:

Laporan awal pilihan raya umum 2022 (Malay/English)

ANIL NETTO

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekali lagi mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya para pemilih yang turun mengundi dalam pilihan raya umum 2022 baru-baru ini.

Pilihan raya ini menyaksikan tiada pihak yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, namun suasana demokrasi negara masih dihormati dengan pelantikan perdana menteri berlaku dengan suasana aman.

Sepanjang tempoh pilihan raya, Bersih telah menjalankan beberapa inisiatif bagi memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan bersih, adil dan bebas serta menggalakkan pemilih untuk keluar mengundi pada 19 November. Berikut adalah laporan ringkas inisiatif Bersih:

Pemantau pilihan raya

BERSIH telah membentuk tiga pasukan untuk memantau pilihan raya iaitu pemantau fizikal (pemerhati pilihan raya), pemantau online (media sosial) dan pemantau media (laporan akhbar).

Seramai 100 orang pemerhati telah berdaftar dengan Bersih di bawah program pemerhatian pilihan raya berakreditasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu program pemerhati. Pemerhati perlu menghadiri bengkel anjuran SPR dan juga menjalani latihan dalam di peringkat Bersih, di mana kami menjalankan sekurang-kurangnya tiga latihan untuk kesalahan pilihan raya, proses pilihan raya dan peraturan umum apabila menjalankan pemerhatian pilihan raya. Semua pemerhati diberikan buku panduan dan manual untuk rujukan.

Secara keseluruhannya, pemerhati Bersih berjaya memantau hari penamaan calon, hari undi awal, persediaan peti undi dan hari pengundian di 57 kawasan Parlimen seluruh negara.

Selain itu, pemantauan online Bersih juga memerhati parti-parti politik dan calon-calon melalui platform online seperti Facebook, Twitter dan TikTok.

Laman web pemantau

Bersih juga telah melancarkan laman web pemantau (www.pemantau.org) untuk memudahkan orang awam membuat laporan sekiranya mereka melihat kesalahan-kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Terdapat 10 kesalahan yang Bersih fokuskan iaitu:

  • Rasuah dan beli undi
  • Penjamuan makanan dan pemberian
  • Pengaruh tidak wajar kerajaan
  • Penggunaan aset kerajaan
  • Perbelanjaan berlebihan
  • Intimidasi, gangguan dan keganasan
  • Kelakuan berat sebelah oleh pegawai
  • Undi awal dan undi pos
  • Masalah hari mengundi
  • Pengundi hantu dan daftar pemilih

Sebanyak 208 kesalahan yang telah dilaporkan dan 153 laporan telah disahkan sebagai kesalahan pilihan raya.

Hotline dan fact checker

Bersih juga telah membuka hotline pilihan raya dan melancarkan “GE15 Fact Checker & FAQ” untuk membantu orang ramai sekiranya ada persoalan mengenai proses-proses atau isu-isu pilihan raya dan sebagai inisiatif kami melawan maklumat-maklumat yang tidak sahih.

Bersih telah menerima sebanyak 78 mesej WhatsApp, 193 panggilan telefon, 24 emel dan 28 mesej melalui Facebook berkenaan isu-isu pilihan raya. Antara isu yang paling kerap ditanya adalah mengenai undi pos, isu daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya ini dan isu kesalahan pilihan raya.

Berikutan maklumat yang salah (misinformation) terlampau banyak yang berlegar berkaitan proses pilihan raya, yang jika tidak ditangani akan memburukkan pilihan raya, Bersih segera melancarkan “GE15 Fact Checker & FAQ” selepas pembubaran Parlimen.

FAQ ini mengumpulkan soalan-soalan lazim dan menyediakan jawapan segera, manakala Fact Checker pula mengumpulkan maklumat salah dan menyediakan maklumat yang tepat dan sahih sebagai langkah balas. Semua maklumat ini disebarkan melalui website pemantau dan platform media sosial Bersih, serta mesej-mesej ringkas di Whatsapp untuk sebaran segera.

Antara maklumat salah yang tular sebagai contoh adalah penggunaan mesin pembaca kad yang digunakan untuk menyemak kad pengenalan bagi mencegah pengundi berbangsa Cina dan India mengundi; pengundi perlu mematuhi etika pemakaian yang ketat pada hari pengundian; pengundi perlu mematuhi masa mengundi yang digalakkan jika tidak akan dihalang daripada mengundi, dan pelbagai lagi maklumat yang salah.

Kempen #VoteFuture

Bersih bimbang kadar keluar mengundi pada pilihan raya ini memandangkan peratusan keluar mengundi di pilihan raya negeri Melaka dan Johor, serta digabungkan dengan fakta bahawa terdapat pertambahan sebanyak 6.2 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum ini. Justeru, Bersih melancarkan kempen #VoteFuture untuk menggalakkan rakyat keluar mengundi 10 hari sebelum hari pengundian iaitu pada 19 November.

READ MORE:  Pilihan raya 2022: Undilah untuk masa depan anda, saya dan kita semua (Malay/English)

Kempen ini menggunakan konsep “Masa depan” untuk memberi inspirasi kepada rakyat keluar mengundi. Kami menggunakan cogan kata seperti “Saya pilih masa depan saya sendiri”, “Undiku, masa depanku”, “Saya tidak akan memperjudikan masa depan saya”, dan “Masa depanku dalam tanganku”.

Kempen #VoteFuture ini adalah satu kerjasama antara Bersih dan The Fourth Media. Kami telah menghasilkan video-video untuk mengajak orang ramai turun mengundi dengan kerjasama individu pempengaruh (influencer), golongan orang kurang upaya dan aktivis-aktivis sosial daripada semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kami telah berkolaborasi dengan sebuah syarikat penerbitan iaitu The Fourth untuk menghasilkan beberapa video. Video-video ini melibatkan rakyat Malaysia daripada semua latar belakang yang bercakap mengenai “Undi untuk masa depan kita”. Video ini dibina melalui galakan yang positif untuk menggalakkan rakyat keluar mengundi. Video-video ini dikeluarkan pada 9 November dan setiap hari berikutnya sehinggalah hari pengundian di pelbagai platform media sosial. Video ini telah ditonton melalui laman media sosial Bersih oleh sebanyak 75,000 orang. Video-video ini juga telah disebarkan melalui beberapa pempengaruh seperti Jinnyboy (238,000 tontonan) dan Nailah Huda (51,000 tontonan).

Selain video, kempen VoteFuture juga telah mengeluarkan poster dengan visual yang kuat setiap hari. Kami telah menyediakan kit kempen untuk orang ramai memuat turun bahan-bahan kempen atau membuatnya sendiri. Kempen ini adalah kempen di mana sesiapa sahaja boleh sertai di mana-mana pun. Kami juga telah berkolaborasi dengan Awam untuk menghasilan beberapa isi podcast.

Akhirnya, kadar pengundian pada pilihan raya umum kali ini menurut SPR adalah 73.9% (tidak termasuk pilihan raya kecil Padang Serai dan Tioman), dengan jumlah 15.5 juta pemilih telah mengundi.

Hall of Shame

Bersih juga meneruskan Hall of Shame daripada pilihan raya umum 2018 yang lepas untuk memaparkan kesalahan pilihan raya yang paling teruk dilakukan sepanjang tempoh pilihan raya.

Pelancaran buku

Tepat semasa pilihan raya ini bermula, Bersih melancarkan buku kami bertajuk Making Democracy Work: Institutional Reforms for Malaysia pada 6 November. Ini ada versi mudah makalah kajian yang mencadangkan pelbagai penambahbaikan untuk institusi negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar, “Kepemimpinan pemikiran oleh Bersih dalam reformasi institusi adalah sebahagian daripada tranformasi politik yang lebih besar yang telah mengambil alih sejak 2018”, dan inilah bukunya yang mengandungi kajian-kajian dan perbahasan-perbahasan.

Untuk melaksanakan inisiatif dan menampung sebahagian perbelanjaan, Bersih meminta sumbangan orang ramai melalui kenyataan media bertarikh 29 Oktober dan kami mensasarkan RM100,000. Kami sukacitanya mengumumkan bahawa sehingga 29 November, sebanyak RM163,125 (sumbangan awam dan jualan buku solidariti) telah berjaya dikutip. Secara keseluruhannya, kami telah membelanjakan RM60,288 untuk token penghargaan kepada semua sukarelawan, pereka grafik, bayaran pembangunan laman web, iklan media sosial, peralatan audio dan kempen VoteFuture.

Setiap sen yang kami terima dan belanjakan akan dilaporkan dalam laporan pilihan raya ini yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Baki sumbangan yang tidak digunakan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk advokasi kami pada masa hadapan dan juga untuk kos-kos operasi.

Bersih sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membantu, menyokong dan menyumbang kepada Bersih, yang membolehkan kami menggerakkan mandat kami untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil serta memperkasakan institusi.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO, terutamanya Undi18 dan Global Bersih serta inisiatif Vote Malaysia yang telah bekerja keras untuk memastikan kertas-kertas undi pos luar negara dapat sampai ke tanah air pada masanya untuk dikira. – Bersih

English version

Preliminary report of the 2022 general election

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) once again congratulate Malaysians for taking part in the recent general election, despite rain and floodings in some areas.

READ MORE:  Ejen tempat mengundi: Pengiraan undi

This general election saw no party getting a simple majority to form the government on its own. Nevertheless, democracy was respected and a peaceful transition of power took place.

Throughout the election period, Bersih carried out several initiatives to call for a clean, fair and free election. Bersih also took great efforts to encourage a high voter turnout on 19 November. Here is a brief report of the initiatives:

Election monitoring

Bersih formed three teams to monitor the election, they were the election observers, online monitors (social media) and media monitors (press reports).

A total of 100 observers were registered under Bersih with the Election Commission’s accredited election observation programme called Pemerhati. The observers attended a workshop conducted by the Election Commission as well as Bersih’s own internal training, where we conducted at least three training sessions on election offences, the election process and general rules when conducting election observations. All observers were given a manual and handbook to refer to.

Overall, Bersih’s election observers monitored the proceedings on nomination day, early voting day and polling day across 57 parliamentary constituencies.

On top of that, Bersih’s online monitoring also observed political parties and candidates through online platforms, such as Facebook, Twitter and TikTok.

Election monitoring website

Bersih launched the Pemantau website (www.pemantau.org). This is a website where the general public could easily lodge a report on any election offences committed by any of the political parties or candidates whom they observed during the campaign period and polling day. Once a report was lodged, our volunteers would then verify the information and facts and once confirmed, it would be recorded in the database.

There are 10 categories of electoral offences that Bersih focused on:

  • Corruption and vote-buying
  • Treating and gifting
  • Undue government handouts or inducements
  • Use of government machinery
  • Excessive spending
  • Intimidation and violent behaviour
  • Biased behaviour by public servants and institutions
  • Advanced voting and postal voting
  • Polling day issues
  • Electoral roll issues

A total of 208 reports were lodged and 153 of them have been confirmed as election offences.

Hotline and fact checker

Bersih telah melancarkan hotline pilihan raya untuk orang ramai membuat pertanyaan untuk sebarang persoalan mengenai PRU15. Kami telah menerima lebih daripada 80 mesej Whatsapp, 193 panggilan telefon, 30 e-mel pertanyaan dan 28 mesej di Facebook. Jumlah ini tidak termasuk panggilan atau mesej WhatsApp yang diterima oleh ahli jawatankuasa pemandu. Secara keseluruhannya, persoalan yang berlegar adalah berkenaan isu undi pos, kawasan pilihan raya dan untuk mendapatkan penjelasan terhadap maklumat yang tidak tepat seperti etika pakaian, masa pengundian dan lain-lain.

In view of the massive amount of misinformation pertaining to the election process, which if not properly addressed might have discredited the election, Bersih immediately launched a “GE15 Fact Checker and FAQ” right after the dissolution of Parliament.

The FAQ gathered general questions and provided quick answers, whereas the fact checker picked up viral misinformation and provided accurate and correct information as a counter-measure. This information was released via the Pemantau website and all Bersih’s social media platforms, as well as short WhatsApp messages for quick circulation.

Some of the misinformation that went viral: for example, that card reader machines would be used to check identity cards to prevent ethnic Indian and Chinese voters from voting; that voters would have to follow a strict dress code on polling day; that voters had to vote during the suggested voting time, otherwise they would be barred.

READ MORE:  Election 2022: One vote, two goals - Save Malaysia, destroy Umno

#VoteFuture campaign

Bersih was concerned with the voter turnout for this general election, given the rather low percentage in the recent Malacca and Johor state elections, coupled with the fact that there were an additional 6.2 million voters for this general election who had not voted before. To encourage a high voter turnout, Bersih launched the #VoteFuture campaign 10 days before polling day.

The campaign used the concept of ‘future’ to inspire the people to vote. We had taglines such as “I will choose my own future”, “My future, my vote”, “I don’t gamble with my future” and “My future is in my hands”.

In this campaign, we collaborated with The Fourth, a production company, to produce a number videos. These videos featured Malaysians from all walks of life talking about “voting for our future”. It was built on positive and encouraging vibes to encourage the people to vote. These videos were released on 9 November and thereafter every day until polling day on different social media platforms. It reached 75,000 unique views on the Bersih social media sites, as well as through influencers such as Jinnyboy (238,000 views) and Nailah Huda (51,000 views).

In addition to the videos, the VoteFuture campaign also released posters with strong visuals on a daily basis. We prepared campaign toolkits for the public to download the campaign materials or replicate them themselves. It was a campaign that anyone could participate in anywhere. We also collaborated with Awam in producing a series of podcasts.

In the end, the voter turnout for this general election, according to the Election Commission, was 73.9% (not including the delayed Padang Serai and Tioman elections), with a whopping 15.5 million Malaysians having voted.

Hall of Shame

We also highlighted the worst election offences committed throughout the election period by releasing the Hall of Shame poster on the pemantau website.

Book launch

In time for the general election, Bersih launched our very first book titled Making Democracy Work: Institutional Reforms for Malaysia on 6 November. This is an abridged version of our research papers on various recommendations for institutional reforms. As stated by Wan Junaidi Tuanku Jaafar, “Bersih’s thought leadership in institutional reforms is part of the larger political transformation which has taken place since 2018” and this is the book that contained the research and arguments.

To carry out the initiatives and cover some of the expenses, Bersih called for public donations through our press statement dated 29 October and we set a target of RM100,000. We are pleased to announce that as at 29 November, we have raised approximately RM163,125 (public donations and solidarity book sales). In summary, we have spent approximately RM60,288 for tokens of appreciation for all volunteers, graphic designs, fees for website development, social media and advertisements, audio equipment, and the VoteFuture campaign.

Every sen received and spent will be reported in the finalised general election report to be released in the near future. The remaining unused portion of the donations will be utilised for operational costs as well as future advocacy programmes.

Bersih once again expresses our deepest appreciation to Malaysians who helped, supported and contributed to Bersih, enabling us to carry out our mandate advocating for a free and fair election and to strengthen the institutions.

Last but not least, we would also like to say a big thank you to all NGOs, especially Undi18 and Global Bersih who worked very hard to ensure that most overseas ballot papers reached home in time to be counted. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments