Menjelaskan tuduhan terhadap Bersih 2.0

0
30

Selepas krisis politik tanah air yang berlaku baru-baru ini, antara pertubuhan masyarakat sivil yang kuat dikritik adalah Bersih 2.0, sebagai antara gerakan yang banyak memberi kritikan pada pentadbiran Barisan Nasional (BN) sehinggalah mereka jatuh pada 9 Mei 2018.

Bersih 2.0 sebagai badan bebas dilihat berpihak pada Pakatan Harapan (PH) kerana dalam siri-siri demonstrasi Bersih 2.0 hingga ke Bersih 5, banyak pemimpin PH yang berucap di hadapan peserta demonstrasi.

Selepas peralihan kuasa, Bersih 2.0 dikatakan telah menjadi orang suruhan PH dan tidak lagi mengkritik kerajaan sebagaimana yang dilakukan semasa kerajaan BN terdahulu.

Di sini Bersih 2.0 ingin menjelaskan beberapa kritikan yang dilemparkan pada Bersih 2.0. Sesiapa sahaja boleh setuju, tidak setuju, boleh tolak, terima, persoalkan atau hentam balik. Bersih 2.0 tidak ada masalah.

Bersih 2.0 dibina oleh rakyat, maka Bersih 2.0 sememangnya terbuka untuk sebarang kritikan dan kutukan.

Bersih 2.0 tidak melaporkan kesalahan pilihan raya kecil?

Selepas 9 Mei 2018, telah ada beberapa siri pilihan raya kecil yang berlangsung disebabkan kekosongan luar jangkaan seperti kematian penyandang kerusi, letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, seperti di Port Dickson.

Setiap pilihan raya kecil ini Bersih 2.0 telah menjadi pemantau dan pemerhati pilihan raya. Setelah habis setiap pilihan raya Bersih 2.0 akan mengeluarkan laporan pemerhatian. Setiap laporan tersebut akan dipampangkan di laman web dan boleh di Google sendiri setiap laporan atau keratan berita.

Pendek cerita, setiap laporan akan menunjukkan bahawa pihak kerajaan akan membuat salah laku pilihan raya paling banyak. Dan setiap kesalahan yang utama seperti penggunaan sumber kerajaan pihak Bersih 2.0 akan kritik “on the spot”. Berikut adalah lampiran beberapa keratan berita supaya dapat dibaca sendiri:

READ MORE:  www.bersih.org under DDOS attack

Bersih 2.0 kritik PH di Tanjung Piai:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hulur-bantuan-sewaktu-prk-tidak-beretika-memalukan-bersih-2-0-222029

https://www.sinarharian.com.my/article/54461/PRU/PRK-Tanjung-Piai/Bersih-20-kecewa-dengan-PH

Laporan penuh pilihan raya kecil Tanjung Piai:

http://www.bersih.org/kenyataan-media-bersih-2-0-29-november-2019-prk-tanjung-piai-pilihan-raya-dicemari-salah-guna-sumber-kerajaan-dan-sekatan-polis/

Bersih 2.0 kritik Warisan di Kimanis dan Sandakan menggunakan sumber kerajaan untuk berkempen:

http://www.bersih.org/kenyataan-media-bersih-2-0-6-januari-2020-hentikan-salah-guna-kuasa-dan-sumber-kerajaan/

http://www.bersih.org/media-statement-10-may-2019-do-not-abuse-government-resources-for-political-campaigns/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/153586

Bersih 2.0 kritik PKR di pilihan raya kecil Sungai Kandis:

http://www.bersih.org/kenyataan-media-25-julai-2018-program-belanja-durian-semasa-kempen-pilihan-raya-kecil-satu-kesalahan-pilihan-raya/

Bersih 2.0 membuat laporan polis terhadap BN dan juga PH di pilihan raya kecil Semenyih:

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/03/536690/prk-semenyih-bersih-20-buat-4-laporan-polis

Malah di pilihan raya kecil Cameron Highlands, Sandakan dan Kimanis, Bersih 2.0 mengundang semua calon termasuk calon pembangkang dan calon bebas untuk duduk di pentas dialog/debat/forum bagi memberikan akses media yang adil kepada kedua-dua pihak. Di Sandakan walaupun calon parti kerajaan dan pembangkang enggan hadir, Bersih 2.0 tetap meneruskan forum dengan hanya dihadiri oleh calon bebas sahaja.

Bersih 2.0 tidak mengutuk lompat parti ke PH?

Ada yang kritik Bersih 2.0 tidak bersuara apabila ada pihak yang melompat parti. Apabila melompat masuk ke PH, Bersih 2.0 diam. Apabila keluar PH baru Bersih 2.0 nak bising-bising. Kenyataan Bersih 2.0 untuk isu lompat parti ini boleh dibaca sendiri.

Bersih 2.0 menganggap lompat parti adalah tindakan terkutuk dan mengkhianati mandat rakyat:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/01/bersih-party-hopping-betrays-voters-democracy

http://www.bersih.org/kenyataan-media-bersih-sabah-13-disember-2018-pakatan-harapan-dan-warisan-wajib-tolak-wakil-rakyat-umno-lompat-parti/

Bersih 2.0 sejak awal lagi telah memberi amaran pada PH untuk tidak menerima geng katak ini yang boleh menggugat demokrasi dalam negara. Di sini Bersih 2.0 berpendirian bahawa mereka yang melompat perlu meletakkan jawatan:

http://www.bersih.org/kenyataan-media31-oktober-2018-ahli-parlimen-umno-sertai-bersatu-beramai-ramai-menggugat-demokrasi/

Apabila krisis pintu belakang ini terjadi, Bersih 2.0 bersama koalisi pertubuhan masyarakat sivil yang lain sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak yang membuat onar.

Di dalam tuntutan ini Bersih 2.0 menuntut geng yang melompat keluar dari PH untuk meletakkan jawatan mereka kerana telah mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya umum 2018:

READ MORE:  www.bersih.org under DDOS attack

http://www.bersih.org/kenyataan-bersama-bersih-2-0-dan-organisasi-organisasi-masyarakat-sivil-csos-kerajaan-pintu-belakang-melanggar-demokrasi-dan-mengkhianati-pengundi-dalam-pru-14/

Ini menunjukkan pendirian Bersih 2.0 konsisten dalam isu-isu prinsip demokrasi dan menghormati mandat rakyat.

Bersih 2.0 tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong?

Ramai yang mengecam Bersih 2.0 tidak menghormati Agong dan menentang institusi ini kerana tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan pintu belakang.

Namun jika ada kerajinan mengkaji, Bersih 2.0 tidak pernah ada sebarang kenyataan yang mengecam Agong melainkan menghormati institusi tersebut sebagai institusi yang boleh membuat keputusan selari dengan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Bersih 2.0 juga mengalukan seruan Agong agar keharmonian kaum dalam negara ini dapat dipelihara dan tidak dirosakkan oleh faktor politik:

http://www.bersih.org/press-release-13th-march-2019-heed-the-agongs-call-for-unity-move-away-from-identity-politics/

Bersih 2.0 tidak mengkritik PH?

Ada yang mempersoalkan “di manakah suara Bersih 2.0 semasa kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan daripada pendakwaan di mahkamah?”

Bersih 2.0 awal-awal lagi telah menyatakan pendirian terhadap isu ini dan mengkritik pengguguran pendakwaan tersebut serta menyatakan bahawa reformasi institusi perlu dilakukan segera agar perkara sebegini tidak berulang kembali:

http://www.bersih.org/media-statement-5-september-lim-guan-engs-case-shows-institutional-reform-should-no-longer-be-delayed/

Selain itu Bersih 2.0 pernah mengkritik keras Maszlee Malik semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan kerana beliau melarang ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah di dalam kawasan parlimen tempat mereka berkhidmat:

http://www.bersih.org/kenyataan-media-20-november-2018-maszlee-perlu-tarik-semula-arahan-melarang-ahli-parlimen-pembangkang-masuk-sekolah/

Bersih 2.0 juga konsisten melawan penggunaan undang-undang drakonian seperti Akta Hasutan terhadap sesiapapun dan menggesa agar akta ini dimansuhkan:

http://www.bersih.org/kenyataan-media-9-julai-2019-ph-tidak-komited-mansuh-akta-drakonian/

Bagi tahun 2019 sahaja, Bersih 2.0 telah mengeluarkan 65 kenyataan media dan sembilan sidang media bagi merespon pelbagai isu-isu pilihan raya, demokrasi dan reformasi institusi.

Bersih 2.0 juga telah menganjurkan satu sidang meja bulat yang melibatkan ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, satu bengkel pakar (expert meeting) untuk membincangkan etika pilihan raya, satu bengkel untuk isu penyelarasan sistem alamat di Malaysia, tiga bengkel untuk membincangkan sistem pilihan raya alternatif, dan empat sesi libat urus bersama 25 parti politik dari Perlis hingga ke Sabah. Sesi libat urus ini melibatkan hampir semua parti utama termasuk daripada pembangkang seperti Pas, Umno, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah.

READ MORE:  www.bersih.org under DDOS attack

Kerja Bersih 2.0 bukan sahaja turun ke jalan untuk berprotes, malah Bersih 2.0 cuba menyumbang terhadap reformasi sistem negara dengan mengambil pandangan, berbincang dengan semua pihak serta mencadangkan solusi yang sesuai.

Ini adalah beberapa pendirian dan gerak Bersih 2.0 yang mungkin tidak disedari oleh pihak yang mengkritik dan Bersih 2.0 hanya ingin memperjelaskan.

Suatu kritikan perlu kerana Bersih 2.0 tidak sempurna dan kritikan-kritikan ini boleh membantu Bersih 2.0 untuk terus memperjuangkan suara rakyat.

Isu-isu yang akan digemakan oleh Bersih 2.0 kebanyakannya adalah isu berkenaan pilihan raya bersih dan adil, reformasi institusi dan demokrasi. Bersih 2.0 akan terus bergerak di garis ini bagi mempertahankan rakyat.

Kita boleh sahaja bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dan terus bekerjasama untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

(Visited 26 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of