Kewajipan kuarantin kepada orang Sabah pulang mengundi akan menekan hak mengundi (Malay/English)

0
4369
Graphic: Wikipedia

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada komen menteri kesihatan kelmarin bahawa beliau akan berbincang dengan mesyuarat khas kementerian tentang perintah kawalan pergerakan dan Majlis Keselamatan Negara berkaitan keperluan untuk melaksanakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang dari Sabah ke semenanjung selepas pilihan raya negeri Sabah.

Hal ini disebabkan perkembangan terbaru penularan wabak Covid-19 di Lahad Datu dan Tawau.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa sebarang pengenaan 14 hari kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke semenanjung dari Sabah akan memudarkan semangat orang Sabah yang ingin pulang Sabah untuk mengundi.

Kos kuarantin juga akan sangat membebankan kepada golongan ini memandangkan kos penerbangan pulang ke kampung halaman untuk mengundi sudah pun sangat tinggi.

Perkara ini juga akan memberi kesan kepada ahli politik, pekerja parti, pegawai dan pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerhati pilihan raya daripada NGO yang akan ke Sabah untuk terlibat sama dalam pelbagai aspek pilihan raya.

Sekiranya kuarantin wajib ini diwajibkan kepada semua tanpa pengecualian, ini akan memberi kesan yang sangat besar terhadap kefungsian institusi-institusi dan pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Kami menyeru Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk membuat pertimbangan yang cermat sebelum membuat keputusan melaksanakan tempoh 14 hari kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang dari Sabah ke semenanjung memandangkan sebenarnya penularan wabak hanya tertumpu di penjara daerah Lahad Datu dan Tawau.

Sekiranya perlu, SPR boleh mengetatkan standard operating procedure untuk penjalanan pilihan raya di kawasan Lahad Datu dan Tawau bagi memastikan bahawa penularan wabak di sana dapat dikawal dengan sebaiknya.

Pandemik ini menunjukkan dengan lebih lanjut keperluan untuk SPR menyediakan pengundian pos atau undi tidak hadir kepada pengundi yang tidak dapat mengundi di kawasan pengundian mereka disebabkan terpaksa tinggal jauh atas faktor pekerjaan dan pengajian.

READ MORE:  People end up as pawns in power politics

Kami menggesa pihak SPR untuk memberikan hala tuju yang jelas bagi pelaksanaan undi pos untuk semua pengundi di luar wilayah. Perkara ini perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum dan pilihan raya negeri yang seterusnya, terutama sebelum pilihan raya Sarawak yang akan datang.

Kegagalan membenarkan pengundian pos atau undi tidak hadir untuk pengundi Sarawak akan dilihat sebagai menghalang hak mengundi, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sekiranya tidak dilaksanakan sebelum pilihan raya Sarawak, yang perlu diadakan sebelum September 2021.

Ini boleh dianggap sebagai penghinaan kepada projek Malaysia selepas 57 tahun dan orang Sarawak sekiranya SPR, cabang eksekutif dan Parlimen mengambil enteng halangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dari Sarawak yang terpaksa meninggalkan rumah untuk mendapat pendidikan dan peluang pekerjaan, seandainya insitusi-institusi tersebut tidak dapat membuat penyelesaian segera terhadap isu ini.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Compulsory quarantine for Sabah returnees may further suppress Sabahans’ right to vote, underscores urgent need for postal/absentee voting

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) refers to the health minister’s comment yesterday that he would be discussing with the special ministerial meeting on the movement control order and the National Security Council the need to impose a compulsory quarantine for all returnees to the peninsula from the Sabah state election. This is in view of the latest Covid-19 outbreak in Lahad Datu.

Bersih 2.0 believes any imposition of a compulsory 14-day quarantine of returnees from Sabah would further discourage Sabahans who are intending to return home to vote from doing so.

The cost of quarantine would be overly burdensome to these Sabahans as this would be on top of the high cost of flying home to vote.

READ MORE:  A changing world

This would also affect politicians, party workers, Election Commission officials and workers, and NGO observers who will be travelling to Sabah to be involved in the various aspects of the election.

If compulsory quarantine is required for all without exception, this could have wider implications on the functioning of these institutions and organisations beyond the election.

We call on the health minister and the National Security Council to give very careful consideration before imposing a 14-day quarantine on all returnees from Sabah, given that the outbreaks in Lahad Datu and Tawau are confined to prisons there.

If needed, the Election Commission should tighten further the standard operating procedures for the conduct of the election in the Lahad Datu and Tawau areas to ensure the outbreak there is well contained.

The pandemic further underscores the urgent need for the Election Commission to provide postal or absentee voting for voters who, due to their livelihoods and studies, are unable to live within or near their voting constituencies.

We call on the Election Commission to give us a definite roadmap for the implementation of postal voting for all out-of-region voters. This must be done before the next federal and state elections, especially before the upcoming Sarawak state election.

Failure to allow postal or absentee voting for Sarawakian voters would amount to vote suppression, whether intentional or not, if this cannot be implemented before the Sarawak state election due by September 2021.

This can be considered a blatant insult to the Malaysia project after 57 years and the Sarawak people if the Election Commission, the Executive and Parliament take so lightly the effective disenfranchisement of Malaysians from Sarawak who have to leave their homes for education and employment opportunities if they can’t work out a timely solution.

READ MORE:  Will Sabahans thunder 'enough is enough' at the polls? 

Bersih 2.0 steering committee

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments