Kemurahan hati rakyat Malaysia bantu capai sasaran kutipan RM460,000 untuk golongan yang memerlukan (Malay/English)

0
71 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan rakan kerjasama kami Engage kagum dengan kemurahan hati semua kelompok rakyat Malaysia ketika tempoh getir kesihatan dan ekonomi ini.

Minggu lepas kami telah meletakkan sasaran baharu untuk menambah kutipan RM100,000 untuk menjadikan jumlah kutipan #MakanKongsi kepada RM460,000.

Sehingga 22 April, 1,525 orang telah memberi sumbangan sebanyak RM461,735 kepada #MakanKongsi dan kami telah mengeluarkan 63 geran kecil berjumlah RM359,831 kepada 35 rakan kerjasama kami yang sangat berdedikasi yang bekerja setiap hari sejak permulaan perintah kawalan pergerakan bagi memastikan kelompok rentan ini tidak akan berlapar.

#MakanKongsi tidak mengagihkan makanan, kewangan dan makanan asas secara terus kepada 10,000 penerima manfaat yang kami telah temui setakat ini.

Kami bergantung sepenuhnya kepada usaha keras rakan kerjasama kami yang bergerak kerja dalam kalangan golongan yang memerlukan di seluruh negara. Kebanyakannya adalah NGO yang mempunyai rekod prestasi yang mantap, namun ada juga dari kalangan individu yang tercetus untuk membantu oleh nurani mereka yang belas terhadap kesusahan orang lain.

Ramai di antara mereka telah mengorbankan masa dan wang sendiri untuk membeli bahan makanan asas kepada orang yang tidak dikenali tanpa mengira status warganegara, etnik mahupun kepercayaan.

#MakanKongsi wujud untuk membantu mereka dalam tindakan yang tanpa pentingkan diri, agar mereka tidak perlu membebankan diri dengan kewangan dan keperluan untuk mencari dana dengan sendiri.

Kami telah menetapkan proses permohonan yang jelas dan berakauntabiliti untuk rakan kerjasama mendapatkan peruntukan daripada dana yang disumbangkan oleh orang ramai.

Mereka boleh memohon kepada kami secara atas talian, dan sekiranya mereka memenuhi kriteria kami yang ketat untuk bagaimana mereka akan menggunakan dana tersebut dan sekiranya mereka telah melakukan siasatan wajar bagi memastikan penerima manfaat yang dimaksudkan adalah benar-benar memerlukan, jawatankuasa pengesahan kami akan meluluskan dan memindahkan dana kepada mereka dalam 24 jam, kadangkala pada hari yang sama.

Rakan kerjasama kami perlu menghantar laporan ringkas dengan bukti bergambar penerima menerima bantuan tersebut.

READ MORE:  Movement control order: Don't apply double standards

#MakanKongsi akan terus mempertingkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti kami kepada para penyumbang, dan bagi tujuan tersebut kami menyediakan pautan ini kepada orang ramai yang ingin melihat senarai rakan kerjasama, peruntukan yang diberikan, jumlah penerima, komuniti, lokaliti, jumlah sumbangan, jumlah diagihkan dan baki dana kami. Anda boleh melihat senarai tersebut di sini.

Dana yang disumbangkan kepada #MakanKongsi telah sampai ke banyak komuniti termasuklah rakyat jalanan, rakyat Malaysia golongan 40% terbawah, Orang Asli/Asal, ibu tunggal, golongan kelainan upaya, transgender, pekerja asing dari Indonesia, Kemboja, Bangladesh, Rohingya dan pelarian dari Sri Lanka, Myanmar dan Pakistan. Kebanyakan daripada mereka ini dalam keadaan kebuluran apabila #MakanKongsi dihubungi bagi mendapatkan bantuan.

Kami juga ingin memberikan penghargaan terhadap dokongan daripada organisasi media seperti Malaysiakini yang menyediakan ruang iklan secara percuma di portal mereka dan The Edge Malaysia yang menyediakan kami iklan separuh halaman dalam penerbitan mingguan mereka. Solidariti daripada mereka bersama dengan golongan rentan ini adalah begitu terpuji.

Kami berharap agar perlawanan menentang Covid-19 akan berjaya dan perintah kawalan pergerakan ini dapat diangkat secepat yang mungkin, namun komuniti rentan ini akan terus memerlukan bantuan dan oleh sebab ini kami akan terus menerima sumbangan bagi mendokong rakan NGO dan individu kami. Setiap nyawa adalah berharga dan setiap ringgit yang disumbang sangat bernilai.

Anda boleh menyumbang melalui rakan pembayaran kami Bold.pay dengan menggunakan kad kredit, debit, perbankan atas talian (online), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, Mc zash, QRPay) dengan mengklik kepada pautan ini.

Atau sumbang secara langsung ke akaun kami:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Nama: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • No. akaun: 512295102931
  • Rujukan: MakanKongsi

Sekiranya anda memerlukan resit, sila e-melkan resit bank anda ke info@bersih.org selepas pemindahan wang anda.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Jawatankuasa eksekutif Engage

English version

Malaysians’ generosity helped us achieved our target of RM460,000 for the needy

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) and our partner Engage are astounded by the generosity of Malaysians of all walks of life in this time of health and economic crisis.

READ MORE:  How do we prevent more Covid-19 outbreaks in prisons?

Last week we set a new target of raising another RM100,000 to bring our total raised since the start of our #MakanKongsi campaign to RM460,000.

As of 22 April, 1,525 people have donated RM461,735 to #MakanKongsi, and we have given out 63 small grants totalling RM372,959 to 35 dedicated partners who have been working daily since the start of the movement control order to ensure that the most vulnerable communities do not go hungry.

#MakanKongsi does not distribute meals, money or essential provisions directly to the over 10,000 beneficiaries we have touched so far.

We rely entirely on the efforts of our partners who work among the needy throughout the country. Many are established NGOs with established track records but there are also individuals who are propelled into action by their compassion. Many of these have sacrificed their time and own money to buy provisions for total strangers regardless of nationality, ethnicity or creed.

#MakanKongsi exists to support them in their selfless acts so that they need not be financially burdened and can be freed from the need to raise funds themselves. We have established a clear application and accountability process for these partners to access the funds donated by the public.

They can apply to us online and if they fulfil our stringent criteria as to how they will use the grant and that they have done due diligence to ensure that their intended beneficiaries are genuinely in need, our approving committee can approve and transfer the funds to them within 24 hours, sometimes on the same day.

Partners are required to submit brief reports with photographic evidence of beneficiaries receiving the aid.

READ MORE:  Let care, compassion, concern for all become the ‘new normal’

#MakanKongsi continually seek to improve the level of our transparency and accountability to our donors, and to this end, we have provided a link for the public to view the list of our partners, grants awarded, number of beneficiaries, communities, localities, amount donated, amount disbursed and the balance in our fund. You can view the list here.

The communities the funds donated to #MakanKongsi have reached include the homeless, Malaysians in the bottom 40% of households, Orang Asli/Asal, single mothers, people with disabilities, transgenders, migrant workers from Indonesia, Cambodia and Bangladesh, and the Rohinya, Sri Lankan, Myanmar and Pakistani refugees. Many of them were in hunger when #MakanKongsi was contacted for assistance.

We also want to acknowledge the support of media organisations like Malaysiakini who provided a free banner advertisement on their portal and the Edge Malaysia for providing us with a half-page advertisement in their award-winning weekly publication. Their solidarity with the vulnerable during this time is most commendable.

We hope that the fight against Covid-19 will be successful and the movement control order can be lifted soon. But until then, the needs of these vulnerable communities remain, and as such we will continue to receive donations to support our NGO and individual partners. Every life matters and every ringgit donated counts.

You may donate through our payment partner Bold.pay by using your credit card, debit card, online banking (FPX), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, MCash, QRPay). Click on this link.

Or bank it in directly to our account at:

  • Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
  • Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
  • Account no. : 512295102931
  • Reference : MakanKongsi

If you require a receipt from us, please email your banking receipt to info@bersih.org after you have transferred your money.

Bersih 2.0 steering committee

Engage executive committee

#KitaJagaKita

#LawanCovid19

#NoOneLeftBehind

#StrongerTogether

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments