Penangguhan pilihan raya perlukan pindaan perlembagaan, namun tidak patut dilaksanakan, tidak diperlukan (Malay/English)

2
67 views
Source: freemalaysiatoday.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melihat dengan penuh bimbang berkenaan cadangan untuk menggubal undang-undang bagi menangguhkan pilihan raya disebabkan hal ini mungkin boleh menyebabkan salah guna kuasa oleh ahli politik untuk terus kekal berkuasa.

Di samping itu, penangguhan pilihan raya yang memerlukan pindaan perlembagaan persekutuan dan negeri, tidak dapat dilaksanakan, tidak dingini dan tidak ada sebab yang munasabah dalam situasi politik semasa. Majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan di peringkat legislatif untuk pindaan perlembagaan adalah mustahil.

Kami yakin serta percaya bahawa pilihan raya boleh dijalankan dengan selamat walaupun dalam pandemik Covid-19 sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengusulkan kepada kabinet untuk meluaskan kemudahan pengundi tidak hadir, sama ada undi pos, undi awal atau undi jarak jauh, kepada semua pengundi yang mempunyai keperluan yang sah.

Pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pelaksanaan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos) 2003 hanya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat.

New Zealand dan Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa pilihan raya dapat dijalankan dengan selamat di mana pengundi dibenarkan untuk mengundi dalam satu tempoh tertentu berbanding hanya satu hari sebagaimana yang diamalkan oleh sistem pilihan raya kita.

Hasilnya, kesesakan pengundi di pusat pengundian dapat dielakkan dan keselamatan serta kesihatan pengundi dapat dijamin walaupun dalam wabak ini.

Bagi mengelakkan perentasan negeri dan daerah serta kesesakan di pusat pengundian, Bersih 2.0 menggesa agar pengundi mempunyai akses kepada pengundian awal, pengundian di pusat pengundian jarak jauh atau pengundian secara pos.

Keselamatan pengundi dalam masa yang genting ini perlu dijamin oleh SPR. Justeru, proses pengundian perlu direformasikan dengan kadar yang segera dan berani oleh SPR untuk memastikan proses undi dapat disesuaikan dalam keadaan norma baharu.

READ MORE:  Adakah peluang untuk kuasa tiga politik?

Kaedah berkempen juga perlu diubah supaya dapat garis panduan kesihatan dapat dipatuhi serta penjarakan fizikal antara calon dan orang awam perlu dikuatkuasakan dengan ketat.

Sebagai gantian kepada perhimpunan dan kempen rumah ke rumah, SPR boleh menggunakan kuasa mereka di bawah Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan bantuan daripada RTM – malah stesen penyiaran swasta – bagi menyiarkan debat ketua-ketua parti politik dan siaran percuma untuk semua calon-calon di semua kawasan pilihan raya.

SPR juga perlu merangka Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Siaran Debat dan Siaran Percuma) dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum pilihan raya negeri Sarawak dipanggil.

Bersih 2.0 percaya dan yakin bahawa tidak ada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi membenarkan penangguhan pilihan raya. Ianya akan menajdi sekadar satu lagi undang-undang untuk ahli politik kekal berkuasa dan mengelakkan kekalahan dalam pilihan raya.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Postponing elections requires constitutional amendment unfeasible and undesirable

The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0) views with great concern the proposal to enact a new to postpone elections as this may lead to abuse of power by politicians who want to stay in power indefinitely.

Furthermore, postponing elections would require amendments to the federal and state constitutions, which is unfeasible, undesirable and unjustifiable in the current political context. A two-thirds majority for constitutional amendments is simply impossible in Parliament and in most legislatures.

We believe that elections can be conducted safely during the coronavirus pandemic if the Election Commission could propose to the cabinet an expansion of absentee voting facilities – whether postal, early or distant – to all voters with legitimate needs.

READ MORE:  The Great Realisation

Amendments to the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002, Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 and the Elections (Postal Voting) Regulations 2003 need only be laid before the Dewan Rakyat.

New Zealand and the United States have proved that elections can be safely conducted where voters were allowed to vote over a period of time instead of in one day, as we practise in our electoral system. As a result, overcrowding in the polls can be easily avoided and voters’ safety can be assured amid the pandemic.

To avoid cross-state and cross-district traveling and crowding on polling day, Bersih 2.0 calls for access for all voters to vote early, to vote in distant voting centres or to post their ballots.

The safety of the voters in these unprecedented times must be ensured by the Election Commission. This is an extraordinary time, and the commission must boldly reform the voting process to fit our new normal.

Campaign methods must be changed to adhere to the standard operating procedures, and physical distancing between candidates and the public should be strictly enforced.

To replace rallies and door-to-door canvassing, the Election Commission should use its power under Article 115 of the Federal Constitution to secure the assistance of RTM – and even the goodwill of private broadcasters – to provide for party leaders’ debates and free air time for all candidates in all constituencies.

The Election Commission should in fact have elections (televised debates and free airtime) regulations laid before the Dewan Rakyat before the Sarawak state election is called.

READ MORE:  Jom nyatakan sokongan kepada SPR yang diserang (Malay/English)

Bersih 2.0 firmly believes it is unnecessary to have a new law to allow for the postponement or suspension of elections. It will just be another law for politicians to remain in power and to avoid another electoral defeat.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Santana
Santana
6 Nov 2020 11.57pm

Beberapa parti politik secara sukarela bersetuju untuk tidak bertanding dalam prk batu sepi. Semangat yang sama boleh di contohi oleh parti parti lain. Memandang kerusi tersebut sebelum ini di menang oleh parti warisan parti parti lain bagi sahaja peluang untuk warisan menang demi keselamatan warga Sabah yang kini dalam keadaan wabak covid yang terus.

Lim Siew Lan
Lim Siew Lan
6 Nov 2020 7.14am

In the first place it had already went against constition when Muhyddin took office as NO ONE voted for him. PN did not exist for rakyat to vire them in in PRU15. So what constition is there to talk about when PN is UNCONSTITUTIIONALLY the sitting government of the day. The whole nation woke up in utter disnay and shock when PH collapsed just like that without any election in February 2020. Then came the removal of the two very abled and capable honourable speakers of the Dewan, giving another blow to rakyat’s mandate & intelligence making a mockery and making a real fool out of common rakyat.