Panduan mencegah salah guna kelebihan penyandang untuk kempen pilihan raya (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyedari peranan yang dimainkan oleh kepimpinan politik yang menjadi sebahagian daripada “kerajaan perpaduan” dalam menuju enam pilihan raya negeri yang akan datang.

Sementara ianya jelas bahawa kerajaan negeri sedang berada dalam mod sementara dan tidak boleh menggunakan sumber kerajaan untuk berkempen atau membuat apa-apa pengumuman peruntukan, namun perlakuan kerajaan persekutuan yang bukan dalam mode kerajaan sementara adalah tidak jelas.

Walaupun tidak ada undang-undang yang melarang kerajaan persekutuan daripada berfungsi semasa pilihan raya negeri (dan sebaliknya), semua parti perlu bertanding dengan adil agar pengundi tidak dipengaruhi secara tidak adil dan melampau oleh parti politik yang mempunyai akses kepada sumber dan jentera kerajaan.

Bersih mengajukan beberapa garis panduan untuk situasi di mana pilihan raya peringkat negeri dan persekutuan tidak dijalankan bersama, bagi memastikan sumber-sumber kerajaan di peringkat yang berbeza tidak disalahgunakan untuk mendapatkan kelebihan berbanding calon lawan mereka:

  • Tanpa syarat: Sebarang pengumuman peruntukan atau pengumuman yang dibuat kepada pengundi tidak boleh bersyarat hanya jika calon atau parti tersebut menang dalam pilihan raya. Sebarang komitmen kerajaan persekutuan perlu dipenuhi tanpa mengira keputusan pilihan raya
  • Tanpa kempen semasa majlis kerajaan yang merujuk kepada pilihan raya mendatang, dengan nama parti atau calon disebut-sebut serta simbol parti atau bendera dipasang dalam majlis. Tiada peruntukan boleh dibuat secara khusus di kawasan tersebut untuk membantu parti tertentu memenangi atau mempertahankan kawasan tersebut
  • Tanpa calon: Calon tidak boleh hadir dalam majlis kerajaan di mana pengumuman atau peruntukan dibuat, melainkan mereka juga adalah menteri persekutuan.

Prinsip di atas yang diusulkan oleh Bersih dalam situasi di mana tidak ada panduan atau undang-undang untuk mengawalselia aktiviti kerajaan yang tidak berada dalam mod sementara.

READ MORE:  Menteri tidak wajar memaksa undi dengan peruntukan projek (Malay/English)

Prinsip di atas (no conditions, no campaigning, no candidates) ini juga sudah tentunya perlu terpakai kepada tatalaku kerajaan negeri semasa pilihan raya persekutuan.

Bersih menggesa semua parti politik dan kepimpinannya mengangkat semangat pilihan raya bersih dan adil, dengan tidak menyalahgunakan sumber dan jentera kerajaan untuk mendapatkan kelebihan politik. Pengundi sedang memerhati, dan pemantau pilihan raya yang digerakkan oleh Bersih akan mendokumenkan kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh calon atau parti politik. – Bersih

English version

Guide to prevent abuse of incumbency advantage for electioneering

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) observes with some concern the role played by political leaders who are part of the federal government in the build-up to the six upcoming state elections.

While it is clear that state governments are in caretaker mode and should not be using state resources to campaign or to make any major announcement of allocations, it is less clear about the role of the federal government that is not in caretaker mode.

While there are no laws that forbid a federal government from functioning during state elections (and vice versa), all parties should compete fairly so that voters are not unduly and unfairly influenced by parties who have access to state resources and machinery.

Bersih would like to propose the following guideline to situations where federal and state elections are not held together, to ensure that parties do not abuse government resources at different levels to gain undue advantage over their opponents:

  • No conditions should be attached to the fulfilment of any announcements or allocations made to voters such as the parties or candidates winning in the upcoming election. Any commitments made by the federal government should be fulfilled regardless of the outcome of the state elections
  • No campaigning during official federal functions where references are made to the upcoming elections, and names of parties or candidates are mentioned, and party symbols or flags are displayed. No allocations are to be made selectively for constituencies to help certain parties wrest or retain such constituencies
  • No candidates should be present in federal government functions unless they are also federal ministers themselves, when special announcements or allocations are made
READ MORE:  Kerajaan sementara tidak boleh membuat keputusan penting atau umumkan sebarang projek (Malay/English)

The above “three Cs” are proposals by Bersih in a situation where there are no guidelines or laws to regulate the activities of governments which are not in caretaker mode.

These “No to 3Cs” principles should of course also apply to the conduct of non-caretaker state governments during federal elections.

Bersih hopes that all political parties and leaders will uphold the spirit of fairplay during elections and refrain from abusing state resources and machinery to gain an unfair advantage. Voters are watching, and the election observers mobilised by Bersih will be documenting candidates and parties that commit election campaign offences. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments