Lima ahli dewan undangan negeri lantikan Pahang akan berikan MB kuasa tanpa semakan (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melihat pewujudan sehingga lima kerusi bagi ahli dewan undangan negeri lantikan di Pahang sebagai percubaan jahat untuk merampas demokrasi dan memberikan kuasa tanpa tidak seimbang kepada Menteri Besar.

Dengan memperbesarkan jumlah ahli dewan daripada 42 ke 47, lebih daripada pembesaran majoriti gabungan kerajaan Barisan Nasional-Perikatan Nasional daripada 33-9 ke 38-9, ianya akan memberikan MB kuasa mutlak untuk melantik setiawan sebagai pasukan sorak di dalam dewan ataupun menjadikan kawasan pembangkang sebagai sasaran oleh calon berpotensi dengan menggunakan dana awam.

Dengan pindaan Perkara 18 dan memasukkan Perkara 18A, 18B dan 18C ke dalam Perlembagaan Pahang, lima orang ahli dewan undangan negeri tambahan ini:

  • akan dilantik dengan usul yang diluluskan di dewan dengan majoriti mudah, tanpa melalui sebarang pemilih atau mempunyai sebarang kriteria yang melayakkan, justeru secara berkesan memberi kuasa mutlak kepada menteri besar
  • akan menikmati semua kuasa, gaji dan elaun sama seperti ahli dewan yang dipilih, kecuali kelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar dan ahli majlis eksekutif [Perkara 18A(4)]
  • [Article 18B] boleh ditamatkan oleh Raja dengan nasihat menteri besar atas dasar ‘‘kepentingan nasional”, “kepentingan keselamatan nasional”, “polisi kerajaan” atau “polisi awam”, di mana kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan dan tidak boleh dicabar di mahkamah [Perkara 18B]

Bersih 2.0 amat risau yang lima kerusi bonus ini akan menjadikan menteri besar Pahang sebagai panglima (warlord) yang bukan sahaja tidak dapat diimbangi oleh pembangkang, bahkan juga sekutunya dalam kerajaan. Kos lima tahun untuk lima kerusi bonus berjumlah RM3.8 juta ini akan ditanggung oleh pembayar cukai di Pahang.

Bersih 2.0 menolak sepenuhnya kenyataan salah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang menyatakan pelantikan ini tidak bermotifkan politik dan ahli dewan lantikan ini perlu memberi justifikasi kelayakan profesional mereka sebelum dilantik. Sekiranya kelayakan profesional adalah penting, mengapa mereka tidak dimasukkan dalam Perkara 18 atau peruntukan yang lain?

Bersih 2.0 juga membongkar alasan merepek Wan Rosdy bahawa Pahang perlu lebih banyak ahli dewan undangan negeri untuk berkhidmat kepada pengundi di atas empat asas:

Ahli dewan Pahang hanya bermesyuarat sebanyak 11 hari dalam tahun 2019. Kita tidak perlu membayar ratusan ribu kepada lima orang ahli dewan lagi

Perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan melalui pendanaan yang lebih baik dan agensi kerajaan yang lebih berkesan termasuklah pihak berkuasa tempatan yang lebih baik, bukannya dengan menambah bilangan ahli dewan

Dengan peningkatan pengundi tahunan sekitar 2% setiap tahun, Pahang mempunyai nisbah pengundi per ahli dewan keempat paling rendah (19,619 pengundi pada 2018) di semenanjung, dengan dipintas oleh Selangor (43,142), Johor (32,464) atau Kedah (31,847).

READ MORE:  Sabah from the ground: The 2020 election and the politics of survival

Sekiranya Pahang memerlukan lebih banyak ahli dewan undangan negeri, maka kerajaan negeri perlu meminda perlembagaan negeri untuk menambah jumlah kerusi pilihan raya, bukannya mencipta kerusi lantikan.

Walaupun menolak secara mutlak kerusi bonus untuk kerajaan di Pahang dan Sabah, Bersih 2.0 menyokong pengenalan wakil rakyat tanpa kawasan pilihan raya. Sekiranya legislatif aktif menyemak kerajaan dengan pelbagai jawatankuasa pilihan khas, wakil rakyat tanpa kawasan ini dengan kepakaran polisi mungkin dapat menyumbang secara substantif bagi pembentukan undang-undang dan polisi.

Wakil rakyat tanpa kawasan pilihan raya boleh dipilih melalui pemisahan kertas undi Senarai-Parti disamping kertas undi first past the post (FPTP) bagi wakil rakyat biasa, sebagaimana di Jerman, New Zealand, Jepun, Korea, Taiwan dan Itali. Ini adalah kebiasaan bentuk sistem Perwakilan Campuran Berkadar (Mixed Member Proportional system) untuk mempunyai dua kertas undi.

Sebagai alternatif, kerusi tanpa kawasan boleh secara berkadaran diperuntukkan kepada parti berdasarkan jumlah undi yang diterima di bawah FPTP, sebagaimana di Thailand sekarang dan di Jerman pada tahun 1949. Dengan parti menamakan senarai calon tanpa kawasan seiiring dengan calon FPTP dalam pilihan raya, wakil rakyat tanpa kawasan secara asasnya adalah dipilih dan bukannya dilantik. Ini adalah sistem kertas undi yang jarang dalam Sistem Perwakilan Campuran Berkadar.

Sekiranya kerusi tanpa kawasan dicipta tanpa sebarang asas pilihan raya, ianya hanya sah dalam dua keadaan:

  • Sebagai kerusi “calon kalah terbaik”, di mana calon-calon terkuat yang kalah dilantik, supaya pengundi calon kalah dalam pemilihan FPTP dapat diwakili. Sebagai contoh, Singapura menjamin pembangkang akan mempunyai sekurang-kurangnya 12 kerusi di Parlimen. Di dalam pilihan raya 2020, apabila hanya 10 ahli parlimen daripada Parti Pekerja dipilih, dua daripada calon terbaik daripada Parti Progres Singapura dilantik sebagai “ahli parlimen tanpa kawasan”
  • Sebagai kerusi “top-up” bagi memastikan wanita dan etnik atau kelompok minoriti secara demografik dapat menjadi perwakilan. Pada tahun 2003, Terengganu meminda Perkara XXV11 (2) Perlembagaan Negeri untuk menyediakan pelantikan sehingga empat ahli dewan undangan negeri lantikan bagi mewakili wanita atau bukan-Muslim sekiranya tiada yang terpilih dalam pilihan raya. Pada tahun 2018, Zuraida Md Noor dilantik sebagai ahli dewan lantikan wanita pertama Terengganu

Bersih 2.0 menyokong pengenalan kerusi tanpa kawasan hanya dengan empat cara di atas:

  • dua kertas undi Perwakilan Campuran Berkadar (MMP)
  • satu kertas undi MMP
  • kerusi calon kalah terbaik dan
  • kerusi “top-up”

tetapi menolak dengan keras kerusi bonus untuk memberikan lebih kuasa kepada kerajaan negeri

Bersih 2.0 menggesa Pahang dan Sabah untuk mengubah suai kerusi bonus mereka kepada satu kertas undi MMP, kerusi calon kalah terbaik dan kerusi “top-up”.

READ MORE:  Pemimpin wanita bergabung tenaga untuk memperkasakan wanita Sabah dalam politik (Malay/English)

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Pahang’s five unelected state assembly members will give menteri besar unchecked power

The Coalition of Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) sees the creation of up to five unelected seats of state legislative assembly members in Pahang as an insidious attempt to usurp democracy and give unchecked power to the menteri besar (MB).

By expanding the total of assembly members from 42 to 47, more than expanding the Barisan Nasional-Perikatan Nasional coalition government’s current majority from 33-9 to 38-9, it will give the menteri besar absolute power to appoint loyalists as cheerleaders in the assembly or potential candidates to target opposition-held constituencies with public funds.

With the amendment of Article 18 and the insertion of Articles 18A, 18B and 18C in the Pahang State Constitution, the extra five assembly members:

  • will be appointed with a motion passed in the assembly by a simple majority, without going through any elections or meeting any eligibility criterion [Article 18A(1)], effectively a blank cheque for the menteri besar
  • will enjoy all powers, salaries and allowances as elected assembly members, except the eligibility to be appointed as menteri besar and executive council members [Article 18A(4)]
  • can be terminated by the Ruler on the advice of the menteri besar on the grounds of “national interest”, “national security interest”, “government policy” or “public policy”, which the state government has the sole power to decide and cannot be challenged in court [Article 18B]

Bersih 2.0 is alarmed that these five bonus seats would make the Pahang menteri besar a powerful warlord, unchecked not only by the opposition but also allies in the coalition government. And this would come at a whopping RM3.8m cost for five years, which will be borne by Pahang taxpayers

Bersih 2.0 rejects completely Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail’s false claim that such appointments are not politically motivated and the nominated assembly members would need to justify their professional qualifications before appointment. If professional qualifications are key, why are they not included in Article 18A or other provisions?

Bersih 2.0 also categorically debunks Wan Rosdy’s bogus excuse that Pahang needs more assembly members to serve the voters, on four grounds:

  • Pahang assembly memberss met only 11 days in the whole of 2019. We don’t need to pay hundreds of thousands of ringgit for five more assembly members
  • Better services are provided by better funded and more efficient government agencies including elected local authorities, not by increasing the number of assembly members
  • With an annual electorate growth rate of around 2%, Pahang has the fourth lowest number of voters per assembly member (19,619 voters in 2018) in the peninsula, completely dwarfed by Selangor (43,142), Johor (32,464) or Kedah (31,847)
  • If Pahang ever needs more assembly members, then the state government should amend the state Constitution to increase the number of elected seats, not by creating nominated seats
READ MORE:  Sabah: Lessons from 2020 election

While absolutely opposing unelected bonus seats for the governments in Pahang and in Sabah, Bersih 2.0 supports the introduction of non-constituency lawmakers. If legislatures are actively scrutinising governments, with many select committees, non-constituency lawmakers with policy expertise may contribute substantively to lawmaking and policy formulation.

Non-constituency lawmakers can be elected on a separate party-list ballot alongside the First-Past-The-Post (FPTP) ballot for constituency representatives, as in Germany, New Zealand, Japan, Korea, Taiwan and Italy. This is the standard two-ballot form of Mixed Member systems.

Alternatively, non-constituency seats can be proportionally allocated to parties based on their shares of FPTP votes, as in Thailand now and in Germany in 1949. With parties nominating their non-constituency candidates alongside the FPTP candidates in elections, the non-constituency lawmakers would be, strictly speaking, elected, not appointed. This is the rarer one-ballot form of Mixed Member systems.

If non-constituency seats are created without any electoral basis, they are only legitimate in two arrangements:

As ‘best loser’ seats, where some of the strongest candidates who lost are appointed, so that voters of some losers in FPTP elections get to be represented. For example, Singapore guarantees opposition parties at least 12 seats in Parliament. In the 2020 general election, when only 10 MPs from the Workers’ Party were elected, the two best performing candidates from the Progress Singapore Party were appointed as “non-constituency MPs”

As ‘top-up’ seats to ensure representation of women and ethnic or other demographic minorities. In 2003, Terengganu amended Article XXVII(2) of its state Constitution to provide for appointment of up to four nominated assembly members to represent women or non-Muslims if none is elected. In 2018, Zuraida Md Noor was appointed as Terengganu’s first woman nominated assembly member

Bersih 2.0 supports the introduction of non-constituency seats in the above four ways:

  • two-ballot Mixed Member system
  • one-ballot Mixed Member system
  • best-loser seats and
  • top-up seats

but we oppose strongly bonus seats to give extra power to the state government.

Bersih 2.0 urge Pahang and Sabah to modify their bonus seat system to the one-ballot, best loser or top-up variant.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments