Bersih 2.0: Mahkamah sahkan skandal dakwat kekal; mana tindakan polis?

0
259 views
Rafizi revealed who supplied the ink

Bagi Bersih 2.0, keputusan mahkamah dalam kes Fadhli membuktikan bahawa sememangnya wujud keraguan dalam sistem pelaksanaan pilihanraya, terutamanya melibatkan dakwat kekal.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, seorang anak muda telah menduga sistem, apabila beliau mendapati bahawa dakwat ‘kekal’ yang dicalit ke jarinya sesudah mengundi pada waktu pagi dapat dipadamkan.

Mohd Fadhli Khaharruddin bertindak mencuba untuk mengundi sekali lagi pada sebelah petang dan beliau ternyata berjaya menewaskan sistem apabila diberikan kertas undi. Fadhli kemudiannya membawa kertas undi tersebut keluar dari bilik mengundi untuk membuat laporan.

Beliau kemudiannya ditahan kerana melakukan kesalahan membawa keluar kertas undi dari pusat mengundi di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya dan telah didakwa di mahkamah.

Mahkamah hari ini telah membebaskan Fadhli daripada pertuduhan terbabit.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ingin mengucapkan tahniah kepada beliau dan pasukan peguam yang telah bertungkus lumus dalam kes ini.

Bagi Bersih 2.0, keputusan mahkamah dalam kes Fadhli membuktikan bahawa sememangnya wujud keraguan dalam sistem pelaksanaan pilihanraya, terutamanya melibatkan dakwat kekal yang seterusnya membangkitkan persoalan mengenai berapa ramai lagi mungkin telah mengundi lebih sekali setelah berjaya memadamkan dakwat di jari masing-masing.

Keputusan mahkamah ini juga mengukuhkan pendirian dan tindakan yang telah diambil oleh Mejar Zaidi untuk mendedahkan masalah dakwat yang tidak kekal tersebut. Mejar Zaidi telah terpaksa membayar harga yang amat mahal hanya kerana berkata benar, dan mahkamah telah membuktikan bahawa beliau memang berkata benar.

Masalah dakwat kekal hanyalah ‘tip of the iceberg’ kepada permasalahan dan keraguan yang mendasar dalam sistem pilihanraya sedia ada.

Bersih 2.0 justeru mendesak respon daripada Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, tentang ribuan laporan polis berkenaan ‘dakwat kekal’ setelah hampir tiga tahun laporan-laporan tersebut dibuat.

READ MORE:  Pasukan baharu dipilih untuk jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 sesi 2020-2022 (Malay/English)

Malah, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan terhadap semua pihak yang terlibat dalam skandal dakwat kekal, termasuklah pihak-pihak bertanggungjawab dalam Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bersih 2.0 akan terus komited untuk mendesak penambahbaikan terhadap tatakelola Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah ternyata cuai, lalai dan tidak boleh diharap dalam skandal dakwat kekal ini; demi sebuah sistem demokrasi yang sihat.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments