confidence-and-supply agreement reached by both the opposition and government in Perak can be used as an example by the opposition and the government at the federal level to do the same. Bersih 2.0 supports the agreement made by the state assembly members in Perak:

Equal annual allocations of RM200,000 to each assembly member, regardless of political affiliation

Involvement of each elected representative including the opposition to join the District Action Committee, District Focus Group Committee and District Disaster Committee

Official recognition of the opposition leader of the state assembly by providing salaries, allowances and emoluments as well as reasonable facilities

Agreement to appoint the chairman of the Public Accounts Committee from the opposition

Politicians from the opposition and the government should be clear about their roles and responsibilities to the people and the country. Political stability in the country can only be achieved if politicians practise mature, healthy and professional political competition.

To achieve this, confidence-and-supply agreements based on institutional reform and parliamentary reform need to be implemented immediately. This country is our shared responsibility.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.