Kalahkan penipuan: Jangan mencuri hak mengundi dengan persempadanan semula yang tidak adil

0
Source: freemalaysiatoday.com

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendukung keperluan untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya dan menegaskan bahawa persempadanan semula harus dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip pilihan raya yang bersih dan adil yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bersih 2.0 telah memantau perkembangan kerja-kerja persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Hasil daripada usaha ini adalah laporan persempadanan semula (syor) yang dijangka diluluskan di Parlimen dengan majoriti mudah pada minggu depan.

Pada hari Rabu akan datang, Bersih 2.0 akan menghantar satu memorandum kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin dan juga Perdana Menteri Najib Razak, untuk mengemukakan sebab utama kenapa parlimen tidak harus menerima syor-syor yang terkandung dalam laporan persempadana semula.

Bersih 2.0 tercengang dengan sikap tidak endah SPR, perdana menteri, yang di-pertua Dewan Rakyat dan mungkin juga semua ahli-ahli kerajaan serta ahli-ahli Parlimen kerajaan kerana sebab-sebab berikut:

Pertama, terdapat kes-kes mahkahmah berkenaan proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR dan masih belum selesai. Salah satu contoh adalah kes yang diambil oleh 107 plaintif yang mewakili lebih daripada 10,000 pengundi. Kami amat terkejut dengan sikap tidak peduli SPR dan juga ahli Parlimen terhadap proses kehakiman.

Kedua, sebelum menyampaikan laporan tersebut kepada perdana menteri, SPR telah gagal mendengar bantahan daripada orang awam yang telah mengemukakan bantahan menurut proses yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketiga, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan tempoh masa dua tahun kepada SPR untuk menyiapkan proses persempadanan semula dan kemudiannya untuk menyerahkannya kepada perdana menteri. SPR telah menyiarkan notis persempadanan semula pada 15 September 2016. Maka, SPR mempunyai masa lebih daripada enam bulan untuk menyiapkan kerja-kerjanya (iaitu 14 September 2018).

SPR telah menunjukkan ketidakjujuran dan sikap tidak menghormati pengundi dan hak-hak mereka dengan menyampaikan laporan tersebut kepada perdana menteri walaupun kes-kes mahkamah masih berjalan. Ini bukanlah kali pertama SPR telah meradak melalui proses-proses demokratik untuk mengesahkan usaha-usaha menyimpang pilihan raya bersih dan adil untuk memberi kelebihan kepada kerajaan yang sedia ada.

Melihat kes-kes mahkamah dan pelanggaran hak-hak pengundi untuk mendengarkan bantahan mereka, perdana menteri dan yang di-pertua Dewan Rakyat harus menarik balik laporan tersebut daripada Parlimen dengan segera. Yang di-pertua Dewan Rakyat tidak harus membenarkan pembentangan dan perbahasan laporan tersebut sehingga segala perbicaraan di mahkamah selesai.

Bersih 2.0 menggesa semua rakyat Malaysia untuk turun bersama kami ke Parlimen untuk memnyampaikan memorandum kepada yang di-pertua Dewan Rakyat. Kita mesti berdiri dan mempertahan hak untuk memilih kerajaan seterusnya. Penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran perlembagaan tidak boleh dibiarkan.

Keluar mengundi, kalahkan pencuri.

Jawatankuasa Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments