Penurunan had umur mengundi ke 18 tahun iktiraf golongan anak muda (BM/ENG)

0
127
Voters from a kampung - Photograph: themalaymailonline.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan pengumuman pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun bahawa usul menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 akan dibentangkan pada 4 Julai dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagi Bersih 2.0 ini adalah berita yang baik kerana usul ini adalah antara cadangan kami sejak dari tahun 2008 lagi.

Memandangkan usul merendahkan umur pengundi ini memerlukan pindaan Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua-pertiga, Bersih 2.0 menyeru semua parti di dewan untuk menyokong usul dibawa kerana ini akan menunjukkan pengiktirafan daripada wakil rakyat bahawa anak muda di negara ini adalah penting dalam proses politik pilihan raya serta pandangan dan kehendak mereka mustahak untuk pembinaan negara.

Sangat sedikit negara di dunia yang masih mengekalkan umur 21 untuk layak mengundi. Dengan menurunkan ke umur Malaysia akan menyertai banyak negara yang lain yang telah mengiktiraf umur 18 sebagai umur di mana seseorang itu dianggap matang untuk berkahwin, memandu kereta dan dihukum jenayah sebagai dewasa. Oleh itu adalah pelik untuk menafikan mereka yang berumur 18 tahun hak untuk mengundi.

Kebimbangan terhadap kematangan dan kesedaran politik tidak seharusnya dihadkan kepada mereka yang berumur 18 sahaja kerana umur semata tidak menentukan tahap kematangan seseorang. Kebimbangan ini dapat ditangani dengan program pendidikan politik yang disasarkan kepada pengundi muda yang dijalankan oleh SPR, sekolah, gerakan sivil malah badan korporat.

Media juga wajar memainkan peranan yang besar untuk program pendidikan pengundi. Pendidikan sivik bagi peranan, tanggungjawab dan hak warganegara juga patut menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan kebangsaan bermula bahkan daripada peringkat pendidikan rendah untuk meningkatkan tahap kesedaran sivik dan penyertaan anggota masyarakat.

READ MORE:  Voting at 18 – but students still suppressed on campus

Sehingga daftar pemilih secara automatik dilaksanakan, cabaran penurunan had mengundi ke 18 adalah, dianggarkan 3.5 juta pengundi muda yang bakal dimasukkan pada pilihan raya umum akan datang sebagai tambahan kepada 4 juta pengundi yang layak namun masih belum berdaftar.

Bersih 2.0 mencadangkan pelajar yang berumur 18 tahun dan ke atas diberikan borang daftar pemilih sebagai sebahagian daripada proses kemasukan mereka ke kolej. SPR juga harus meningkatkan bilangan penolong pendaftar pemilih dan meneroka kaedah baru untuk menambahbaik proses ini bagi mengendalikan jumlah pengundi layak yang belum berdaftar yang besar.

Sekali lagi, Bersih 2.0 mengalukan penurunan umur pengundi ke 18 tahun dan menyeru semua ahli parlimen pembangkang untuk mengenepikan fahaman politik masing-masing dan sokong usul ini untuk menghantar mesej yang jelas kepada generasi mada depan negara bahawa mereka sememangnya penting serta kita mengharapkan idealisme, semangat dan penyertaan mereka untuk membina Malaysia.

Satukan tenaga, Malaysia baru!

Jawatankuasa Bersih 2.0

English version

Lowering eligible voting age to 18 is acknowledgement that youth matters

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the announcement by Electoral Commission chairman Azhar Azizan Harun that the motion to lower the eligible voting age from 21 to 18 will be tabled at the 4 July sitting of Parliament.

To Bersih 2.0, this news could not have come sooner for it has been one of our proposals since 2008.

This move to lower the voting age to 18 will require an amendment to Article 119(1) of the Federal Constitution – which in turn requires a two-thirds majority.

Bersih 2.0 calls on all parties in Parliament to support the motion to be put forth – as doing so would be an acknowledgement by our elected representatives that the youths of this country matter in the political process of elections and that their views and interests are important in nation-building.

READ MORE:  Register those 18 and above as voters without delay

A very small number of countries still maintain 21 as the eligible voting age. By lowering it to 18, Malaysia would join the vast majority of countries that recognises 18 as the age of majority – when a person is considered mature enough for marriage, for driving a vehicle and to be criminally charged as an adult. As such it would be incongruent to deny those 18 and over their right to vote.

Concerns about maturity and political awareness should not be limited to those who are under 21 – as age is not necessarily a determinant of a person’s maturity level. Such concerns can be mitigated with voter education programmes targeted at these younger voters, conducted by the Electoral Commission, schools, civil society and even corporate entities.

The media should also play a huge part in such voter education programmes. Eventually civic education on the role, responsibility and rights of citizens should be part of our national education curriculum – even from the primary level – to raise the level of civic awareness and participation of our citizens.

Until automatic voters registration is implemented, another challenge with the lowering of voting age to 18 is the estimated 3.5 million young eligible voters being added by the next general election – and this is on top of the existing 4 million eligible voters who are not yet registered.

Bersih 2.0 would suggest that students who are 18 and above be given voter registration form as part of their enrolment to college. The Electoral Commission should also increase the number of assistant registration officers and explore ways to improve the process to cope with the larger pool of unregistered eligible voters.

READ MORE:  Do register to vote!

Once again, Bersih 2.0 welcomes the lowering of the voting age to 18 and calls on opposition MPs to put aside partisan politics and send a clear message to our future generation that they do matter and that we welcome the idealism, passion and participation of our youth in building Malaysia.

Satukan tenaga, Malaysia baru!

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments