Pemindahan 1,079 pengundi tentera ke kem yang belum dibina: SPR gagal menegakkan integriti pilihan raya dalam siasatan awam

0

Bersih 2.0 berpendapat bahawa pemindahan pengundi tentera seperti dalam kes ini adalah sama seperti kes pengundi hantu, di mana pengundi diperalatkan untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya.

Berikutan bantahan terhadap pemindahan 1,079 pengundi tentera dan pasangan mereka ke Kem Segamat, Johor, siasatan awam yang berlangsung pada 4 Disember 2017 telah mendapati bahawa pemindahan pengundi-pengundi terlibat adalah sah walaupun kem tentera tersebut masih dalam proses awal pembinaan.

“Ini merupakan suatu kesalahan dan penipuan pilihan raya yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Maria Chin Abdullah, pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Kes ini amat unik di mana pemindahan pengundi secara besar-besaran beramai-ramai dijelaskan menggunakan atas alasan arahan panglima angkatan tentera walaupun anggota tentera ini belum tentu akan bermastautin di kawasan tersebut apabila pilihan raya umum diumumkan nanti, dan berkemungkinan besar pengundi-pengundi Kem Segamat akan mengundi melalui undi awal atau undi pos.

“Keputusan siasatan awal oleh pegawai SPR dalam isu pemindahan pengundi-pengundi ini amat membimbangkan. Bagaimanakah SPR yang sepatutnya menjaga dan melindungi integriti pilihan raya boleh membenarkan pemindahan pengundi dalam kes ini? Adakah ini bermaksud sekiranya saya ingin berpindah ke Johor Bahru pada tahun depan, SPR boleh memproses pertukaran kawasan mengundi saya sekarang? Ini langsung tidak masuk akal,” jelas Maria.

Ketika siasatan awam dijalankan semalam, saksi tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik siasatan dan kad pengenalan orang yang dibantah juga tidak ditunjuk kepada pembantah sebagai bukti.

Seksyen 17 (3) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menyatakan bahawa pendaftar pengundi harus mengeluarkan nama pengundi yang terlibat dari rang daftar pemilih sekiranya bukti kelayakan yang dikemukakan tidak memuaskan. Kelayakan pemilih dilindungi di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang mencirikan pemilih sebagai warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh pendaftaran.

“Kementerian dan institusi-institusi kerjaan harus menghormati dan melindungi hak pengundi untuk memilih kerajaan pilihan rakyat, terutamanya badan yang menjalankan proses pilihan raya. Pemanipulasian keputusan pilihanraya adalah penghinaan hak undi warganegara Malaysia,” kata Maria lagi.

Pada 31 Oktober 2017, Parti Tindakan Demokrasi (DAP) mandapati 1,051 pemilih telah didaftarkan di Kem Segamat dan 28 lagi di Regimen 501 Askar Wataniah Kem Segamat. Kem Segamat terletak di P140 Segamat, iaitu sebuah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Menteri Kesihatan Subramaniam dengan hanya 1,217 undi. SPR juga telah mewujudkan dua lokaliti baru yang bertempat di Kem Segamat untuk pengundi-pengundi ini.

Tindakan memindahkan pengundi secara haram dan terancang ke kerusi-kerusi marginal bukan suatu isu baru dan telah banyak kali didedahkan oleh Bersih 2.0 dan parti-parti politik pada tahun ini, khasnya di Bukit Katil, Lembah Pantai, Kluang, dan Hutan Melintang.

Siasatan awam bantahan terhadap pemindahan pengundi tentera dan pasangan mereka dijalankan sepanjang tempoh 4 hingga 7 Disember 2017.

Bersih 2.0 menyeru rakyat Malaysia untuk tidak putus asa dan lawan penipuan pilihan raya dengan menyertai usaha memantau dan memerhati pilihan raya umum melalui program Pemanta. Untuk maklumat lanjut, layari www.pemantau.org

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments