#MakanKongsi sasarkan tambahan kutipan RM100,000 (Malay/English)

0
37 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan rakan kami Engage ingin memaklumkan bahawa setakat hari 15 April 2020, kami telah berjaya mengumpulkan RM363,067 untuk inisiatif #MakanKongsi bagi membantu kelompok rentan sepanjang tempoh fasa satu dan fasa dua perintah kawalan pergerakan.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 1,214 orang penyumbang yang bermurah hati menghulurkan tangan meringankan beban saudara kita yang kurang bernasib baik dan berisiko tinggi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berjalan.

Fokus #MakanKongsi adalah bagi memastikan komuniti rentan dalam negara kita dapat makan dua kali sehari semasa tempoh perintah kawalan pergerakan.

Sumbangan yang kami terima telah membantu hampir 6000 orang daripada komuniti rentan setakat ini.

Kami telah menyediakan baucar makanan, bantuan kewangan dan bahan makanan asas kepada individu, keluarga dan kampung yang paling berisiko tinggi melalui 26 rakan NGO (https://bit.ly/MKpartners) dan individu yang bekerja dalam kalangan miskin bandar, Orang Asli/Asal, pekerja migran, pelarian, ibu tunggal, orang kurang upaya dan lain-lain golongan yang memerlukan.

Namun berikutan daripada pemanjangan tempoh perintah kawalan pergerakan kepada fasa tiga, sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan pada 10 April, kami menjangkakan lebih ramai golongan yang akan terjejas untuk mencari punca pendapatan bagi menyara keluarga dan diri mereka untuk meneruskan kehidupan selama dua minggu lagi sehingga 28 April 2020.

Kebanyakan daripada komuniti ini masih dalam risiko disebabkan mereka adalah pekerja bergaji harian yang bergantung kepada perusahaan kecil sederhana untuk bekerja. Risiko kebuluran adalah suatu yang pasti bagi mereka akibat tidak ada punca pendapatan sehingga perintah kawalan pergerakan tamat.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 dan Engage melalui inisiatif #MakanKongsi ingin mengutip sumbangan sebanyak RM100,000 lagi meneruskan sokongan kami kepada NGO dan individu yang berkredibiliti yang setia membantu golongan yang sangat memerlukan di antara kita.

READ MORE:  Benarkan pengedaran makanan dan keperluan asas oleh NGO (Malay/English)

Setiap sen yang anda sumbangkan akan kami tukarkan sepenuhnya menjadi bantuan makanan kepada golongan ini tanpa ada yang kami gunakan untuk kos logistik dan pentadbiran. Dengan tambahan dana sebanyak RM100,000 lagi, sasaran terbaru kami adalah untuk mengutip RM460,000 dari RM300,000 sebelum ini.

Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang menyumbang kepada #MakanKongsi. Anda telah melakukan perubahan kepada ribuan nyawa yang kami mampu hulurkan bantuan. Kita sememangnya lebih #TeguhBersama dalam memerangi wabak Covid-19 ini. Kita akan berjaya dan kita akan berjaya bersama-sama.

Anda boleh menyumbang melalui rakan pembayaran kami Bold.pay dengan menggunakan kad kredit, debit, perbankan atas talian (online), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, Mcash, QRPay) dengan mengklik kepada pautan ini https://boldpay.cc/Catalogue/makankongsi

Atau sumbang secara langsung ke akaun kami:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Nama: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • No. akaun: 512295102931
  • Rujukan: MakanKongsi

Sekiranya anda memerlukan resit, sila e-melkan resit bank anda ke info@bersih.org selepas pemindahan wang anda.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Jawatankuasa eksekutif Engage

English version

#MakanKongsi aims to raise RM100,000 more for third phase of movement control order

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) and our partner Engage are pleased to announce that as of 15 April, we had raised RM363,067 for the #MakanKongsi initiative to help vulnerable communities during the first and second phase of the movement control order.

We are extremely grateful and would like to express our sincere gratitude to the 1,214 donors who have been very generous to help ease the burden of those who are less fortunate during the movement control order period.

READ MORE:  Weed out corruption among dubious NGOs

#MakanKongsi’s focus is to ensure that vulnerable communities will get two meals a day during the movement control order period, and the donations that we received have benefited almost 6,000 people from these communities.

Through 26 NGO partners and individuals, we have provided food vouchers, cash aid and essential provisions to individuals, families and villages that are at high risk of starvation.

These partner NGOs serve the urban poor, Orang Asli/Asal, migrant workers, refugees, single mothers, people with disabilities and other vulnerable groups. For more information, please go to https://bit.ly/MKpartners

Following the extension of the movement control order to third phase, as announced by the government on 10 April 2020, we expect more people will be affected by a lack of income to support themselves and their families for the remaining two weeks until 28 April 2020.

Many of these same communities will still be at risk as many of them are daily wage earners who depend on small and medium-sized enterprises for work. Starvation is a reality for them as they will not have any income until the movement control order is lifted.

In view of this, Bersih 2.0 and Engage through the #MakanKongsi initiative would like to raise another RM100,000 to ensure that our goal of providing meals twice a day for the vulnerable communities will continue during the third phase of the movement control order.

We will continue to work with credible NGO partners and individuals who are committed to make sure that no one goes hungry during this period.

Every sen that you donate to us will be used to provide meals for these communities, and none will be used to cover administrative or logistical costs. With the addition of RM100,000, our new target is to raise RM460,000, up from the previous target of RM300,000.

READ MORE:  Sarawak groups rally together to produce face shields for frontline staff

Once again, we wish to thank all who have donated to #MakanKongsi. You have made a huge difference in the thousands of lives we were able to reach. We are indeed #StrongerTogether in fighting the coronavirus pandemic. We will succeed, and we will succeed together.

You may donate through our payment partner Bold.pay by using your credit card, debit card, online banking (FPX), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, MCash, QRPay) by clicking on this link: https://boldpay.cc/Catalogue/makankongsi

Or bank in direct to our account at:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • Account no.: 512295102931
  • Reference: MakanKongsi

If you require a receipt from us, please email your banking receipt to info@bersih.org after you have transferred your money.

Bersih 2.0 steering committee

Engage executive committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments