Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengikuti sidang media oleh sembilan orang Ahli Parlimen PKR pagi kelmarin yang menyentuh isu lantikan kehakiman bersangkut tamatnya tempoh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan tidak disambungkan, berserta isu-isu lain yang berbangkit dalam urusan lantikan badan kehakiman.
Isu yang dibangkitkan antara adalah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang telah mencadangkan calon untuk ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan namun tidak diambil tindakan oleh perdana menteri.
Bersih menyokong gesaaan bagi satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat isu lantikan kehakiman bagi memberi kejelasan terhadap tindakan kerajaan, khususnya perdana menteri yang mempunyai kuasa perlembagaan untuk menasihati Agong melantik hakim-hakim.
Bersih juga berpandangan bahawa suruhanjaya siasatan ini adalah ruang yang boleh digunakan untuk mengusulkan cadangan penambahbaikan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini.
Bersih sebelum ini telah mendesak agar pelantikan kehakiman ini dibuat melalui proses lantikan yang lebih telus dan tidak sepenuhnya di bawah kuasa perdana menteri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kuasa yang lebih luas perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, antaranya menaikkan status suruhanjaya ini sebagai badan berperlembagaan dan merombak semula keanggotaannya untuk mengurangkan anggota yang dipilih oleh perdana menteri, sekali gus mengurangkan kuasa PM, sebagaimana yang diamalkan sekarang.
Cabang kehakiman adalah salah satu cabang yang penting dalam urusan kawal dan imbang kepada eksekutif dan legislatif.
Isu pelantikan kehakiman ini mempunyai kesan yang serius dan mendalam terhadap pelaksanaan keadilan di Malaysia.
Sekiranya kerajaan “Madani? khususnya perdana menteri tidak melantik hakim-hakim melalui proses yang telus dan terbuka, persepsi umum akan melihat bahawa eksekutif sedang mencampuri, atau lebih parah mengawal urusan lantikan kehakiman. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

