Pengumuman peruntukan semasa pilihan raya kecil satu bentuk penyalahgunaan jentera kerajaan

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyelar keras pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.1 juta bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah pada “Program Sentuhan Kasih 3.0” di Pasar Awam Tapah Road.

Kawasan dewan undangan negeri Ayer Kuning yang kini sedang menghadapi pilihan raya kecil merupakan salah satu kawasan dewan negeri yang berada di dalam kawasan parlimen ini.

Bersih berpandangan penggunaan kedudukan menteri untuk menyalurkan projek dan dana kerajaan ke kawasan yang sedang berdepan pilihan raya merupakan satu bentuk penggunaan sumber kerajaan secara tidak adil, terutama sewaktu tempoh pilihan raya.

Perlakuan ini yang telah lama menjadi amalan politik lama dan antara tingkah laku yang pernah dikecam hebat oleh pemimpin-pemimpin dalam kerajaan “Madani” semasa mereka berada di pihak pembangkang.

Sejak pilihan raya enam negeri 2023, Bersih telah memperkenalkan garis panduan “tiga C” kepada kerajaan bukan caretaker seperti kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam konteks pilihan raya kecil: tiada syarat (no conditions), tiada kempen (no campaigning) dan tiada penglibatan calon (no candidates) dalam sebarang program rasmi kerajaan.

Garis panduan ini diwujudkan bagi memastikan jentera kerajaan tidak disalahgunakan bagi tujuan politik semasa tempoh pilihan raya.

Apa yang diumumkan oleh menteri perumahan dan kerajaan tempatan di Tapah melanggar semangat dan tujuan garis panduan tersebut.

Walaupun pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur merupakan keperluan yang sah, pengumuman berskala besar ini dilakukan dalam konteks kempen pilihan raya dan memberi kelebihan tidak adil kepada parti kerajaan.

Pengumuman peruntukan ketika tempoh kempen pilihan raya bukan sahaja memberi persepsi pembelian undi secara terselindung, malah mencemarkan prinsip demokrasi yang sepatutnya menjamin persaingan politik yang adil dan bersih.

READ MORE:  Ayer Kuning by-election: Wellbeing of communities must come before pursuit of political power

Rakyat berhak membuat pilihan berdasarkan dasar, integriti dan rekod perkhidmatan – bukan berdasarkan janji projek dan peruntukan yang secara tiba-tiba turun menjelang tempoh pilihan raya.

Malangnya, ini bukan kes terpencil. Bersih melihat siri pelanggaran berterusan terhadap etika pilihan raya yang bersih dan adil oleh kerajaan Madani, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Amalan seperti pengumuman projek semasa kempen dan penggunaan sumber kerajaan untuk tujuan kempen telah menjadi corak yang berulang.

Sekiranya dibiarkan, ia bukan sahaja mencemarkan proses pilihan raya, tetapi turut menghakis keyakinan awam terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi negara secara keseluruhan.

Pilihan raya kecil Ayer Kuning akan menjadi ujian penting terhadap komitmen kerajaan hari ini kepada reformasi politik dan integriti pilihan raya.

Sekiranya budaya patronage terus dibiarkan, cita-cita membina politik baharu yang bersih dan matang akan kekal menjadi retorik semata-mata. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments