Pengisytiharan ordinan berita tidak benar mencengkam hak bersuara dan demokrasi (Malay/English)

Photograph: Canva

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk kerajaan Perikatan Nasional yang sekali lagi mengisytiharkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 tentang berita tidak benar yang amat kontroversi tanpa melalui sidang parlimen untuk perbahasan dan kelulusan.

Tindakan tersebut langsung tidak demokratik, tidak telus dan tidak berakauntabiliti, terutamanya ordinan tersebut akan mempunyai kesan negatif yang amat besar kepada hak bersuara rakyat.

Kami menggesa kerajaan untuk menarik balik Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang dikatakan untuk mengekang penyebaran berita tidak benar mengenai Covid-19 dan proklamasi darurat. 

Apa yang amat membimbangkan adalah definisi “berita tidak benar” sebagaimana yang dinyatakan dalam ordinan ini adalah amat luas dan kabur.

Mengikut ordinan tersebut, sesiapa sahaja yang dengan apa-apa cara dan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan tidak benar boleh dikenakan tindakan.

Ini secara langsung memberi kuasa yang amat besar kepada kerajaan untuk menentukan samada suatu tindakan telah “menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai”.

Ordinan ini juga membenarkan apa-apa pernyataan seseorang tertuduh samada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa boleh diterima sebagai keterangan.

Kami khuatir ini mungkin akan mengalakkan keterangan tertuduh dibuat secara paksa dan sekaligus menafikan hak untuk perbicaraan yang adil.

Hukuman yang bakal dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang ini adalah sangat melampau, iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesan daripada penguatkuasaan ordinan adalah pandangan rakyat akan dibungkam kerana rakyat menjadi semakin takut untuk memberi pandangan apa-apa arahan, polisi dan tindakan kerajaan berkenaan Covid-19 dan proklamasi darurat, walaupun pandangan itu bernas, kerana dikhuatiri akan dituduh menggambarkan sesuatu yang boleh “menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan orang awam”.

READ MORE:  Questioning the emergency does not make one a traitor

Bersih 2.0 mendesak kerajaan kembalikan proses demokrasi dan membenarkan Parlimen bersidang semula dengan segera sebagai platform terbaik bagi wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk memberi pandangan dan membahaskan sebarang undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan sebelum pelaksanaan, termasuk mekanisme paling berkesan untuk menangani kesan Covid-19 dan kaedah-kaedah pemulihan ekonomi.

Pentadbiran dan masa depan negara ini tidak boleh ditentukan oleh segelintir elit politik sahaja di dalam kabinet kerajaan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Proclamation of fake news ordinance threatens freedom of speech and democracy

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) condemns the Perikatan Nasional government for declaring the highly controversial Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 on fake news without putting it through a parliamentary session for debate and approval.

Such actions are completely undemocratic, non-transparent and non-accountable, especially as the ordinance will have a massive negative impact on the freedom of speech.

We urge the government to repeal the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021, which is supposed to curb the spread of fake news about Covid-19 and the emergency proclamation.

It is most worrying that the definition of fake news as set out in this ordinance is very broad and vague.

According to the ordinance, any person who, by any means with the intent to cause fear or alarm to the public, creates, offers, publishes, prints, distributes, circulates or disseminates any fake news or publication containing fake news may be subject to action.

This gives vast power to the government to determine whether an action has “caused or is likely to cause fear or concern to the public”.

READ MORE:  Understanding the new ordinance on fake news relating to Covid-19, emergency

The ordinance also allows any statement by an accused, whether orally or in writing, to any person at any time to be admissible in evidence.

We are concerned that this may encourage the accused’s testimony to be made by coercion and deny him or her the right to a fair trial.

The punishment that will be imposed on those who violate this law is extreme, namely a fine not exceeding RM100,000 or imprisonment not exceeding three years or both.

The effect of the enforcement of the ordinance is that the views of the people will be silenced as people become increasingly afraid to give their views on any government directives, policies and actions regarding Covid-19 and emergency proclamations, even if those views are valid, for fear of being accused of portraying something that could “cause or which is likely to cause fear or alarm to the public”.

Bersih 2.0 urges the government to return to the democratic process and allow Parliament to reconvene immediately as the best platform for elected representatives to give views and debate any legislation proposed by the government prior to implementation, including the most effective mechanisms to address Covid-19 and methods of economic recovery.

The governance and future of this country cannot be determined by a handful of political elites alone in the government cabinet.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.