Najib patut menjalani hukuman penuh

Prisoner Najib Razak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes bekas Perdana Menteri Najib Razak yang diberikan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Walaupun Lembaga Pengampunan mempunyai hak perlembagaan untuk memberi pengampunan, Bersih berpandangan keputusan ini akan memberi kesan besar kepada kepercayaan seluruh rakyat berhubung sistem keadilan negara.

Mengapakah kes Najib diberikan keutamaan untuk dipertimbangkan sedangkan hari ini masih ramai mereka yang dipenjara khususnya dari kalangan rakyat yang masih menunggu peluang untuk mendapatkan ruang pengampunan?

Negara tidak boleh memberi isyarat bahawa pemimpin politik yang melakukan kesalahan dan disabitkan bersalah boleh mengambil jalan pintas untuk bebas dari hukuman, seolah-olah ada undang-undang dua darjat untuk orang biasa dan orang atasan.

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2022 telah mengekalkan sabitan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Najib yang menyeleweng wang negara sebanyak RM42 juta dalam kes SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta.

Sabitan ini sangat jelas menunjukkan bahawa Najib telah merompak wang negara dan di pihak Bersih, kami tidak melihat kewajaran untuk mengurangkan hukuman penjara mahupun denda yang disabitkan.

Justeru, Lembaga Pengampunan wajib menjelaskan alasan-alasan pengurangan hukuman kerana kesalahan beliau melibatkan penyelewengan wang negara yang berjumlah jutaan ringgit.

Bersih sebelum ini telah melancarkan satu petisyen pada tahun 2022 untuk mengumpul pandangan rakyat terhadap isu pengampunan Najib Razak.

Petisyen yang telah ditandatangani oleh lebih 150,000 rakyat Malaysia mencerminkan sentimen rakyat yang sangat kuat untuk menolak pembebasan Najib atau mana-mana pemimpin politik yang disabitkan kesalahan rasuah dan pecah amanah. Petisyen ini boleh diakses di pautan di sini.

READ MORE:  Government must take responsibility for Najib’s reduced sentence

Bersih juga menegaskan semula tuntutan kepada pihak peguam negara dan kerajaan persekutuan supaya menetapkan polisi untuk menghentikan pemberian sebarang “DNAA” – pelepasan tanpa pembebasan – kepada kes-kes rasuah yang sedang dibicarakan khususnya melibatkan ahli politik, sementara menanti pindaan undang-undang untuk memisahkan peranan dan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments