Laporan pemerhatian pilihan raya Sabah Bersih 2.0

0
158 views
Graphic: Wikipedia

Pilihan raya negeri Sabah telah diadakan pada 26 September 2020 selepas Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.

Sehubungan dengan itu Bersih 2.0 telah menghantar 26 pemerhati pilihan raya yang berdaftar sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (pemerhati) di lapangan serta tujuh pemerhati atas talian (online) yang terdiri daripada urusetia dan sukarelawan Bersih 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam pilihan raya Sabah kali ini. 

Pemerhati Bersih 2.0 telah berjaya memantau hampir keseluruhan proses pilihan raya di 24 kawasan dewan undangan negeri dan membuat pemerhati atas talian di empat kawasan parlimen. Pemerhati Bersih 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh pilihan raya termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Bersih 2.0 telah mencatatkan 58 laporan pemerhatian yang berkaitan dengan salah laku dan kesalahan pilihan raya. Laporan kes-kes yang disenaraikan ini adalah kes yang diperhatikan dan direkodkan oleh pemerhati Bersih 2.0.

Pecahan laporan kes mengikut kategori dan parti politik adalah seperti berikut:

Jenis kesalahan

Warisan Plus

Gabungan Rakyat Sabah

Parti lain dan calon bebas

Lain-lain

Jumlah

Rasuah dan beli undi

7

7

2

16

Penjamuan dan pemberian

6

4

7

17

Merosakkan bahan kempen

3

3

Penggunaan aset dan sumber kerajaan

7

5

12

Kesalahan pada hari pengundian

2

2

2

1

7

Masalah daftar pemilih, undi pos, dan masalah hari pengundian

5

5

Jumlah keseluruhan

22

18

9

9

58

Gabungan Warisan Plus (Warisan/DAP/Keadilan/Upko/Amanah) telah merekodkan sebanyak 22 laporan pemerhatian kesalahan dan salah laku pilihan raya, Gabungan Rakyat Sabah (Barisan Nasional/Perikatan Nasional/PBS) 18 laporan pemerhatian kesalahan dan salah laku pilihan raya dan lain-lain calon sebanyak sembilan laporan pemerhatian kesalahan. 

Pemerhati Bersih 2.0 telah mendapat banyak laporan pemerhatian berkenaan kesalahan rasuah. Kesalahan rasuah ini telah dilakukan oleh hampir kesemua parti, namun kami hanya menyenaraikan kesalahan yang dapat disahkan oleh pemerhati Bersih 2.0 sama ada melalui temu bual atau melalui pantauan secara atas talian.

Sebagai contoh, pada 4 September, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makan Negeri Sabah, Junz Wong, telah membuat satu kiriman Facebook bahawa sekiranya Parti Warisan menang di Sabah maka beliau akan membina rumah sarang burung walit kepada keluarga Veveonah di Pitas.[1]

Pihak kami juga mendapat laporan agihan wang di kampung-kampung berjalan dengan berleluasa.

Pemerhati Bersih 2.0 telah melaporkan terdapat beberapa orang pekerja pilihan raya Parti Warisan di Kampung Tinusa mengagihkan wang berjumlah RM100 kepada orang-orang kampung di sana dan agihan wang berjumlah RM100 kepada orang ramai berdekatan Restoran Kak Jue Batu 7, Sandakan. Terdapat ramai yang berbaris dan memberikan kad pengenalan mereka sebelum mendapat wang tersebut.

READ MORE:  Bila pengundi luar kawasan boleh undi pos? (Malay/English)

Pemerhati Bersih 2.0 juga mendapat laporan satu keluarga di Membakut mendapat RM200 daripada BN.

Terdapat juga satu kes di mana sebuah pondok panas PN di luar Sekolah Kebangsaan Bingkor, Keningau mengutip kad pengundi (voters card) yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemudiannya menyerahkan satu slip berlogo PN kepada pengundi tersebut. Pemerhati kami mengesyaki aktiviti pemberian duit sedang berlaku.

Selain itu terdapat laporan di mana pekerja pilihan raya PN mengagihkan wang sebanyak RM100 kepada pengundi di Kampung Tinusa, Sandakan.

Kesalahan penyalahgunaan aset dan sumber kerajaan juga berleluasa walaupun kritikan telah banyak diberikan oleh pihak kami dalam setiap pilihan raya. Ketua menteri sementara tidak seharusnya menggunakan aset kerajaan untuk berkempen dan mengumumkan peruntukan baharu dalam tempoh pilihan raya.

Sebagai contoh ketua menteri sementara Sabah ketika itu telah menyerahkan geran tanah kepada ratusan kampung di Beluran[2], Tawau[3] dan Kinabatangan[4].

Selain itu pada 3 September, Shafie Apdal juga telah mengumumkan pemansuhan sewa tapak pasar malam dan tamu sehingga tahun 2021[5].   

Begitu juga dengan kerajaan persekutuan, walaupun menteri masih perlu menjalankan tugas mereka semasa pilihan raya tetapi mereka tidak boleh mengumumkan atau memberikan peruntukan yang khusus kepada kawasan tertentu.

Mereka juga tidak boleh menggunakan aset kerajaan untuk berkempen, sebagai contoh pemerhati Bersih 2.0 telah mendapat laporan pada 17 September, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan cek replika bantuan bernilai RM60 juta kepada usahawan pertanian dan nelayan dalam satu majlis kerajaan persekutuan di Dataran Bandangan, Beaufort. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Pertanian Persekutuan iaitu Dr Ronald Kiandee [6].

Selain itu terdapat juga laporan kes seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad yang menyampaikan sumbangan daripada program MyHaus Tabung Haji berjumlah RM50,000 yang melibatkan baikpulih rumah, bantuan kewangan, dan pembinaan bengkel pertukangan kepada sebuah keluarga di Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan pada 21 September [7].

Laporan pemerhatian kesalahan-kesalahan lain seperti penjamuan dan pemberian hadiah juga masih banyak dilakukan oleh parti-parti politik. Pemerhati Bersih 2.0 telah merekodkan 17 laporan pemerhatian kesalahan penjamuan dan pemberian hadiah termasuk seorang calon bebas di Petagas yang memberikan sebuah kerusi roda kepada warga emas semasa tempoh berkempen.

READ MORE:  Muhyiddin’s unethical politics and resulting quagmire

Kegiatan meraih undi dan mengangkut pengundi pada hari pengundian juga masih berleluasa. Kami menggesa pihak pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya dan SPR untuk lebih tegas menghalang kegiatan kempen seperti merayu undi dan mengangkut pengundi semasa hari pengundian kerana kesalahan ini jelas berlanggar dengan Seksyen 20(3) dan (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya juga perlu lebih tegas menutup pondok-pondok panas yang didirikan walau dimana sahaja dalam kawasan pilihan raya kerana membuka barung pada hari pengundian adalah berlanggar dengan Sekyen 26(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Selain itu terdapat ramai juga pengundi yang mengambil gambar kertas undi yang telah dipangkah kemudian memaparkannya di media sosial selepas membuang undi. Ini mungkin menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 5 (Memelihara Kerahsiaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Walaupun ada kekurangan dalam penguatkuasaan undang-undang melibatkan kesalahan pilihan raya, secara umumnya SPR telah menjalankan pilihan raya kali ini dengan baik. Pihak SPR juga telah berjaya memastikan petugas-petugas pilihan raya mengikuti standard operating procedure yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilaksanakan seperti pemakaian pelitup muka, pensanitasi tangan dan juga disinfeksi pusat pengundian setiap dua jam.

Masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki seperti ada tempat yang kurang sesuai sebagai pusat pengundian, contohnya di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya dan masih ada pusat pengundian yang tidak ada khemah saringan Covid-19 seperti di pusat-pusat pengundian di Pulau Banggi.

Berikut adalah cadangan penambahbaikan daripada Bersih 2.0:

1. Penguatkuasaan undang-undang pilihan raya

Pihak yang terlibat

Cadangan

Rangka masa

Kerajaan persekutuan

Meminda Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memberi kuasa kepada SPR untuk penguatkuasaan undang-undang pilihan raya yang lebih berkesan

Dalam satu tahun

Menggubal undang-undang bagi larangan atau had penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa pilihan raya

Dalam satu tahun

 

Menggubal undang-undang supaya semua calon-calon perlu menghantar penyata perbelanjaan kempen pilihan raya yang telah diaudit oleh auditor bertauliah setelah pilihan raya dijalankan

Dalam satu tahun

SPR

Memberi taklimat kepada setiap calon dan wakil calon berkenaan kesalahan dan salah laku pilihan raya

Sejurus selepas penamaan calon

Mengadakan lebih banyak pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya untuk setiap kawasan dewan undangan negeri supaya lebih banyak rondaan boleh dibuat untuk tindakan penguatkuasaan lebih cepat dan mengumumkan nombor telefon untuk orang ramai membuat laporan kepada pasukan tersebut

Segera

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

Memantau pejabat-pejabat parti politik sepanjang tempoh berkempen untuk mencegah pejabat tersebut dijadikan tempat mengagihkan wang kepada pengundi

Segera

 

Menyiasat laporan-laporan beli undi yang dilakukan oleh calon-calon dan parti-parti politik

Segera

READ MORE:  Sorry not the hardest word, Tiong

2. Pengurusan pilihan raya

Pihak yang terlibat

Cadangan

Rangka masa

Kerajaan persekutuan

Menetapkan tarikh atau bulan bagi pilihan raya umum yang akan dijalankan selepas pilihan raya terakhir agar pihak pengurusan pilihan raya dapat bersedia dengan teliti dan kemas untuk menguruskan pilihan raya

Dalam satu tahun

SPR

Memberi perkhimatan undi pos kepada:

a. Pengundi Sabah yang berada di Semenanjung dan Sarawak

b. Pengundi Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak

c. Pengundi Sarawak yang berada di Sabah dan  Semenanjung

d. Pengundi yang berada di Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thailand

agar dapat mengundi secara pos dalam pilihan raya

Segera

Memanjangkan tempoh pilihan raya kepada minimum 21 hari dengan meminda Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Penjalanan Pilihan Raya) supaya pengundi pos di luar negara sempat menghantar kertas undi ke Malaysia

Segera

Melaksanakan standard operating procedure pencegahan penularan wabak Covid-19 dengan lebih ketat, terutamanya latihan rapi untuk semua petugas pilihan raya

Mengambil lebih ramai petugas pilihan raya untuk melaksanakan standard operating procedure dengan sepenuhnya

Menggunakan berus kecil untuk mencalit dakwat kekal yang diguna sekali sahaja

Memastikan khemah Kementerian Kesihatan mempunyai petak mengundi untuk mereka yang suhu badan tinggi atau bergejala Covid-19 dan rondaan pengawai SPR yang lebih kerap untuk memastikan pematuhan standard operating procedure dengan sepenuhnya

Segera

Membuka pusat-pusat pengundian di dalam kampung atau kawasan yang sukar dicapai agar pengundi tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk turun ke pusat pengundian

Sederhana

Memberi latihan dan simulasi proses pengundian yang secukupnya kepada petugas pilihan raya untuk mengurangkan kesilapan yang kritikal

Segera

Memaklumkan kepada semua petugas pilihan raya, terutamanya penyelia pusat pengundian dan ketua tempat mengundi dan pasukan penguatkuasa pilihan raya berkenaan peranan, hak dan tugas pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR

Segera

Menyiasat insiden kad pengundi SPR yang diedarkan oleh parti politik di kawasan dewan undangan negeri Bingkor

Segera

Bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tidak membenarkan feri untuk kegunaan awam disewa secara keseluruhan bagi mengelakkan orang ramai berebut membeli tiket feri akibat perubahan jadual feri

Semasa pilihan raya

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments