[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) khuatir dengan keputusan kerajaan untuk menyekat akses laman sesawang UtusanTV.com melalui beberapa pembekal perkhidmatan internet (ISP).
Laman ini adalah laman serpihan daripada seksyen gaya hidup di Utusan Malaysia. Satu portal yang lain iaitu MalaysiaNow juga telah disekat daripada 28 ke 30 Jun. Tindakan sebegini adalah adalah serupa dengan sekatan zaman Najib Razak yang menyekat portal berita dan laman sesawang Bersih yang kritikal terhadap kerajaan beliau.
Semasa era tersebut, Pakatan Harapan telah dinafikan akses kepada platform media kerajaan dan sebarang laporan terhadap mereka oleh media-media ini adalah serong dan buruk.
Manifesto PH semasa pilihan raya umum 2018 dan 2022 menjanjikan kebebasan media dan menghapuskan peruntukan drakonian dalam akta yang boleh disalahguna untuk menghalang kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.
Bersih menggesa kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menunaikan ikrar beliau, sebagaimana yang tertulis dalam manifesto gabungam beliau untuk mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi kebebasan media. Laman UtusanTV.com perlu dinyahsekat dengan segera.
Sekiranya ada sebarang isu terhadap kandungan daripada sesebuah organisasi media, satu proses yang telus perlu ada melalui surat tunjuk sebab dan peluang memohon sebelum sebarang sekatan dibuat.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi perlu menganjurkan pendengaran awam bagi mendapatkan dapat untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia untuk pendemokrasian operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, salah satu daripada institusi yang lahir pada era autoritariansme.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Walaupun ada rakyat Malaysia yang menyokong tindakan sebegini kerana kontroversi isu “tiga R”, kami ingin mengingatkan kerajaan dan semua pihak berkepentingan bahawa ekstremisme hanya boleh dicegah melalui langkah yang sah, bersasar dan adil, serta menggalakkan perbahasan yang sihat dan konstruktif.
Sekiranya tindakan keras dianggap perlu daripada perkiraan yang partisan, suara yang dibungkam ini hanya akan membesar ‘bawah tanah’, yang lebih mengancam inklusiviti dan kestabilan.
Batu penanda utama kepada demokrasi adalah akses media yang bebas dan adil kepada semua parti politik, namun Malaysia malangnya tidak pernah menyaksikan media adil dalam pilihan raya kita.
“Kerajaan perpaduan” yang dipimpin oleh PH berterusan menganggap media penyiaran awam milik kerajaan sebagai aset peribadi mereka dan menafikan pandangan yang kritikal daripada pembangkang daripada disiarkan.
Beberapa hari sebelum hari pengundian untuk enam negeri, kami berharap stesen media seperti Bernama dan RTM akan memberikan siaran percuma kepada semua pemimpin gabungan politik di peringkat negeri untuk mengemukakan manifesto mereka, memberikan liputan media yang saksama dan menganjurkan debat politik antara gabungan dan parti.
Pada hari dan era kebolehcapaian media sosial ini, adalah sia-sia bagi mana-mana kerajaan untuk cuba menghalang lawan mereka. Sebaliknya, kerajaan “Madani” perlu memimpin jalan untuk menggalakkan wacana terbuka di media milik kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menilai sendiri kepelbagaian pandangan dan ideologi yang saling bersaing. – Bersih
English version
Free and fair media must be allowed to flourish under the ‘Madani’ government
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) views with concern the government’s decision to block access to UtusanTV.com’s website by some internet service providers (ISPs).
This site is a spin-off of Utusan Malaysia’s lifestyle section. Another news portal, MalaysiaNow, was similarly blocked from 28 to 30 June. Such actions are reminiscent of the censorship undertaken by Najib Razak against news portals and Bersih’s own website that were critical of his government.
During that era, Pakatan Harapan was denied access to government media platforms, and any reports on the coalitionn by these media were skewed and unflattering.
PH’s election manifestos for the 2018 and 2022 general elections promised media freedom and the repeal of draconian provisions in acts that could be abused to restrict free speech, such as the Sedition Act 1948, the Communications and Multimedia Act 1998 and the Printing Presses and Publications Act 1984.
Bersih calls on the government of Prime Minister Anwar Ibrahim to honour his pledge, as laid out in his coalition’s manifestos, and to defend free speech and protect media freedom. The UtusanTV.com site must be unblocked immediately.
Should there be any concerns about the content of a media organisation’s website, there should be a transparent process with a “show cause” letter and an appeal opportunity before any blocking.
The parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Elections and Institutional Reforms should organise hearings to seek public input on the amending of the Communications and Multimedia Act to democraticise the operations of the Malaysia Communications and Multimedia Commission (MCMC), one of the many institutions born in the era of authoritarianism.
While some Malaysians may support such a crackdown in fear of the “three R” controversies, we would like to remind both the government and all stakeholders that extremism can only be curbed with legitimate, targeted and fair measures on the one hand and the encouragement of healthy and constructive debates on the other.
If a crackdown is deemed to be driven by partisan calculations, the suppressed voices will only grow stronger in its undercurrents, posing a greater danger to inclusion and stability.
A key cornerstone of democracy is free and fair access to public media by all political parties, but sadly, Malaysia has never witnessed such fair play during our elections. The PH-led “unity government” continues to treat government-owned public broadcast media as their private assets and to deny critical views by the opposition from being aired.
In the last few days before polling day for the six state elections, we hope that stations like Bernama and RTM will give free airtime for all coalition leaders at the state level to talk about their manifestos, provide equitable media coverage and host political debates between the coalitions and parties.
In this day and age of social media accessibility, it is futile for any government to try and restrict its opponents. Instead, the “Madani” (Civil) government should lead the way to promote open and public discourses on government-owned media so that the people can judge for themselves the merits of competing views and ideologies. – Bersih
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme