Konvoi Bersih 5 sedia untuk dilancarkan pada 1 Oktober/Bersih 5 Convoy all set for launch

0

Konvoi Bersih 5 yang diumumkan telah menerima sokongan yang kuat daripada masyarakat akar umbi di seluruh negara. Bersih 2.0 sudah bersedia untuk melancarkan “roadshow” kebangsaan yang terbesar secara serentak.

Konvoi Bersih 5 akan berlangsung selama tujuh minggu dan akan berkemuncak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu untuk perhimpunan Bersih 5 pada 19 November 2016. Objektif Konvoi Bersih adalah untuk memulakan suatu perbualan nasional dan meningkatkan kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.

Konvoi Bersih dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

Program untuk hari pertama konvoi pada 1 Oktober 2016 telah ditetapkan di enam kawasan “flag off” seperti berikut:

SELATAN
Tempat bermula: MBJB, Johor Bahru
Pelancaran: 9am  Flag Off: 10am
Tempak Berakhir: Kulai
 
UTARA
Tempat Bermula: Pasar Borong, Kangar
Pelancaran: 9am    Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Alor Setar
BARAT
Tempat Bermula: Lumut Jetty, Lumut
Perlancaran: 9am    Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Teluk Intan
SARAWAK
Tempat Bermula: Private Car Park, Brighton Road, Opposite Park City Everly Hotel, Miri
Perlancaran: 9am    Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Bintulu
TIMUR
Tempat Bermula: Padang Bank, Kota Bharu
Perlancaran: 9am    Flag Off: 10am 
Aktiviti: Berbasikal di Kota Bharu
Tempat Berakhir: Kota Bharu
SABAH
Tempat Bermula: Bandar Letat, Sandakan
Perlancaran: 9am    Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Semporna

Setiap kawasan konvoi akan diterajui oleh ahli jawatankuasa Bersih 2.0. Aktiviti dan konvoi sedang dilaraskan oleh jawatankuasa tempatan. Mereka telah bekerja keras sejak beberapa minggu yang lalu untuk memastikan konvoi akan membawa mesej pembaharuan demokrasi kepada rakyat secara selamat dan aman.

Semua penyelaras telah mematuhi dengan peruntukan yang ditetapkan dibawah Akta Perhimpunan Aman di mana notis sepuluh hari telah diberi untuk kawasan “flag off” dan tempat akhir. Setiap jawatankuasa juga telah menguruskan keselamatan, bantuan perubatan dan bantuan guaman sendiri untuk perserta-peserta yang mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.

Bersih 2.0 percaya bahawa kerjasama antara semua pihak ini akan menjadi insiprasi kepada semua rakyat Malaysia untuk bangkit dan menentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Pada 1 Oktober, rakyat Malaysia akan menyokong gelombang kuning di seluruh negara melalui Konvoi Bersih.

Maklumat lanjut tentang konvoi untuk minggu-minggu seterusnya akan disiarkan secara berperingkat di www.bersih.org/konvoi. Rakyat yang berminat untuk menyertai konvoi boleh melayar laman web tersebut untuk mendapatkan tempat laluan dan masa konvoi.

Mereka yang tidak dapat menyertai konvoi tersebut digalakkan memakai baju kuning Bersih 5 setiap hari Sabtu untuk menunjuk sokongan mereka.

Dikeluarkan oleh:-

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0


 

Bersih 5 Convoy all set for 1 October launch

The Bersih 5 Convoy announced recently has been met with great enthusiasm and support from grassroots communities across the country. Bersih 2.0 is now all set to launch its biggest simultaneous nationwide roadshow.

The Bersih 5 Convoy will take place over seven weeks and converge towards Kuala Lumpur, Kuching and Kota Kinabalu for the rally on 19 November 2016. The objective of the Bersih 5 Convoy is to start a national conversation and raise awareness on Bersih 5’s demands for institutional reforms and the severity of the 1MDB crisis.

The convoy is estimated to cover 246 cities, towns, and villages across Peninsular Malaysia, Sabah, and Sarawak.

The programme for the first day of the convoy will see six flag-off points on 1 October 2016:

SOUTH
Starting Venue: MBJB, Johor Bahru
Launch: 9am    Flag Off: 10am
End Point: Kulai
NORTH
Starting Venue: Pasar Borong, Kangar
Launch: 9am    Flag Off: 10am
End Point: Alor Setar
WEST
Starting Venue: Lumut Jetty, Lumut
Launch: 9am    Flag Off: 10am
End Point: Teluk Intan
SARAWAK
Starting Venue:  Car Park, Brighton Road, Opposite Park City Everly Hotel, Miri
Launch: 9am    Flag Off: 10am
End Point: Bintulu
EAST
Starting Venue: Padang Bank, Kota Bharu
Launch: 9am    Flag Off: 10am
Activity: Bicycle Convoy around Kota Bharu
End Point: Kota Bharu
SABAH
Starting Venue: Bandar Letat, Sandakan
Launch: 9am    Flag Off: 10am
End Point: Semporna
 
Each area of the convoy will be led by Bersih 2.0 steering committee regional representatives and the events and convoys are coordinated by local committees. The committees have been working tirelessly in recent weeks to ensure the convoys can bring the message of democratic reform to the rakyat safely and peacefully.

All the coordinators have complied with the provisions under the Peaceful Assembly Act to provide ten days notice for the flag off and end points. Each committee has also organised its own security, medical and legal assistance for the convoy participants.

Bersih 2.0 believes the hard work of these patriotic individuals are an inspiration to Malaysians across the country to stand up against abuse of power and corruption. Come 1 October, the rakyat will stand behind these Malaysians and lend their support to the wave of yellow sweeping the country.

Further information of the convoy for the upcoming weeks will be periodically posted on www.bersih.org/konvoi. Citizens who are interested sin taking part in the convoy can visit that page to find out the routes and time.

Those who are unable to join the convoy are encouraged to wear their yellow Bersih 5 T-shirts every Saturday to show their support.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments