Lantikan semula Azam Baki bukti kerajaan tiada arah untuk reformasi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam keras pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali ketiga.

Bersih menegaskan bahawa pelantikan semula Azam Baki bercanggah dengan janji reformasi institusi yang telah termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Setiap penyambungan kontrak Azam Baki tidak pernah melalui jawatankuasa parlimen yang sepatutnya meneliti lantikan-lantikan ini.

Kedua-dua gabungan parti politik tersebut sebelum ini telah menjanjikan untuk memastikan lantikan bagi institusi utama seperti SPRM dibuat menerusi jawatankuasa parlimen yang bertanggungjawab untuk mencadangkan dan menyemak cadangan nama-nama calon untuk diketengahkan.

Dalam masa sama, perkara tersebut turut termaktub dalam strategi pembanterasan rasuah nasional untuk 2024-2028 yang diangkat oleh kerajaan “Madani”.

Adakah komitmen yang telah dizahirkan di dalam perancangan sehingga peringkat negara hanya semata retorik kosong?

Adakah Anwar Ibrahim berperangan serupa seperti Perdana Menteri sebelum beliau iaitu Dr Mahathir Mohamad, yang beranggapan manifesto bukan kitab suci dan dengan itu boleh dilanggar semahunya?

Kredibiliti SPRM saban hari menjadi persoalan susulan pengendalian skandal rasuah di Sabah yang masih gagal untuk diselesaikan.

Jika dikira bagaimana reaksi sepele Azam apabila dipanggil oleh jawatankuasa parlimen dalam isu pemilikan saham beliau, jelas bahawa beliau tidak menghormati Parlimen sebagai badan kawal imbang.

Bersih turut mengulangi gesaan supaya reformasi struktural dilakukan segera ke atas SPRM bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut menerusi sistem yang kukuh dengan mengangkat kebebasan dan akauntabiliti SPRM.

Gesaan tersebut telah dibuat menerusi pelancaran kajian komprehensif reformasi SPRM bertarikh 18 Julai 2024.

Ini kerana struktur SPRM sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan kelompongan, terutama apabila diuji sewaktu negara dilanda skandal rasuah terbesar 1MDB, memberi justifikasi perlu reformasi SPRM bagi memastikan kelompongan yang terzahir dapat ditangani dengan berkesan.

READ MORE:  MACC chief's reappointment: Shameful continuation of feeble anti-corruption approach

Pelantikan Azam Baki bukti tiada roadmap kukuh kerajaan Madani untuk agenda reformasi. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments