#MakanKongsi mencapai sasaran kutipan RM300,000, namun golongan yang memerlukan masih ramai (Malay/English)

0
47 views
Sketch by Aliran member Wong Soak Koon

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan rakan kami daripada Engage sukacita mengumumkan bahawa sehingga 9 April, kami telah berjaya mengutip RM313,613, melebihi RM300,000 yang kami sasarkan apabila memulakan kempen #MakanKongsi pada 20 Mac 2020.

Kami sangat berterima kasih kepada 1,091 penyumbang yang sangat murah hati untuk menghulur tangan membantu orang lain yang berisiko kebuluran, walaupun mereka mempunyai kebimbangan dan cabaran tersendiri semasa perintah kawalan pergerakan.

#MakanKongsi bermula dengan fokus yang jelas bagi memastikan komuniti rentan dalam negara kita dapat makan dua kali sehari semasa tempoh perintah ini dan sumbangan yang diterima telah membantu lebih 4,256 orang daripada komuniti rentan setakat ini.

Melalui 22 rakan NGO dan individu yang bekerja dalam kalangan miskin bandar, Orang Asli/Asal, pekerja migran, pelarian, ibu tunggal, orang kurang upaya dan lain-lain, kami telah menyediakan baucar makanan, bantuan kewangan dan bahan makanan asas kepada individu, keluarga dan kampung yang paling berisiko tinggi.

Adalah sangat jelas kepada kami apabila memproses permohonan daripada rakan dan permohonan baru setiap hari, keperluan ini semakin memuncak dan kami hanya mampu membantu kelompok yang sangat sedikit yang bergelut untuk menghilangkan rasa lapar.

Ianya juga sangat jelas kepada kami bahawa masalah ini tidak akan tamat dengan berakhirnya tempoh perintah kawalan pergerakan pada 14 April nanti.

Kebanyakan daripada komuniti ini masih dalam risiko disebabkan mereka adalah pekerja bergaji harian yang bergantung kepada perusahaan kecil sederhana untuk bekerja. Banyak perusahaan kecil sederhana sedang berhadapan risiko gulung tikar akibat daripada penutupan perniagaan mereka selama sebulan.

Jika perintah dipanjangkan tempohnya [telah dipanjangkan ke 28 April], kita akan menyaksikan krisis kemanusiaan yang berleluasa yang belum pernah disaksikan oleh negara ini sejak daripada pembentukannya.

READ MORE:  Delay of full Parliament session sidelines gender issues amplified by Covid-19

Sisi cerah daripada krisis ini adalah manifestasi semangat bantu membantu antara rakyat Malaysia yang segera bertindak memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan di dalam perkhidmatan kesihatan dan membantu komuniti yang di dalam risiko kebuluran.

#MakanKongsi sangat bertuah dapat mengenali dan bekerjasama dengan ramai individu yang amat mengkagumkan. Mereka membumikan semangat #KitaJagaKita dan #TiadaSiapaDipinggirkan dan mereka berada di setiap ceruk negara ini dan di setiap komuniti. #MakanKongsi wujud untuk menyokong usaha mereka bagi dengan menyediakan geran kecil kepada adiwira tempatan yang tidak didendangkan ini.

Bersih 2.0 dan Engage mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyokong usaha daripada NGO dan individu ini dengan menyumbang dan bahkan berkorban untuk menjaga setiap orang yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan tanpa mengira etnik, kepercayaan dan status kewarganegaraan.

Bagi pihak kami, kami akan terus menerima sumbangan walaupun telah mencapai sasaran RM300,000 disebabkan hampir semua dana kami telah diagihkan, dan sekiranya tempoh perintah dipanjangkan serta masih ramai lagi golongan yang memerlukan bantuan di luar sana.

Kami akan terus mempertimbangkan permohonan daripada NGO untuk menyokong mereka selagi mana dana ini masih mencukupi. Kami berikrar setiap ringgit yang disumbangkan akan ditukarkan kepada makanan kepada mereka yang memerlukan di antara kita.

Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada #MakanKongsi. Anda telah melakukan perubahan kepada ribuan nyawa yang kami mampu hulurkan bantuan. Kita sememangnya lebih #TeguhBersama.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Jawatankuasa eksekutif Engage

English version

#MakanKongsi reached RM300,000 fundraising target, but needs remain staggering

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) and our partner Engage are pleased to announce that as of 9 April, we have raised RM313,613, surpassing our target of RM300,000 when we started the campaign for #MakanKongsi on 20 March 2020.

READ MORE:  The bottom 40% and the second economic stimulus package

We are extremely grateful to the 1,091 donors who gave so generously despite their own concerns and challenges during this movement control order period to lend a helping hand to others who are at risk of starvation.

#MakanKongsi began with a very clear focus to ensure that the most vulnerable communities in our country are able to get two meals a day during this period and the donations received have benefited over 4,256 people from these communities so far.

Through our 22 NGO partners and individuals who work among the urban poor, Orang Asli/Asal, migrant workers, refugees, single mothers, people with disabilities and others, we have provided food vouchers, cash aid and essential provisions to the most at-risk individuals, families and villages.

It is very obvious to us as we process requests from our partners and new applications daily that the needs are staggering, and we are only able to touch a very small percentage of the people who are struggling to stave off starvation.

It is also clear to us that their problem won’t end with the end of the movement control order on 14 April.

Many of these same communities would still be at risk as many of them are daily wage earners who depend on small and medium-sized enterprises (SMEs) for work.

Many SMEs themselves are at risk of closure from the one-month lockdown of their businesses. Should the movement control order be further extended (now extended to 28 April), then we are facing a massive humanitarian crisis that this country has never faced since its formation.

READ MORE:  Coronavirus: Gaining political mileage from crisis

A bright spot from this gloomy crisis is the manifestation of the spirit of selflessness and self-reliance of many Malaysians who immediately went into action to provide support for the frontline personnel of the health service and to look out for communities at risk.

#MakanKongsi is privileged to come to know and work with some of these truly amazing individuals. They embody the spirit of #KitaJagaKita and #NoOneLeftBehind, and they are found in every corner of the country and in every community. #MakanKongsi exists to support their efforts by providing small grants to these unsung local heroes.

Bersih 2.0 and Engage call on Malaysians to support all efforts by such NGOs and individuals by donating generously and even sacrificially to look after every person affected by the movement control order regardless of ethnicity, creed and nationality.

On our part, we will continue to receive donations despite achieving our initial target of RM300,000 as most of our funds have been disbursed and there are still so many needs out there.

We will continue to consider applications from NGOs for support as long as we have the funds available. It is our pledge that every ringgit donated will be converted to meals for the neediest among us.

Once again, thank you to all who donated to #MakanKongsi; you have made a huge difference in the thousands of lives we were able to reach. We are indeed #StrongerTogether.

Bersih 2.0 steering committee

Engage executive committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments