Kerajaan perlu iktiraf suara pengundi muda sekarang, jangan berdolak-dalik lagi (Malay/English)

Youth are the torchbearers of the future - FILE PHOTO

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mempersoalkan komitmen kerajaan Perikatan Nasional untuk membolehkan anak muda yang berumur 18 tahun dan ke atas menjadi pemilih bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Sekiranya PN jujur mengiktiraf suara dan peranan anak muda sebagai tonggak negara, mereka perlu segera mewartakan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 (RUU Undi 18) ini bagi membolehkan rakyat yang sudah mencapai umur 18 untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Bersih 2.0 mempersoalkan perkara ini berdasarkan kenyataan yang dikatakan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal, bahawa rakyat Malaysia yang berumur 18 belum bersedia untuk mengundi dalam pilihan raya dan perlu penginstitusian pendidikan politik terlebih dahulu.

Kenyataan yang bernada serupa juga telah dikeluarkan lebih awal oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, yang mengatakan bahawa mereka yang berusia 18 tahun tidak bersedia kerana belum melalui warna-warni kehidupan justeru tidak perlu diberikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.

Bersih 2.0 ingin mengingatkan bahawa kematangan dalam memilih dan kesedaran politik tidak seharusnya dihadkan kepada mereka yang berumur 18 sahaja kerana umur semata tidak menentukan tahap kematangan seseorang. Mereka yang lebih berusia serta yang dikatakan ‘lebih makan garam’ juga tidak semestinya memahami sistem politik dan peranan institusi-institusi negara.

Suara generasi muda perlu dihormati dan diambilkira dalam pilihan raya. Mereka yang akan mewarisi negara ini dan suara mereka terhadap isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara yang akan mempengaruhi mereka pada masa depan tidak seharusnya dinafikan lagi.

Walaupun kami bersetuju bahawa perlu ada pendidikan sivik dan politik untuk mendedahkan anak muda kepada demokrasi dan pilihan raya, namun perkara ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghentikan usaha melibatkan rakyat yang berumur 18 tahun daripada menjadi pemilih dalam pilihan raya. Usaha mendidik dan melibatkan rakyat untuk menentukan hala tuju negara perlu berjalan seiring serta berterusan.

READ MORE:  Did Mahathir resign - or the cabinet resign?

Tambahan pula pindaan perlembagaan ini telah disokong oleh 211/222 ahli parlimen di Dewan Rakyat. Melambat-lambatkan proses pewartaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini bererti menafikan kehendak Dewan Rakyat.

Kenyataan yang berbolak-balik oleh ahli politik yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti Wan Fayhsal dan Rais Yatim hanya menunjukkan bahawa kerajaan PN tidak mengambil serius keputusan Dewan Rakyat yang mahukan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dibenarkan untuk menjadi pengundi.

Bersih 2.0 sekali lagi menggesa kerajaan PN untuk segera mewartakan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk membolehkan rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur 18 tahun mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun pendaftaran automatik belum dilaksanakan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Government needs to recognise youth voters now, no more flip-flops

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) questions the commitment of the Perikatan Nasional government to enable Malaysian youths aged 18 years old and above to register as voters for the next elections.

If PN honestly recognises the voices and roles of young people as pillars of this country, they should immediately gazette the Constitution (Amendment) Bill 2019, otherwise known as the Undi 18 Bill, to enable citizens who have reached 18 to register as voters.

Bersih 2.0 questions the government based on a statement allegedly from the, Deputy Youth and Sports Minister, Senator Wan Ahmad Fayhsal, where he said that 18-year-old Malaysians are not yet ready to vote in elections and need an institutionalised political education first.

A statement in a similar vein was also issued earlier by the Senate Speaker,  Rais Yatim, who said that 18-year-olds are not ready because they have not faced the reality of life and therefore should not shoulder the responsibility to determine the direction of the country.

READ MORE:  Is Undi 18 ‘impractical’?

Bersih 2.0 would like to remind them that maturity in voting and political awareness should not be limited to those who are 21 and above because age alone does not determine a person’s maturity level. Those who are older and said to be ‘wiser’ do not necessarily have more understanding of our political system and the role of state institutions.

The voice of the youth should be respected and taken into account. They are the inheritors of this nation, and their voice on issues and challenges that this nation faces should not be denied, as this will affect them in the future.

We agree that civil and political education to expose youth to democratic and electoral issues is a good idea, but this should not be used as an excuse to stop the efforts to involve the youth as voters in elections. Efforts to educate and involve the people in determining the direction of our country must go hand in hand continually.

Moreover, the constitutional amendment was previously supported by 211/222 MPs in the Dewan Rakyat. Delaying the process of gazetting the Undi 18 Bill is denying the will of the Dewan Rakyat.

Flip-flop statements by politicians such as Wan Fayhsal and Rais Yatim who hold key positions in government show that the PN government does not take the decision of the Dewan Rakyat seriously.

Bersih 2.0 once again urges the PN government to immediately gazette the Constitution (Amendment) Bill 2019 to enable Malaysians who have reached 18 to register as voters even though automatic registration has not yet beenimplemented.

READ MORE:  Youth power – leading protests but excluded from decision-making

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.