Kerajaan PH perlu utamakan reformasi institusi, kembalikan kestabilan politik (Malay/English)

1
128 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji mereka kepada rakyat dan segera mengutamakan janji manifesto untuk mereformasikan institusi utama negara agar untuk menjadi benar-benar bebas serta berfungsi sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan yang mungkin menjadi kleptokratik dan menyalahgunakan kuasa pada masa akan datang.

Telah hampir 19 bulan sejak PH mengambil kerajaan dan kita masih belum melihat mereka memenuhi janji Teras 2 manifesto untuk mereformasi institusi dan struktur politik negara ini. Daripada memenuhi hasrat rakyat dalam era Malaysia Baharu, kita disajikan dengan politik kotor, pergelutan kuasa, intrik politik serta retorik agama dan kaum yang boleh menyahstabilkan negara serta menyebabkan pudarnya harapan pengundi yang mengundi untuk perubahan.

Bersih 2.0 sedia maklum bahawa kerajaan PH telah membawa era baharu untuk kebebasan, kedaulatan undang-undang, libat urus dan akses awam semenjak mengambil pejabat. Media menjadi lebih bebas dan ada lebih toleransi terhadap suara yang kritikal daripada kerajaan dan gerakan sivil.

Sejauh pemerhatian kami, institusi seperti judisiari, Suruhanjaya Pengcegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya berfungsi dengan lebih bebas daripada campurtangan eksekutif.

Dengan penubuhan 10 jawatankuasa khas parlimen, Parlimen sedang mengalami reformasi dalaman yang memperkasakannya untuk berkhidmat sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada eksekutif.

Melalui pembentukan jawatankuasa khas seperti Majlis Penasihat Kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dan Jawatankuasa Pembaharuan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, kerajaan PH sedang mendepa tangan kepada maklum balas dan libat urus orang ramai untuk sektor yang memerlukan reformasi. 

Walaupun kebebasan baru ini, pengasingan kuasa dan keterbukaan sangat dialu-alukan, namun ianya masih tidak cukup melainkan pindaan undang-undang dibuat dan reformasi ini diinstitusikan. Undang-undang baharu juga diperlukan untuk mengukuhkan institusi dan pentadbiran negara, serta sesetengah undang-undang perlu dimansuhkan.

Namun reformasi struktur ini tidak akan berjaya sekiranya kestabilan politik tidak dikembalikan oleh kerajaan PH yang mencadangkan dan menjanjikan agenda reformasi kepada negara. Sebarang konfigurasi semula oleh parti pemerintah akan mencairkan agenda reformasi atau langsung membatalkannya dan perkara ini perlu ditolak. Orang ramai mengundi untuk kerajaan baharu dan perubahan berdasarkan janji dalam manifesto PH, dan sebarang usaha untuk melarikan diri daripada reformasi akan mengkhianati kehendak rakyat. 

Berdasarkan penerangan di atas, Bersih 2.0 ingin mencadangkan tindakan berikut kepada kerajaan PH untuk dilaksanakan pada tahun 2020. Memenuhi janji reformasi institusi

Memenuhi janji reformasi institusi

Daripada 19 janji di bawah Teras 2 manifesto PH untuk reformasi institusi dan politik, kebanyakannya tidak dipenuhi dan paling baik pun hanya dipenuhi secara minima. Janji utama yang kritikal untuk pengasingan kuasa adalah had penggal dan kuasa perdana menteri (Janji 12), reformasi SPRM (Janji 14), pengasingan peguam negara dan pendakwa raya (Janji 15), mengembalikan kewibawaan Parlimen (Janji 16), reformasi sistem pilihan raya (Janji 17), menggubal undang-undang pendanaan politik (Janji 18), mengembalikan keyakinan awan terhadap institusi kehakiman dan judisial (Janji 19), membebaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada naungan politik (Janji 22), mengembalikan semangat federalisme (Janji 24), mengukuhkan demokrasi tempatan (Janji 25) dan memansuhkan undang-undang menindas (Janji 27).

Banyak daripada reformasi ini dapat dicapai tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua-pertiga, dan di mana pindaan perlembagaan diperlukan, pihak pembangkang juga perlu diyakinkan untuk menyokongnya kerana sebarang reformasi yang boleh menyeimbangkan kuasa kerajaan adalah untuk kepentingan mereka juga.

READ MORE:  Mahathir’s sham Sabahan-for-PM proposal

Reformasi institusi ini tidak memerlukan sumber kewangan bagi memenuhinya dan di mana sumber yang diperlukan untuk kebebasan institusi, wang ini akan disalurkan bagi memastikan tiada kerajaan dapat merompak kekayaan negara. 

Memanjangkan tempoh sidang Parlimen

Supaya tempoh Parlimen cukup untuk menjalankan pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang baru yang diperlukan, Bersih 2.0 mencadangkan Dewan Rakyat untuk bersidang minimum 100 hari dalam setahun, dan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun pertama kerajaan PH untuk melaksanakan reformasi perundangan. Ini adalah jelas dalam Janji 16 manifesto, namun Parlimen masih bersidang hanya 68 hari pada tahun 2019.

Tetapkan prose dan tarikh peralihan perdana menteri

2019 kita telah menyaksikan kebangkitan politik kotor dengan penularan video seks yang dikatakan pelakunya adalah Menteri Ekonomi Azmin Ali dan seorang lagi pasangannya. Ianya adalah rahsia terbuka bahawa adanya pergelutan kuasa untuk siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri Mahathir, 94, apabila beliau turun daripada jawatannya atau kekal sehingga ke akhirnya. 

Bersih 2.0 sekali lagi menekankan seruan kami pada April 2019 untuk mengembalikan kestabilan politik agar reformasi dapat terus berada di landasan dan tidak dilencong oleh politik yang berlebihan. Kami berpandangan bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, bukannya tugas PM untuk menentukan pewaris jawatannya atau menentukan tarikh peralihan tetapi ianya tugas parti-parti dalam gabungan parti kerajaan untuk membuat keputusan.

Oleh itu, majlis presiden PH perlu mengembalikan kestabilan politik dengan mengumumkan pelan peralihan kuasa yang jelas dengan tarikh yang tetap. Mereka juga perlu menegaskan kembali komitmen untuk memenuhi janji manifesto PH dan agenda reformasi dengan menjelaskan garis masa untuk memenuhinya dalam tempoh sepenggal pemerintahan PH. 

Kesan tidak mempuntai pelan peralihan yang jelas dan mengunjurkan komitmen kepada agenda reformasi adalah buruk. Pergelutan kuasa politik, teori-teori konspirasi, berita dan khabar angin palsu sedang membentuk iklim ketidakstabilan dan ketidaktentuan, dan ino menghakis keyakinan terhadap kerajaan memerintah. Pelabur asing dan pelabur tempatan serta penjawat awam sedang mengambil pendirian tunggu dan lihat, menjangkakan PH akan menjadi kerajaan sepenggal sekaligus menyekat sokongan dan kerjasama mereka. 

Bersih 2.0 ingin mengingatkan kerajaan PH bahawa masa kian suntuk untuk mereka mengotakan janji mereka, dan sekiranya mereka tidak mengutamakan reformasi institusi pada 2020, mereka akan terlepas peluang keemasan untuk membaiki kerosakan institusi utama negara dan meninggalkan Malaysia terdedah kepada kerajaan kleptokrat yang lain. 

Satukan tenaga, Malaysia baru!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

PH government must prioritise institutional reform, restore political stability

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on Pakatan Harapan (PH) to go beyond promising hope to the people and start prioritising their election promise to reform our key institutions so that they can be truly independent and function as effective checks and balances on any future kleptocratic and abusive governments.

It has been more than 19 months since PH took over the government and we have seen little substantive fulfilment of their manifesto’s Pillar 2 promise to reform the institutions and political structures of this country. Instead of fulfilling the people’s expectation of a Malaysia Baru, we are fed with gutter politics, power struggles, political intrigues and racial and religious rhetoric that are destabilising our country and causing a dissipation of hope among voters who voted for change.

READ MORE:  Democracy must not fall victim to Covid-19 

Bersih 2.0 acknowledges that the PH government has ushered in a new era of freedom, rule of law, public engagement and accessibility since taking office. The media are freer and there is a greater tolerance of dissenting voices from the opposition and civil society. As far as can be observed, institutions like the judiciary, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the Electoral Commission are functioning with more independence and less executive interference.

With the setting up of 10 parliamentary select committees, Parliament is undergoing internal reforms that are empowering it to serve as effective checks and balances on the executive. Through the formation of special committees like the Council of Eminent Persons, the Institutional Reforms Committee and the Electoral Reform Committee, the PH government has reached out to the public for feedback and consultation on areas that need reform.

While these new freedoms, separation of powers and openness are most welcomed, they do not go far enough unless amendments to laws are made and the reforms institutionalised. New laws are also needed to strengthen the institutions and governance of this country, and some laws have to be repealed.

But these structural reforms would not materialise if political stability is not restored to the PH government, which has proposed and promised the reform agenda for the nation. Any reconfiguration of the ruling coalition would either dilute the reform agenda or totally nullify it and as such must be totally rejected.

The people voted for a new government and for change based on what was promised in the PH manifesto; any attempt to scuttle the reforms would be a betrayal of the people’s will.

In view of the above, Bersih 2.0 would like to propose the following urgent actions for the PH government to carry out in 2020.

Fulfil all institutional reform promises

Out of 19 promises on institutional and political reforms under Pillar 2 of the PH manifesto, most are unfulfilled or at best minimally fulfilled.

Key among them that are critical to reinforce the doctrine of separation of powers are limits to the term and power of the prime minister (Promise 12), reform of the MACC (Promise 14), separating the office of the attorney general and public prosecutor (Promise 15), the restoration of the dignity of Parliament (16), reform of the electoral system (17), the enactment of a political financing law (18), restoration of public trust in judicial and legal institutions (19), the freeing of government-linked companies from political patronage (22), the revival of the true spirit of federalism (24), the strengthening of local democracy (25) and the abolition of oppressive laws (27).

READ MORE:  What will come of Anwar’s audience with the Agong?

Many of these reforms can be achieved without amendments to the Federal Constitution, which require a two-thirds parliamentary majority. And where constitutional amendments are required, the Opposition should be persuaded to support them as any reform that can counterbalance a government’s power would be in their interest as well.

Such institutional reforms do not require financial resources to fulfil, and where resources are needed to ensure the independence of institutions, this would be money well allocated to ensure that no government can commit grand larceny of the nation’s wealth.

Extend the number of days for parliamentary sittings

To have enough parliamentary sitting days to carry out all the needed amendments, repeals and enactments of new laws, Bersih 2.0 proposes that Parliament should sit for a minimum of 100 days per year, at least for the first three years of the PH government until all needed legislative reforms are carried out. This was clearly promised in Promise 16 of the manifesto, and yet Parliament only sat for 68 days in 2019.

Set a clear date and process for prime ministerial transition

In 2019 we saw a resurgence of gutter politics of the vilest nature with the release of a sex video allegedly featuring Economic Affairs Minister Azmin Ali and another male partner. It is now an open secret that there is a power struggle over who will replace the 94-year-old PM, Dr Mahathir Mohamad, when he steps down or demises in office.

Bersih 2.0 once again reiterates our earlier call to PH in April 2019 to restore political stability so that the reform agenda can stay on course and not be sidetracked by excessive politicking. We opine that in our Westminster system of parliamentary democracy, it is not for the incumbent PM to choose his successor or even set the date for transition but for the parties in the coalition government to make the decision.

As such, it is the PH presidential council who should restore political stability by announcing a clear transition plan with a set date. They should also reaffirm their commitment to fulfilling the PH manifesto’s promises and the reform agenda by stating clearly a timeline for their fulfilment within PH’s first term in office.

The consequences of not having a clear transition plan in place and projecting a commitment to the reform agenda is far-reaching. Political power struggles, conspiracy theories, rumours and fake news are creating a climate of uncertainty and instability, eroding confidence in the government of the day. Both local and foreign investors and civil servants would be taking a wait-and-see attitude, expecting that PH would be a one-term government, thus withholding their support and cooperation.

Bersih 2.0 wishes to remind the PH government that time is running out fast for them to deliver on their promises. If they do not prioritise institutional reforms in 2020, they would have missed a golden opportunity to repair the damaged institutions of this country and leave Malaysia vulnerable to another kleptocratic government.

Satukan tenaga, Malaysia Baru!

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Ravi Nair
Ravi Nair
16 Jan 2020 6.09pm

It’s our Past & Present Politicians who dont want stability.
The SOP is to Pinch the child & rock the cradle.

The Government must arrest and put behind bars immediately anyone in Malaysia who Instigates, Preach, Circulate Racial Hatred or Fanaticism. These poisonous snakes must be treated like Terrorist. They should be handed over to the Military Court for express sentencings.

Is the Government willing to take such action for Unity / Reformation??????????