Kerajaan, SPR, SPRM perlu mempertahankan prinsip kerajaan sementara

1
1 view

Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap penyalahgunaan dana kerajaan untuk pilihan raya, yang semakin berleluasa di seluruh negara sejak pembubaran Parlimen serta dewan undangan negeri.

Bersih 2.0 juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan sementara di peringkat persekutuan dan negeri yang telah melanggar prinsip kerajaan sementara. Bersih 2.0 telah memerhati dan merekodkan pemberian yang tidak wajar oleh ahli-ahli politik menggunakan dana daripada setiap kerajaan negeri dan persekutuan:

Beberapa contoh pemberian tidak wajar yang agak ketara termasuklah:

Date Government involved Incident
8 April 2018 Kelantan state government Kelantan Menteri Besar Ahmad Yakob held a function in Kuantan, Pahang, organised by the Kelantan state government, where he handed out TVs, fans, hampers and other goodies. At the event, he campaigned for Pas.
10 April 2018 Terengganu state government Terengganu Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman gave RM100,000 to Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), a yearly contribution of RM50,000 to Persatuan Kebajikan Polis (Perkep), RM400 for every police family and RM200 for every single officer.
10 April 2018 Negeri Sembilan state government Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan handed out monetary aid to NGOs and needy individuals. The aid, bearing the state government logo, was handed out by the Menteri Besar’s office in Wisma Negeri, Negeri Sembilan state government building.
11 April 2018 Penang state government The Penang State Government gave an additional RM17.5m to Islamic education institutions in the state. The event was held in Permatang Pauh and present at the handover of the funds were Nurul Izzah, Wan Azizah and Mat Sabu. Lim Guan Eng used the handover to dispel allegations he is “anti-Islam”.
12 April 2018 Federal government Prime Minister Najib Tun Razak used an event organised by Spad to announce that 67,000 taxi drivers nationwide would receive the 1Malaysia Taxi Assistance Card (Kad Bantuan Teksi 1Malaysia), worth RM800 each. At the event he said, “I will not forget about taxi drivers, you are a group that is close to the government’s heart…Ladies and gentlemen, if all of you help me, I will definitely help you.”
14 April 2018 Selangor state government The Selangor state government organised functions in Menteri Besar Azmin Ali’s constituencies of Bukit Antarabangsa and Gombak. He handed out cheques, laptops and tablets. When giving the handouts, he said, “This is a compassionate state…Amin, amin, amin, don’t forget to vote.”
14 April 2018 Sabah state government At an event organised by the Public Services Commission, Minister and MP for Tuaran Hajiji Noor gave out RM1,000 to a total of 66 local youth associations and said Barisan Nasional would defend the youth in Tuaran.
15 April 2018 Melaka state government Melaka Chief Minister Idris Haron officiated at the ground -breaking ceremony of the Prima project in Alor Gajah.

Pemberian-pemberian ini diberikan dalam bentuk bantuan kerajaan oleh wakil rakyat sedia ada dan melanggar prinsip kerajaan sementara.

Bersih 2.0 sekali lagi menegaskan bahawa garis panduan kerajaan sementara melarang penggabungan lawatan rasmi dengan kempen pilihan raya. Wakil rakyat sedia ada tidak boleh menggunakan jentera, aset, kenderaan atau kakitangan kerajaan semasa kerja-kerja pilihan raya mereka.

Tambahan pula, kerajaan sementara tidak boleh menggunakan wang daripada gabungan dana persekutuan atau negeri bagi tujuan penganjuran perhimpunan atau mesyuarat politik. Program penting atau bantuan kerajaan yang perlu diteruskan seharusnya dilaksanakan oleh badan perkhidmatan awam dan bukan menteri ataupun ahli exco.

Garis panduan ini adalah berdasarkan pengamalan dan kebiasaan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa untuk sesebuah kerajaan sementara dan telah dihantar oleh Bersih 2.0 kepada semua parti politik pada tahun 2017 sebagai sebahagian daripada memorandum reformasi pilihan raya.

Bersih 2.0 akan menghantar semula garis panduan kerajaan sementara ini (dilampirkan di akhir kenyataan) kepada kesemua kerajaan persekutuan dan negeri, dan menuntut kerajaan-kerajaan seluruhnya agar berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut.

Tidak mencukupi jika hanya menggunakan istilah ‘kerajaan sementara’ dan memulangkan kenderaan rasmi, tetapi pada masa yang sama menolak untuk mematuhi dan memaknakan mana-mana pengamalan dalam prinsip kerajaan sementara.

Sehingga kini, walaupun pemberian tidak wajar semakin berleluasa, SPR dan SPRM bersama-sama dengan pasukan petugas yang telah dihebahkan, memilih untuk terus berdiam diri.

Sekiranya pengerusi SPR Hashim Abdullah percaya bahawa pemberian-pemberian ini tidak memberi impak kepada keadilan dalam pilihan raya, beliau harus menyatakan kepada umum dan memberikan ruang kepada rakyat untuk menilai sebab-sebabnya. SPRM juga seharusnya bersuara dan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan dana dan aset kerajaan.

Tambahan lagi, kedua-dua badan tersebut perlu mengeluarkan garis panduan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan pengamalan korupsi semasa pilihan raya. Kegagalan melakukan perkara ini akan memperlihatkan bahawa SPR dan SPRM terlibat dalam ‘lelongan’ pilihan raya melalui jual beli undi.

Masyarakat Malaysia terutama yang menerima pemberian-pemberian tersebut seharusnya mempersoalkan mengapa pemberian tersebut diberikan sekarang dan adakah ianya menggunakan dana kerajaan. Juga perlu disuarakan persoalan mengapa bantuan-bantuan seperti BR1M, bantuan pemandu teksi dan dana untuk sekolah-sekolah agama yang sepatutnya boleh dilakukan lebih awal sebelum ini, tetapi ditangguhkan bagi tujuan kempen pilihan raya.

‘Buah tangan’ tersebut bukanlah indikator sebuah kerajaan yang ‘prihatin’, tetapi sebaliknya menunjukkan kesanggupan untuk memanipulasi dan menyalahgunakan perkhidmatan awam dan dana kerajaan untuk keuntungan peribadi dan politik yang sementara.

Bersih 2.0 juga menyeru para pengundi untuk mengambil tindakan. Semua rakyat Malaysia mesti keluar mengundi dan tidak mengundi calon yang menggunakan dana kerajaan secara korup sebagai cara untuk memenangi pilihan raya.

Undilah berdasarkan kualiti manifesto dan rekod gerak kerja ahli politik berbanding kekayaannya. Siapa pun yang memenangi pilihan raya akan mempunyai akses dana yang sama, oleh itu undilah mereka yang akan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan rakyat.

Laporan berkenaan kesalahan dalam pilihan raya boleh dibuat kepada Bersih 2.0 di aduan.pemantau.org, 011-17721546 (Whatsapp) atau 03-79314444 (Hotline).

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Guidelines for a caretaker government

Prepared by Bersih 2.0 for the 2018 general election

The aim of these guidelines, that accord with accepted international conventions, is to ensure that, during the caretaker period, the federal and state governments conduct themselves appropriately so that, although the ongoing business of government service and administration continues, major decisions and actions must be avoided so that they do not bind an incoming government.

These guidelines serve as broad guidelines. They may be supplemented by documents that contain more specific information that may be found at the Australian Capital Territory 2012 General Election on Guidance on Caretaker Conventions and London Cabinet office on General Election Guidance 2010.

The following guidelines will apply to a caretaker government:

(1)  From the time of the dissolution of Parliament or state assembly until the time the incoming government takes office, the federal government and state government shall be a caretaker government and elected officials shall not:

(a) make major policy decisions that are likely to commit an incoming government;
(b) make significant appointments;
(c) enter major contracts or undertakings;
(d) announce any new financial grants in any form whatsoever or promises thereof;
(e) lay foundation stones, etc of projects or schemes of any kind; or
(f) make any new announcements of construction of infrastructure or the carrying out of public projects.

(2) Any official public functions involving the launching of government programmes or initiatives or the distribution of government funds that are pre-planned before dissolution of Parliament or state assembly should not be conducted or attended by elected officials and instead should be the work of the apolitical civil service on behalf of the caretaker government.

(3) The caretaker government whether at the federal or state level shall not use and shall ensure that no cause is given for any complaint that it has used, its official position for the purposes of its election campaign and in particular:

(a) members of the federal government or members of a state executive council shall not combine their official visits with electioneering work and shall not make use of governmental or official machinery, resources, transport or personnel during their electioneering work;
(b) federal or state government machinery, resources, transport and personnel shall not be used in furtherance of the interests of the caretaker government and, in particular, no ministry, department, agency or other instrumentality of government or of a government-linked corporation shall be directed or permitted to hold functions or activities in conjunction with any electioneering work or campaigning activity;
(c) public places and facilities shall not be monopolised by the caretaker government and other parties and candidates shall be allowed the use of such places and facilities on at least the same frequency and on the same terms and conditions by which they are used by the party in power;
(d) the caretaker government shall not, and shall ensure that public servants and authorities under their purview and control do not, use money from the federal or state consolidated funds to issue political advertisements in the newspapers and other media;
(e) the caretaker government shall ensure free and fair access to free-to-air radio, television and other broadcast media;
(f) the caretaker government shall not, and shall ensure that public servants and authorities under their purview and control do not, use money from the federal or state consolidated funds for the purposes of holding or organising political rallies or meetings;
(g) whilst it is the right of public sector employees to participate in the political process they must do so in their private capacity, avoiding any conflict of interest and without displaying their political affiliations while at work;
(h) members of the federal government or members of the state executive council shall not enter any polling station or place of counting except in their capacity as a candidate or voter or authorised agent; and
(i) the caretaker government shall ensure and is responsible for the security of all citizens equally, and shall ensure that all police and enforcement officers shall act without fear or favour in providing such security.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Mohammad Azmi Abdul Rahim
2 May 2018 10.36pm

Kerajaan BN mana ada prinsip, tiap kali sebelum Pru jadi Father Christmas