Pemindahan pengundi tentera secara haram

0
112
Source: freemalaysiatoday.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada isu pemindahan 1,079 pengundi tentera ke Kem Segamat yang belum siap dibina, sepertimana yang didedahkan pada minggu lepas.

Siasatan lanjut menunjukkan bahawa perkara ini turut berlaku di beberapa tempat lain. Seramai 1,234 pengundi tentera telah dipindah ke Kem Bera (Pahang) dan 1,411 pengundi tentera dipindah ke Kem Hutan Melintang (Perak). Kedua-dua kem ini juga didapati masih belum siap dibina.

Analisa menunjukkan pemindahan ini berlaku kepada kerusi-kerusi parlimen dan Dun yang dimenangi dengan majoriti kecil pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Khususnya, tiga kerusi parlimen tersebut diwakili oleh menteri-menteri. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pemindahan-pemindahan tersebut bermotif politik, dan bertujuan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya secara haram melalui undi awal/pos.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mewujudkan lokaliti-lokaliti baru untuk tujuan ini. Ini bermakna SPR tidak melakukan semakan di lapangan untuk memastikan kawasan tersebut adalah sah. SPR telah gagal membuat semakan terhadap permohonan-permohonan pemindahan ini seperti mana yang diperuntukkan dalam Peraturan 13 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Sebagai sebuah badan suruhanjaya yang ditubuhkan dibawah perlembagaan, tingkah laku dan kegagalan SPR melaksanakan tugas dengan amanah amat memalukan. Sehingga hari ini, SPR masih belum memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan.  SPR dilihat seolah-olah bersuhabat dengan pihak-pihak yang lain dalam melaksanakan tindakan haram ini.

SPR gagal melaksanakan tugasan mereka dengan cekap, bertanggungjawab dan amanah. Oleh itu, Bersih 2.0 sekali lagi menuntut kesemua pesuruhjaya SPR untuk meletak jawatan serta-merta.

Bersih.0 dengan tegasnya menuntut:

  • SPR dan Kementerian Pertahanan perlu tampil memberi penjelasan tentang sebab dan bagaimana perkara ini boleh berlaku, dan samada perkara sama telah berlaku di kem-kem tentera yang lain.
  • SPR perlu mengambil tindakan untuk membatalkan pemindahan dan pendaftaran baru ini sebelum daftar pemilihan tambahan diwartakan.
  • Pihak polis dan peguam negara perlu menjalankan penyiasatan terhadap isu ini kerana ia merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 3(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
READ MORE:  PH must not betray voters’ trust by accepting BN defectors

Bersih 2.0 juga menyeru kepada orang ramai untuk membantu memastikan pilihan raya umum ke-14 yang akan datang berlangsung secara bersih dan adil. Orang ramai boleh menyertai kempen Pemantau PRU14 yang telah dilancarkan oleh Bersih 2.0 di www.pemantau.org

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of