
Dalam satu langkah bersejarah untuk demokrasi Malaysia, sekumpulan ahli dewan undangan negeri daripada lima buah negeri dan pelbagai parti politik telah bergabung untuk membentuk sebuah kaukus baharu yang dinamakan Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP).
Gabungan rentas parti dan negeri ini merupakan yang pertama dalam sejarah Malaysia, diasaskan atas misi untuk memperjuangkan reformasi institusi dan mengukuhkan tadbir urus demokratik di peringkat negeri.
Kaukus ini disokong oleh organisasi masyarakat sivil (CSO) dan turut dikendalikan secara bersama sebagai sekretariat oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
KDPP akan memberi keutamaan kepada reformasi yang telah lama dibincangkan di peringkat persekutuan tetapi diabaikan di peringkat negeri – antaranya pengawalseliaan pendanaan politik, agihan peruntukan pembangunan kawasan secara telus dan adil serta memperkukuh peranan pengawasan legislatif di peringkat dewan undangan negeri.
Matlamat dasar KDPP adalah seperti berikut:
Dasar/isu keutamaan KDPP
- Reformasi pendanaan politik
- Menyokong pelaksanaan akta pendanaan politik dan memastikan perundangan ini meliputi parti dan ahli parti di peringkat negeri.
2. Reformasi peruntukan pembangunan kawasan
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
- Agihan peruntukan pembangunan yang saksama untuk ahli dewan negeri kerajaan dan bukan kerajaan
- Keperluan mendedahkan perbelanjaan peruntukan mengikut piawaian yang ditetapkan
3. Memperkukuh peranan semak dan imbang dewan undangan negeri
- Cadangan untuk menambah hari persidangan dewan negeri
- Menerbitkan maklumat berkenaan jawatankuasa dewan negeri
Reformasi ini adalah langkah penting untuk mewujudkan demokrasi yang lebih telus, bertanggungjawab dan mempunyai penglibatan awam – terutamanya di peringkat negeri, di mana keputusan sering memberi kesan langsung kepada rakyat.
Kaukus ini akan diterajui oleh dua orang pengerusi bersama iaitu Dr Hafidzah Mustakim dan Andansura Rabu. Anggota kaukus terdiri daripada ahli dewan negeri dan anggota masyarakat sivil yang komited serta pakar dalam isu-isu reformasi terpilih.
Senarai ahli-ahli kaukus adalah seperti berikut:
No | Nama ahli | Parti | Dewan undangan negeri |
---|---|---|---|
1 | YB Wong Chai Yi | PKR | Simpang Pulai, Perak |
2 | YB Dr Hafidzah Mustakim | Amanah | Kota Lama, Kelantan |
3 | YB Asilah Zin | Pas | Limbongan, Kelantan |
4 | YB Amira Aisya | Muda | Puteri Wangsa, Johor |
5 | YB Rajiv Rishyakaran | DAP | Bukit Gasing, Selangor |
6 | YB Chan Chun Kuang | PKR | Semambu, Pahang |
7 | YB Dato’ Andansura Rabu | Pas | Beserah, Pahang |
8 | YB Chua Wei Kiat | PKR | Rawang, Selangor |
9 | YB Ishsam Shahruddin | Umno | Ayer Kuning, Perak |
Ahli kumpulan masyarakat sivil:
10. Agora Society
11. Bait Al Amanah
12. Institusi Reformasi Politik dan Demokrasi (Reform)
Sekretariat:
13. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
14. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
Kami berharap untuk menggalakkan dialog pelbagai parti, libat urus dan kerjasama di peringkat dewan undangan negeri bagi melaksanakan reformasi yang diperlukan bagi mewujudkan persaingan pelbagai parti yang sihat dan produktif melalui KDPP ini.
Kami juga berharap kaukus ini akan menjadi pemangkin untuk memperkenalkan reformasi institusi di peringkat negeri bagi menggalakkan persaingan politik yang adil.
Melalui gabungan dan penubuhan kaukus ini, kami mengiktiraf kepentingan meningkatkan penglibatan awam dalam proses demokrasi.
Kami berhasrat untuk menggunakan kaukus ini untuk memperluas penyertaan rakyat dalam memahami isu-isu pemerkasaan demokrasi, agar reformasi institusi di peringkat negeri dapat direalisasikan dan rakyat boleh terlibat secara aktif sepanjang proses ini.
Dalam usaha ini, kami akan menganjurkan tiga atau empat bengkel di pelbagai negeri dengan kerjasama Ideas dan Bersih untuk meningkatkan kesedaran terhadap reformasi institusi yang penting ini di peringkat akar umbi.
KDPP juga ingin merakamkan penghargaan kepada Allahyarham YB Ishsam Shahruddin daripada Umno, mantan ahli dewan negeri untuk Ayer Kuning yang merupakan ahli dewan negeri terawal yang bersetuju menjadi anggota kaukus ini. Sumbangan serta buah fikiran beliau menjadi asas kepada penubuhan kaukus ini. Kaukus secara rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Ishsam dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal salih.
Akhir kata, kami mengalu-alukan sokongan dan buah fikiran para ahli dewan negeri, kerajaan negeri, kumpulan masyarakat sivil dan orang awam dalam memajukan reformasi institusi, khususnya di peringkat negeri.
KDPP komited untuk bekerjasama dengan semua pihak, tanpa mengira latar belakang politik, dan akan memanfaatkan keanggotaan ahli dewan negeri dan kumpulan masyarakat sivil yang pelbagai bagi memperjuangkan reformasi yang bermakna di seluruh Malaysia. – Bersih
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme