Bersih 2.0: Kami bersama SPRM; dedahkanlah kebenaran!

0
We hope that corruption will one day be a thing of the distant past.

Bersih 2.0 mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak letih berjuang untuk menegakkan keadilan dan mencerita kebenaran dalam kes RM2.6bn.

Bersih 2.0 menyokong penuh keputusan SPRM untuk membawa isu RM2.6bn ini kepada Panel Pernilaian Operasi (PPO) untuk penilitian semula.

Bersih 2.0 yakin dan percaya bahawa SPRM telah menjalankan siasatan ini dengan teliti. Kini sudah tiba masanya untuk SPRM mendedahkan kepada umum akan dapatan SPRM mengenai siasatan SPRM terhadap kes ini.

Keseluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan kebenaran ini hanya boleh didedahkan oleh SPRM.

Bersih 2.0 yakin keseluruh rakyat Malaysia juga turut bersama dengan SPRM dengan hal ini. Ini juga akan membantu SPRM untuk mendapat semula kepercayaan umum dari segi ketelusan dan kebenaran.

Langkah yang diambil SPRM wajar menjadi contoh sebuah institusi awam yang bebas dan mendaulatkan integriti serta keadilan. Inilah jalan yang wajar diikuti, ke arah keyakinan dan sokongan orang ramai.

Malah, ini juga akan membantu negara untuk memulihkan indeks rasuah yang makin menjunam.

Peluang sebegini hanya datang sekali. Lakukan sekarang, sebelum terlewat.

Maria Chin Abdullah ialah pengerusi Bersih 2.0.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.