Laporan pilihan raya kecil Sandakan: Kempen pada hari mengundi masih banyak berlaku

0
49
We want clean and fair elections!

Bersih 2.0 (Sabah) akan mengeluarkan laporan pemerhatian pilihan raya kecil P186 Sandakan hari ini.

Bersih 2.0 (Sabah) telah merekodkan 19 kes kesalahan pilihan raya dan salah laku semasa tempoh pilihan raya. Kesalahan tersebut melibatkan penjamuan (dua kes), salah guna aset kerajaan (dua kes), mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan (dua kes), berkempen pada hari pengundian (lapan kes), pengaruh tidak wajar kerajaan (satu kes) dan lain-lain kesalahan (empat kes).

Dalam pilihan raya kecil kali ini, kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh pihak yang bertanding menurun berbanding pilihan raya kecil di Rantau dan Cameron Highlands.

Sebagai contoh, kesalahan penjamuan yang direkodkan hanya dua kesalahan untuk pilihan raya kecil Sandakan berbanding di Cameron Highland (empat kes) dan Rantau (tujuh kes).

Kesalahan penjamuan ini dilakukan secara langsung oleh DAP sebelum penamaan calon iaitu pada 25 April 2019 dan dilakukan oleh pihak ketiga iaitu ahli jawatankuasa Surau Al-Furqan pada 3 Mei 2019 yang melaksanakan program “Kenduri Sekampung Bersama Ketua Menteri”. Berkurangnya kesalahan ini mungkin disebabkan oleh faktor bulan Ramadan.

Salah guna jentera kerajaan dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan masih lagi berlaku walaupun kurang daripada di pilihan raya kecil Rantau dan Cameron Highlands. Kesalahan ini dilakukan oleh setiausaha politik ketua menteri yang menggunakan bot polis berkempen di Pulau Berhala, penerimaan memorandum daripada Persatuan Peniaga Cina Tawau (Tawau Chinese Chamber of Commerce) oleh Teresa Kok dengan dihadiri oleh calon DAP untuk pilihan raya kecil ini.

Kesalahan paling banyak dilakukan adalah ketika hari pengundian.

Pemerhati kami banyak merekodkan kesalahan parti-parti politik merayu undi serta ada pihak yang mengangkut pengundi terutama di pusat pengundian SK Sri Tanjung Papat dan SK Sungai Anib 1. Di pusat pengundian yang lain kami dapati hampir tidak ada perayu undi seperti yang berlaku di SK Sri Tanjung Papat dan SK Sungai Anib 1.

READ MORE:  Rantau by-election not a disaster for Pakatan Harapan

Kami juga mendapati sembilan buah kenderaan digunakan untuk mengambil dan menurunkan pengundi. Lapan dari kenderaan yang dikesan membawa bendera PBS dan DAP serta sebuah kenderaan tidak dapat dikenalpasti daripada pihak yang mana.

Kami menggesa pihak Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk lebih tegas menghalang kegiatan kempen seperti merayu undi dan mengangkut pengundi semasa hari pengundian kerana kesalahan ini jelas berlanggar dengan Seksyen 20(3) dan (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu PPKPR juga perlu lebih tegas menutup pondok-pondok panas yang didirikan walau dimana sahaja dalam kawasan pilihan raya kerana membuka barung pada hari pengundian adalah berlanggar dengan Sekyen 26(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Walaupun ada kekurangan dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan kesalahan pilihan raya, secara umumnya SPR telah menjalankan pilihan raya kali ini dengan baik.

Banyak penambahbaikan kemudahan tempat mengundi daripada pilihan raya kecil yang lalu seperti penyediaan ramp yang lebih bersesuaian untuk golongan berkerusi roda serta penggunaan buggy-car untuk kegunaan warga emas dan golongan kurang upaya.

Selain itu tidak ada kempen yang keterlaluan perkauman serta mewujudkan permusuhan yang serius, dan perkara ini hendaklah diteruskan oleh semua pihak agar pilihan raya di negara terus bersih, bebas dan adil.

Laporan penuh pemerhati pilihan raya kecil P186 Sandakan boleh dimuat-turun di laman web www.bersih.org

Bersih 2.0 (Sabah)

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of