Pengkhianatan di Kedah menunjukkan keperluan segera pilihan raya tarik balik wakil (Malay/English)

0
124 views
Kedah
Kedah - Photo: Rizalis (Malaysian Macro Team)/Flickr

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk dua orang ahli Dewan Undangan Negeri Kedah iaitu ahli dari Sidam, Robert Ling Kui Ee, dan ahli dari Lunas, Azman Nasrudin, yang telah meninggalkan PKR dalam langkah yang jelas untuk menjatuhkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Kejatuhan kerajaan negeri Kedah selepas Johor, Melaka dan Perak yang dicetuskan dengan tindakan lompat parti menunjukkan keperluan mendesak untuk sistem pilihan raya tarik balik wakil diperkenalkan, seperti yang dicadangkan oleh Bersih 2.0 pada 16 Mac 2020.

Hanya dengan pilihan raya tarik balik wakil dapat mencegah parti daripada dilemahkan oleh gejala lompat parti yang berterusan yang dipandu oleh kepentingan peribadi sebagai king maker (penentu kerajaan) kepada siapa yang akan menjadi kerajaan, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Bersih 2.0 menggesa PH dan rakan sekutu mereka, iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan), sebagai mangsa gejala lompat parti, menyatakan janji untuk memperkenalkan pilihan raya tarik balik wakil sekiranya mereka mendapat semula kuasa pada pilihan raya yang akan datang di peringkat persekutuan dan negeri serta memperkenalkan mekanisme ini di Selangor, Pulau Pinang dan Sabah di mana mereka masih di tampuk kuasa.

Undang-undang anti-lompat yang dituntut oleh ramai rakyat Malaysia sebenarnya bukanlah penyelesaian yang tuntas.

Cadangan penuh Bersih 2.0 berkenaan prinsip-prinsip dan kaedah penyelesaian isu lompat parti adalah seperti di bawah:

Gejala lompat parti yang menyebabkan perubahan kerajaan oleh penggubal undang-undang disebabkan kepentingan peribadi membawa padah buruk kepada parti politik yang menjadi tulang belakang kepada demokrasi berparlimen. Sekiranya pengundi membuang undi berdasarkan parti politik dengan kerajaan yang bakal dibentuk dalam pemikiran, gejala lompat parti ini menjadikan pilihan raya tidak bermakna lagi dan ia memudaratkan keabsahan sistem politik kita.

Undang-undang anti-lompat yang ramai rakyat Malaysia gesa adalah penyelesaian yang bermasalah yang hanya menggantikan satu ketempangan dengan ketempangan yang lain. Bagi memastikan undang-undang anti-lompat betul-betul berkesan, bukan sahaja penggubal undang-undang yang secara suka rela meninggalkan parti sahaja yang perlu dipecat dari kerusi, bahkan juga mana-mana penggubal undang-undang yang dibuang daripada parti. Hal ini berkemungkinan menyebabkan penggubal undang-undang menjadi boneka kepada kepimpinan parti bagi mengelakkan mereka kehilangan kerusi walaupun kepimpinan parti bertindak bertentangan dengan kepentingan awam. Untuk kerajaan parti tunggal/blok dengan majoriti mudah, undang-undang anti-lompat akan menjinakkan ahli penyokong kerajaan menjadi tukang sorak dan secara berkesan memastikan legislatif menjadi rubber stamp kepada eksekutif.

Realitinya, undang-undang anti-lompat tidak dapat mengelakkan cabaran kehakiman. Undang-undang ini pernah diperkenalkan di Kelantan namun diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Tinggi 1992 kerana menghalang kebebasan berpersatuan, yang termaktub dalam Perkara 10(1)(c), kepada penggubal undang-undang. Sebarang undang-undang anti-lompat termasuklah yang diperkenalkan di Pulau Pinang pada 2012 mungkin akan dicabar dan dibatalkan oleh mahkamah melainkan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memintas keputusan mahkamah pada 1992.

Penyelesaian tuntas kepada gejala lompat parti tanpa menempangkan legislatif dan membahayakan demokrasi berparlimen adalah dengan mengukuhkan parti politik. Sekiranya parti politik dikukuhkan, gejala lompat parti oleh penggubal undang-undang tidak akan menjadi endemik. Ianya mungkin masih berlaku kerana perbezaan pendapat disebabkan oleh polisi dan ideologi, di mana ianya adalah sah dalam demokrasi berbilang parti. Namun ia tidak sepatutnya berlaku kerana kepentingan peribadi sebagai penentu kerajaan baharu atau tukang sorak tambahan kepada kerajaan sedia ada.

Untuk mengukuhkan parti dalam masyarakat yang dijangkiti dengan politik naungan yang berleluasa seperti di Malaysia memerlukan dua reformasi institusi.

Pertamanya adalah layanan sama rata kepada semua parti politik dan penggubal undang-undang, supaya tidak terdapat banyak kelebihan di antara mereka dari segi perlantikan jawatan bergaji besar, pemberian kontrak, akses kepada dana pembangunan kawasan atau dalam kes di Perak pada tahun 2009, pengguguran pendakwaan jenayah kerana bertukar parti

READ MORE:  The immorality of party defections

Reformasi kedua adalah memperkenalkan sistem perwakilan bercampuran yang bukan sahaja memberikan mandat individu untuk mewakili kawasan di bawah sistem first-past-the-post yang memberi ruang untuk menukar parti, malah dapat memberi mandat secara langsung kepada parti politik melalui sistem “senarai erwakilan bernisbah daripada parti politik”, di mana kerusi akan kekal dengan parti dan diberikan kepada calon gantian sekiranya penggubal undang-undang tersebut melompat parti. Ini akan mengurangkan prospek penukaran regim akibat gejala lompat parti oleh beberapa perwakilan di bawah first-past-the-post, yang mandat mereka boleh ditarik balik melalui pilihan raya tarik balik wakil.

Oleh kerana perubahan sistem pilihan raya memerlukan perbahasan lanjut, pilihan raya tarik balik wakil adalah penyelesaian terbaik pada masa sekarang bagi isu lompat parti. Melalui pilihan raya tarik balik wakil ini, penggubal undang-undang yang ditolak oleh pengundi dengan jumlah yang mencukupi – melalui pengumpulan tandatangan yang sahih – perlu berhadapan dengan satu lagi pilihan raya di mana semua pengundi akan menentukan sama ada dia akan dikekalkan atau dibuang. Asas pilihan raya tarik balik wakil ini bukan terhad kepada lompat parti sahaja, malah boleh merangkumi kesalahan jenayah di mana hukuman denda kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara kurang daripada setahun yang tidak menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat.

Sekiranya pilihan raya tarik balik wakil ini diusulkan, satu pilihan raya kecil akan diadakan. Ianya akan berfungsi sebagaimana undang-undang anti-lompat kepada mereka yang pertukaran parti mereka ditolak oleh pengundi. Berbeza dengan undang-undang anti-lompat, pilihan raya tarik balik wakil memperkasakan penggubal undang-undang untuk meninggalkan parti atau menolak kepimpinan parti demi kepentingan rakyat sekiranya tindakan mereka disokong oleh pengundi di kawasan mereka.

Semua parti yang menolak gejala lompat parti dan menyokong pemerkasaan pengundi perlu berjanji untuk membawa cadangan pilihan raya tarik balik wakil di peringkat persekutuan dan juga peringkat negeri. Sekiranya PH benar-benar tulus menentang gejala lompat parti, kerajaan negeri mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Sabah mempunyai tanggungjawab moral untuk memperkenalkan pilihan raya tarik balik wakil di peringkat negeri.

Memandangkan pelucutan kelayakan sebagai ahli majlis undangan negeri adalah di bidang kuasa negeri di bawah Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, negeri boleh meminda perlembagaan negeri dan memperkenalkan enakmen yang bersesuaian untuk mewujudkan sistem pilihan raya tarik balik wakil ini, sebagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang meminda perlembagaan negeri pada 2012 untuk melucutkan kelayakan ahli majlis undangan negeri yang bertukar parti.

Memandangkan pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa persekutuan dan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Undang-undang persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya selain daripada pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1) [Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri]”, pilihan raya tarik balik wakil boleh dan perlu dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Sekiranya pilihan raya tarik balik wakil berjaya membuangkan wakil sedia ada, maka satu pilihan raya kecil akan berjalan seperti biasa sebagaimana dalam kes-kes kekosongan kerusi.

Parti-parti politik dan penyokong-penyokong mereka perlu mengangkat pandangan yang lebih jauh dan konsisten dalam isu lompat parti dan bukan hanya menyokong apabila kena dengan kehendak mereka dan menentangnya apabila mereka akan menghadapi masalah.

Dengan dinamika politik yang cair sejak 2008 dan lebih cair lagi selepas bulan Februari 2020, sebarang pengiraan jangka pendek akan menikam semula dalam jangka sederhana dan panjang kepada parti apabila ada perubahan arus.

Pilihan raya tarik balik wakil adalah langkah yang baik dan diperlukan sebenarnya untuk melindungi parti daripada gejala lompat parti yang tidak disokong oleh pengundi dan pada masa yang sama memberikan ruang penjajaran semula politik yang disokong oleh pengundi.

READ MORE:  Malaysians can’t breathe! End dysfunctional politics

Oleh kerana ia dapat merangsangkan kestabilan politik dan membenarkan perubahan kontigensi, pilihan raya tarik balik wakil adalah kunci kepada pembinaan politik professional yang sangat diperlukan oleh Malaysia selepas keadaan hulu-hara politik sejak Februari 2020.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Defections in Kedah underlines the urgent need for recall elections

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) condemns the defection of two state assembly members, Robert Ling Kui Ee for Sidam and Azman Nasrudin for Lunas, quitting their party, PKR, in an obvious move just to topple the Pakatan Harapan (PH) state government.

The defections in Kedah underlines the urgent need for recall elections, which Bersih 2.0 chairperson Thomas Fann had called for on 16 March 2020. In the short run, only recall elections can prevent parties being constantly weakened by defections driven by personal gain as king-makers who enthrone the next government, whether at the federal and state levels.

Bersih 2.0 calls upon PH and its ally Warisan, as the current victim of defections, to commit to introducing recall elections should they come back to power in the next federal and state elections and to introduce this mechanism in Selangor, Penang and Sabah where they still hold power. An anti-hopping law, which many Malaysians have called for, is instead not a working solution.

Bersih 2.0’s full position on principles and remedies on party-hopping is as below:

Defection of lawmakers driven by personal gain in a change of government undermines political parties, which are the backbone of parliamentary democracy. If voters cast their votes based on political party with the next government in mind, such defections make elections hollow and undermine the legitimacy of our political system.

The anti-hopping law that many Malaysians call for is, however, a problematic remedy that trades one flaw for another. For an anti-hopping law to be effective, it must disqualify not only lawmakers who voluntarily leave their party but also any lawmakers who are sacked by their party. This potentially turns lawmakers into puppets of their party leadership to avoid losing their seats if the latter acts against the public interest. For single-party/block governments with a simple majority, an anti-hopping law will tame government backbenchers into government cheerleaders and effectively ensure that the legislature becomes the rubber stamp of the executive.

Realistically, any anti-hopping law may not survive a judicial challenge. One such law introduced in Kelantan was declared unconstitutional by the Supreme Court in 1992 for infringing freedom of association – enshrined in Article 10(c) of the Federal Constitution – of lawmakers. Any new anti-hopping law including the one introduced in Penang in 2012 might be challenged and nullified in the court unless the Federal Constitution is amended to bypass the 1992 verdict.

The true remedy to party-hopping without crippling the legislative and undermine parliamentary democracy is strengthening political parties. If parties are strengthened, the crossovers of lawmakers will not be endemic. It may still happen because of genuine differences over policies and ideologies, which is legitimate in a multi-party democracy, but not because of material gains to be made from becoming king-makers of a new government or additional cheerleaders of an existing government.

Strengthening parties in patronage-plagued societies like Malaysia requires two institutional reforms.

The first reform is fair treatment of all political parties and their lawmakers such that lawmakers have little to gain – such as appointments to lucrative positions, the granting of contracts, access to constituency development funds or, in the case of Perak in 2009, the withdrawal of criminal charges – from switching sides.

READ MORE:  Lompat parti tidak akan berakhir dengan pilihan raya mengejut di Sabah (Malay/English)

The second reform is a “mixed-member” electoral system, which gives not just an individual mandate to constituency representatives under our current first-past-the-post system who can therefore switch parties, but also a direct mandate to parties through a “party-list proportional representation” system, in which seats stay with the party and pass on to back-up candidates if the lawmakers defect to other parties. This would reduce the prospect of regime change by the defections of a few first-past-the-post representatives, whose mandates can be revoked with recall elections.

While change of an electoral system requires much deeper debate, which has yet to taken root, recall elections offer the best institutional remedy for party-hopping. Through recall elections, lawmakers who are rejected by a sufficient number of constituents – through the collection of verified signatures – will have to face another election where all constituents can decide if they should be retained or sacked.

The grounds for recall go beyond defections and can include the committing of criminal offences – even though the MP may have been spared from a penalty as the fine was less than RM 2,000 or the imprisonment was less than a year.

If the recall motion is carried, a by-election will be held. It works like an anti-hopping law on those defectors whose crossovers are rejected by their voters. Unlike an anti-hopping law, recall elections empower lawmakers to leave their party or defy their party leadership and stand up for the public interest if their actions are supported by the constituents.

All parties that reject party-hopping and support the empowerment of voters should commit themselves to bring about recall elections at both the federal and state levels.

If PH is sincerely against party-hopping, their state governments in Selangor, Penang and Sabah have a moral obligation to introduce recall elections at the state level. As disqualifications of state assembly members is a power of the state under the Eighth Schedule of the Federal Constitution, states can introduce amendments to the state constitution and necessary enactments to provide for the triggering and conduct of a recall election, similar to how the Penang state government amended the state constitution in 2012 to disqualify lawmakers who change party affiliations.

As elections are a federal matter and Article 113(4) of the Federal Constitution provides that “Federal or State law may authorize the Election Commission to conduct elections other than those [to the House of Representatives and the Legislative Assemblies of the States]”, recall elections can and should be conducted by the Election Commission. And in the event of a successful recall, a normal by-election will be conducted just as in other occasions of vacancy.

Political parties and their supporters should adopt a consistent and far-sighted view on the issue of party-hopping, and not support it when it is in their favour and only oppose it when it is at their expense.

Given the fluid political dynamics since 2008 and more so after February 2020, any short-term calculations may backfire in the medium and long-term for parties when the tide changes.

Recall elections are good and necessary for political parties as it will protect them from an unwarranted switch of party affiliation while allowing political realignments that are consented by their constituents.

In both promoting stability and permitting contingency, recall elections are key to the professionalisation of politics, which Malaysia badly needs.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments