Pelancaran Pemantau – memastikan pilihan raya umum berjalan secara bersih dan adil

0
no views
Image: Bersih.org

Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan barisan NGO-NGO lain.

Pada tahun 2013, Tribunal Rakyat bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan pilihan raya umum ke-13 telah menyimpulkan bahawa “terdapat banyak kegagalan dalam cara PRU13 dikendalikan dan setiap prinsip pilihan raya yang adil telah dicabul pada suatu tempat dan suatu waktu.”

Hampir lima tahun telah berlalu, tetapi sistem pilihan raya di Malaysia masih dibelenggu dengan pelbagai penipuan dan salah laku kerana Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan masih enggan untuk melakukan pembaharuan, malahan pelbagai tindakan pula diambil untuk memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan barisan NGO-NGO lain telah melancarkan pada 30 Oktober 2017 kempen Pemantau untuk pilihan raya umum ke-14 yang bakal berlangsung. Pemantau ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14.

Pemantau akan memerhatikan kelakuan SPR, parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu. Pasukan Pemantau akan fokus kepada 10 perkara ini:

  1. Rasuah dan beli undi
  2. Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
  3. Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
  4. Penggunaan aset kerajaan
  5. Perbelanjaan berlebihan
  6. Intimidasi, keganasan, dan gangguan
  7. Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
  8. Undi awal dan undi pos
  9. Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
  10. Masalah pada hari mengundi

Selain itu, turut diumumkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan membuat pemantauan terhadap pelanggaran hak asasi dan keganasan politik, dan Pusat Komasakan memantau isu-isu perkauman dan rasisme.

Hotline Pemantau dilancarkan pada hari ini, di mana orang ramai boleh membuat laporan kepada Bersih 2.0 jika mereka mendapati sebarang penipuan pilihan raya, pelanggaran hak asasi, atau isu perkauman. Aduan boleh dibuat melalui:

Website : aduan.pemantau.org
Telefon : 03-7931 4444
Whatsapp : 011-1772 1546
Emel : aduan@pemantau.org

Bersih 2.0 juga memohon bantuan dan penglibatan orang ramai untuk membantu dalam kempen ni. Bersih 2.0 mensasarkan 3,000 sukarelawan dan 100 koordinator Pemantau yang akan bergerak di 29 zon yang meliputi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan sukarelawan Pemantau boleh mendaftar di laman www.pemantau.org/daftar

Akhir sekali, Bersih 2.0 menyeru kepada semua pihak – SPR, kerajaan, parti politik, pengundi, dan NGO – untuk memastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bersih dan adil!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Pusat Komas

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments