Panggilan untuk 100,000 pembantah persempadanan semula di Selangor

0
231
Source: freemalaysiatoday.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru pengundi yang prihatin untuk mendaftar sebagai pembantah untuk pameran syor-syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Selangor yang kedua.

Bersih 2.0 menyasarkan untuk mendapat 100,000 rakyat Selangor untuk mendaftar sebagai pembantah. Mengikut prosedur, bantahan yang sah untuk syor itu harus diwakili oleh jurucakap dan disertakan dengan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong bantahan itu. Panggilan Bersih bagi 100,000 pembantah adalah untuk menunjukkan protes rakyat terhadap persempadanan semula yang bercanggah dengan perlembagaan.

Walaupun syor kedua yang dicadangkan di Selangor telah diubah kembali kepada sempadan yang lebih kurang sama seperti yang digunakan pada tahun 2013, ini tidak bermakna bahawa kawasan-kawasan pilihan raya parlimen dan Dun ini bebas daripada pembahagian tidak sekata dan gerrymandering.

Ia adalah tanggungjawab dan hak pengundi untuk melindungi undi kita dan memastikan bahawa kuasa satu undi mempunyai representasi yang sekata di seluruh negara. Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada proses ini boleh membantu dalam mana-mana atau semua cara berikut:

  1. Daftar sebagai pembantah
  2. Bantu mengumpul tandatangan untuk menyokong bantahan
  3. Menjadi jurucakap bantahan

Bersih 2.0 telah mengenal pasti lokasi di Selangor yang akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan tandatangan bantahan dan senarai boleh didapati di http://dart.bersih.org/pusatbantahan. Ini akan membantu untuk memudahkan penyelarasan dan mobilisasi untuk membantah persempadan kawasan pilihan raya yang tidak adil.

Hari terakhir untuk mengemukakan bantahan adalah 14 Februari 2018. Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjalankan inkuiri tempatan untuk membincangkan masalah yang dinyatakan dalam surat bantahan. Laporan akhir persempadanan semula akan dihantar kepada perdana menteri untuk dibentangkan di Parlimen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://dart.bersih.org/

READ MORE:  Aliran’s New Year message: Come together, work towards Malaysia Baru

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of