Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adli (Bersih) merujuk kepada kes Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim v Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (No Saman Pemula WA-24-65-04/2025) berkaitan isu keabsahan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Bersih sebelum ini, menerusi peguam Ramkarpal Singh dan Kuhan Manokaran, telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk dibenarkan memainkan peranan sebagai pihak amicus curiae (peguam pemerhati dengan kebenaran berhujah).
Hakim Mahkamah Tinggi Amarjeet Singh telah memberi kebenaran kepada Bersih untuk berperanan sebagai pihak amicus curiae.
Bersih ingin merakamkan penghargaan kepada pihak mahkamah atas keizinan yang diberikan.
Menerusi ruang ini, Bersih akan membawa suara rakyat untuk menambahbaik sistem kebebasan kehakiman selari dengan doktrin pengasingan kuasa.
Pada tahun 2021, Bersih telah mengeluarkan suatu laporan kajian, bertajuk Safeguarding Judicial Independence: Appointment, Promotion and Removal of Judges in Malaysia yang menggariskan cadangan-cadangan penting untuk reformasi pelantikan kehakiman yang bebas dan adil.
Bersih percaya kes ini amat penting dan sebarang keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi dalam kes ini adalah bersangkutan dengan perkara kepentingan awam yang menjadi landasan kepada objektif Bersih. – Bersih
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme