Pakatan Harapan, Warisan wajib tolak wakil rakyat Umno lompat parti

0
62
Photograph: Wikimedia Commons

Bersih Sabah sekali lagi mengingatkan Pakatan Harapan untuk menolak wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat dewan undangan negeri mahupun Parlimen yang keluar secara beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada parti pemerintah.

Sebelum ini kami pernah memberi amaran budaya lompat parti pada kenyataan media bertajuk “Hormat suara rakyat, hentikan budaya melompat, utamakan prinsip” pada 12 Mei 2018 sejurus selepas pembentukan kerajaan negeri Sabah.

Gesaan yang serupa dilaungkan oleh Bersih 2.0 pada 1 November 2018 apabila pendedahan oleh timbalan presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berikutan 40 ahli Parlimen Umno yang katanya akan menyertai parti tersebut. Pada 16 Disember, lima ahli Parlimen dan sembilan Adun Umno Sabah telah mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bersih Sabah melihat perkara ini sebagai satu perbuatan curang dan mengkhianati mandat yang diberikan rakyat kepada mereka berdasarkan manifesto serta platform parti politik yang mereka wakili pada pilihan raya umum 2018.

Sekiranya Pakatan Harapan mahupun Warisan menerima wakil-wakil rakyat tersebut maka terbukti Pakatan Harapan tidak inginkan negara ini mempunyai demokrasi yang berkesan serta pihak yang dapat memberi teguran kepada sebarang polisi mahupun tindakan kerajaan, dan ini akan membuka Kotak Pandora yang akan mengabsahkan segala tindak-tanduk kerajaan walaupun ianya salah.

Bersih Sabah berpendirian sekiranya wakil rakyat melompat parti maka pilihan raya semula harus dibuat semula bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan calon yang tepat bagi kerusi tersebut yang lebih berprinsip dan jujur kepada perjuangan membela rakyat.

Wakil rakyat harus tahu bahawa platform bagi memperjuangkan hak rakyat tidak terhad hanya menjadi penyokong kepada kerajaan sahaja. Menjadi pembangkang yang baik juga adalah satu bentuk perjuangan bagi menegur segala tindak-tanduk kerajaan yang dirasakan tidak absah serta perkara ini akan memperbaiki dengan lebih baik segala polisi-polisi yang bakal dibentuk kelak. Menjadi pembangkang bukanlah satu penghinaan, malah ianya adalah platform yang berbeza bagi mengisi kemenangan dan berkhidmat kepada rakyat.

READ MORE:  Restore Sabah's, Sarawak’s rightful status in Article 1(2) of Constitution

Sekali lagi Bersih Sabah mengulangi gesaan agar pihak parti pemerintah menolak wakil rakyat yang melompat parti ini demi memastikan demokrasi dalam negara berjalan sebagaimana yang sewajarnya dengan mempunyai pembangkang yang kuat dan berpengalaman memerintah.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of