Mas harus mengurangkan kadar tambang penerbangan, tidak mengenakan caj rebooking, rerouting

0
124
Voters from a kampung - Photograph: themalaymailonline.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Berikutan pembubaran parlimen dan pilihan raya umum akan datang, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan pengumuman syarikat penerbangan Cathay Pacific, Malindo dan Air Asia yang telah pun menawarkan kemudahan pengecualian caj bagi rakyat Malaysia yang ingin menjadualkan semula laluan penerbangan pada tarikh pilihan raya yang bakal tiba.

Tindakan syarikat penerbangan Cathay Pacific, Malindo dan Air Asia yang prihatin dengan pengundi-pengundi Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke Malaysia untuk mengundi amat dihargai oleh Bersih 2.0 dan rakyat Malaysia. Ia juga selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Bersih 2.0 menyeru syarikat penerbangan Malaysia Airlines (Mas) dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain untuk mengikut jejak langkah syarikat penerbangan Cathay Pacific, Malindo dan Air Asia supaya melaksanakan tanggungjawab sosial koporat yang sama, dengan menurunkan harga tiket penerbangan serta mengecualikan caj penjadualan semula dan pembelian semula tiket penerbangan semasa pilihan raya umum, terutamanya bagi mereka yang tinggal atau bekerja atau belajar di luar negara supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam menentukan kerajaan baru dan hala tuju negara dalam pilihan raya ini.

Perkhidmatan sedemikian juga akan memudahkan rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan rakyat Semenanjung yang bekerja di Sabah dan Sarawak untuk pulang mengundi. Tambahan pula, Mas merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibiayai oleh cukai rakyat Malaysia; maka ia mempunyai tanggungjawab sosial yang lebih berat terhadap rakyat Malaysia berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain.

Selaras dengan seruan tersebut, Bersih 2.0 telah memulakan satu petisyen bagi mengumpul seberapa banyak suara rakyat Malaysia terutamanya pengundi Malaysia yang bekerja di luar negara, untuk memohon Mas dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain agar mengurangkan kadar tambang penerbangan serta mengetepikan caj rebooking dan rerouting dalam tempahan penerbangan kepada pelanggan warganegara Malaysia yang membuat tempahan semasa tarikh pilihan raya umum akan datang.

READ MORE:  Rantau by-election: No campaigning allowed on polling day

Petisyen ini dibuat memandangkan terdapat ratusan ribu warganegara Malaysia yang layak mengundi berada di luar negara dan agak sukar untuk mereka pulang ke Malaysia untuk mengundi dalam pilihan raya kerana mereka perlu menampung kos perjalanan dan mengambil cuti daripada kerja atau belajar. Kebanyakan pengundi semestinya terpaksa membuat tempahan semula untuk menukar tarikh perjalanan memandangkan tarikh pilihan raya baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Mei 2018, iaitu tempoh kurang sebulan daripada sekarang.

Inisiatif ini bertujuan melindungi hak pengundi-pengundi Malaysia yang tinggal di luar negara serta pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia dan juga sebaliknya supaya dapat mengundi tanpa membiayai kos yang tinggi dan mengalami kesulitan.

Hingga hari ini, seramai hampir 3,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Bagi yang belum menandatanganinya, diharapkan agar segera berbuat demikian agar lebih banyak suara dapat dikumpulkan seterusnya menghasilkan solidariti yang kuat untuk permohonan ini di pautan ini.

Diharapkan MAS dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain dapat mempertimbangkan permohonan ini sesegera mungkin, memandangkan pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi.

#BringBackMalaysianVoters
#JomBalikUndi

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Mas must reduce air fares, waive rebooking, rerouting charges

Following the dissolution of parliament and the upcoming general election, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the announcement by Cathay Pacific, Malindo Airlines and Air Asia, which are offering the convenience of fare concessions to Malaysian voters who will be scheduling return flights closer to polling day.

The consideration of Cathay Pacific, Malindo Airlines and Air Asia towards Malaysian voters outside of the country who wish to resturn to Malaysian soil and cast their votes is greatly appreciated by Bersih 2.0 and the people of Malaysia. This is also in line with corporate social responsibility (CSR).

READ MORE:  Rantau by-election: No campaigning allowed on polling day

Bersih 2.0 calls on Malaysia Airlines (Mas) and other airlines to follow in the footsteps of Cathay Pacific, Malindo Airlines and Air Asia in performing their corporate social duty by reducing air fares and waiving rebooking as well as rerouting charges during the general election, especially for those who live, work or study overseas so that they may fulfil their responsibility as voters in deciding the next government and the direction of the country.

Such services would also ease travel for Sabah and Sarawakian voters who are working in Peninsular Malaysia as well as voters from Peninsular Malaysia who work in Sabah and Sarawak, so that they may return to cast their votes. Mas is also a government-linked company, funded by public money, and as such, bears a greater responsibility to the people of Malaysia more than any other airline.

In conjunction with our demand, Bersih 2.0 initiated a petition to gather the voices of Malaysian citizens, especially voters in Malaysia who are working abroad, to waive rebooking and rerouting charges for Malaysian voters who will be returning to vote during the general election.

This petition was initiated as there are hundreds of thousands of Malaysian citizens overseas who are eligible to vote and find it difficult to return and vote during the election due to high travel costs and the need to apply for work/study leave. The majority of voters would need to make reservations and apply to change their ticket dates seeing that polling day was just announced at short notice by the Electoral Commision on 9 May 2018 – that is, less than a month from now.

READ MORE:  Rantau by-election: No campaigning allowed on polling day

To date, almost 3,000 people have signed onto the petition. Bersih 2.0 calls on those who have not yet signed the petition to do so urgently so that we can gather as many signatures as possible to generate strong solidarity for this appeal.

We hope that Mas and other airlines will consider this appeal urgently as the general election will be take place soon.

#BringBackMalaysianVoters
#JomBalikUndi

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of