#MakanKongsi: RM200,000 diperlukan untuk membantu golongan rentan (Malay/English)

0
137 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan besar hati mengumumkan bahawa kami akan kerjasama dengan Engage untuk mengembangkan capaian dan impak inisiatif #MakanKongsi bagi memastikan golongan rentan antara kita dapat menikmati makanan dua kali sehari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Perintah ini adalah diperlukan bagi membendung koronavirus, namun kesannya besar terhadap pekerja bergaji harian yang kini tidak ada pendapatan sepanjang tempoh perintah. Ramai di antara mereka yang berdepan dengan kesukaran malah kebuluran sekiranya kita tidak membantu mereka.

Walaupun Bersih 2.0 kekal sebagai kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, kami tidak dapat sepenuhnya mendesak untuk reformasi pilihan raya apabila negara berada dalam krisis luar jangka dan nyawa sedang menjadi taruhan.

Justeru, kami membuat keputusan untuk mengalihkan sedikit sumber dan jaringan untuk kerja amal untuk koronavirus sepanjang tempoh perintah berkuatkuasa. Kami akan meneruskan kerja kami dalam reformasi pilihan raya di tahap optima sebaik sahaja arahan perintah diangkat.

Inisiatif #MakanKongsi dimulakan oleh pengerusi kami Thomas Fann pada 20 Mac dibawah NGO yang diasaskan beliau iaitu Engage. #MakanKongsi secara asasnya bekerjasama dengan restoran atau kedai makan untuk menyediakan makanan kepada komuniti rentan ini.

Kami memberikan baucar makanan yang mempunyai tarikh dan makanan khusus, seperti baucar sarapan di hotel. Pelanggan akan pergi ke restoran yang terlibat sebanyak dua kali sehari untuk mendapatkan makanan selama 14 hari. Kami akan membayar balik restoran tersebut secara harian berdasarkan baucar yang mereka terima.

Untuk pelanggan yang tidak mampu memasak di rumah mereka, kami akan memberikan bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka untuk membeli barangan keperluan asas supaya mereka dapat memasak sendiri di rumah.

Idea #MakanKongsi dilancarkan dengan harapan lebih ramai kumpulan akan tampil dan mengangkat dan mengadaptasikan konsep ini semasa perintah kawalan pergerakan.

Sejak dari itu, pelbagai NGO dan individu telah mendekati kami untuk kerjasama dalam menghantar makanan kepada yang memerlukan. Kami mempunyai rakan di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kajang dan Kuantan dan kini sedang membantu lebih 900 pelanggan tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan kerakyatan.

Walaupun bantuan yang diumumkan kerajaan sangat dialu-alukan, ianya mungkin tidak sampai kepada beberapa kumpulan seperti rakyat jalanan atau terlalu miskin untuk mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Perkerja. Kelompok inilah yang #MakanKongsi akan menghulurkan bantuan kerana mereka mungkin akan tertinggal disebalik niat kerajaan untuk tidak meninggalkan mereka.

READ MORE:  Home in Harmony

Oleh itu kami perlu mengutip sebanyak RM200,000 bagi memenuhi komitmen dan meluaskan bantuan kami. Ini akan menambah kepada RM100,000 yang telah dikutip oleh Engage.

Bajet yang dibuat dikira berdasarkan sasaran kami untuk menyediakan makanan dua kali sehari selama 14 hari dengan kos RM4 satu hidangan, dengan jumlah RM112 setiap pelanggan.

Kami sekarang mampu menyajikan makanan untuk 938 pelanggan selama dua minggu, namun kami ingin menyediakan makanan kepada lebih ramai orang kerana kami yakin dengan pemanjangan tempoh perintah selama dua minggu lagi (sehingga 14 April), keperluan ini akan meningkat.

Sasaran kami adalah untuk menyediakan makanan kepada 2,000 orang, menyediakan lebih 75,000 hidangan sepanjang tempoh yang sukar ini.

Bersih 2.0 berazam bahawa setiap sen yang disumbangkan untuk #MakanKongsi akan digunakan sepenuhnya bagi menyediakan makanan kepada pelanggan kami dan tidak ada yang digunakan bagi kos pentadbiran atau logistic.

Kami akan bekerjasama dengan NGO atau individu yang berkredibiliti dan penggunaan dana ini akan dicatat dan telus. Inisiatif ini sepenuhnya berasingan daripada kerja kami dan dana yang dikutip bagi reformasi pilihan raya, dan sebarang lebihan jika ada tidak akan pergi kepada kerja advokasi kami.

Anda boleh menyumbang melalui rakan pembayaran kami Bold.pay dengan menggunakan kad kredit, debit, perbankan atas talian (online), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, Mcash, QRPay) dengan mengklik kepada pautan ini: https://boldpay.cc/Catalogue/makankongsi

Atau sumbang secara langsung ke akaun kami:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Nama: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • No. akaun: 512295102931
  • Rujukan: MakanKongsi

Sekiranya anda memerlukan resit, sila e-melkan resit bank anda ke info@bersih.org selepas pemindahan wang anda.

Satukan tenaga, selamatkan Malaysia!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

#MakanKongsi: RM200,000 needed to feed the most vulnerable

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) is pleased to announce that we will be entering into a joint venture with Engage to expand the reach and impact of the #MakanKongsi initiative to ensure that the most vulnerable communities among us will have at least two meals a day for the duration of the movement control order.

READ MORE:  Benarkan pengedaran makanan dan keperluan asas oleh NGO (Malay/English)

Movement control is necessary to stop the spread of the coronavirus, but it has placed many daily wage earners who are now without income for four weeks of order in difficulty. Many of them are facing desperate hardship – and even starvation if we do not reach out to them.

While Bersih 2.0 remains an electoral reform advocacy group, we cannot maximally push for electoral reform when the nation is in an unprecedented crisis and lives are at stake.

Hence, we decided to shift our resources and network to coronavirus relief work as long as the movement control order is in force. We will resume our work in electoral reform at the optimal level once the order is lifted.

The #MakanKongsi initiative was started by our chairperson, Thomas Fann, on 20 March under the NGO he founded, Engage. #MakanKongsi basically works with restaurants or food stalls to provide meals to these vulnerable communities.

We give out food vouchers that specify the date and meals, similar to hotel breakfast vouchers. Clients would go to participating restaurants twice a day to get their meals for 14 days. We reimburse restaurants daily based on the vouchers they receive.

For clients who are able to cook in their homes, we will allocate financial assistance adequate for them to buy basic provisions to cook their own meals.

The idea of #MakanKongsi was launched with the hope that many groups around the country would adopt and adapt the concept during the movement control order. Since then, different NGOs and individuals have approached us to partner with us in delivering food to the needy. We have partners in Johor Bahru, Penang, Kuala Lumpur, Kajang and Kuantan, and are now feeding over 900 clients regardless of ethnicity, faith or nationality.

While the handouts and stimulus package announced by the government today are most welcomed, it does not reach some groups as they are homeless or too poor to even have an Employees Provident Fund account. These are the people that #MakanKongsi reaches out to as they may be the ones left behind despite the government’s intention not to.

READ MORE:  Benarkan pengedaran makanan dan keperluan asas oleh NGO (Malay/English)

As such, we need to raise another RM200,000 to fulfil our current commitment and to expand our assistance. This would be on top of the RM100,000 already raised by Engage so far. The budget is calculated based on our goal of providing two meals a day for 14 days at a cost of RM4 per meal, working out to RM112 per client.

We are currently committed to feeding 938 clients for two weeks, but we want to feed more as we believe that with the extension of the movement control order by another two weeks (to 14 April), the needs will be overwhelming.

Our goal is to feed at least 2,000 people, serving over 75,000 meals throughout this period of hardship.

Bersih 2.0 pledges that every single sen donated towards #MakanKongsi will be used to provide meals for our clients and none will be used to cover administrative or logistical costs.

We will only work with credible NGOs or individuals and the use of the funds will be transparent and accounted for. This is completely separate from our work in and fundraising for electoral reform and no surplus, if any, will go to our advocacy.

You may donate through our payment partner Bold.pay by using your credit card, debit card, online banking (FPX), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, MCash, QRPay) by clicking on this link: https://boldpay.cc/Catalogue/makankongsi

Or do a bank transfer direct to our account at:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • Account no.: 512295102931
  • Reference: MakanKongsi

If you require a receipt from us, please email your banking receipt to info@bersih.org after you have transferred your money.

Satukan tenaga, selamatkan Malaysia!

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments