Kadar reformasi macam siput: Penilaian tahun pertama ‘kerajaan perpaduan’ (Malay/English)

Anwar and his deputies Zahid and Fadillah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan tahniah kepada “kerajaan perpaduan” atas beberapa reformasi institusi yang dijalankan pada tahun pertamanya dan menggesa lebih banyak lagi seperti yang dijanjikan oleh gabungan dan parti masing-masing dalam kerajaan, khususnya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Kami berpendapat bahawa kerajaan campuran selepas pilihan raya tidak seharusnya menjadi alasan untuk meninggalkan semua janji reformasi yang dibuat dalam manifesto kedua-dua pakatan, terutamanya memandangkan hakikat bahawa a) terdapat empat janji utama yang dikongsi dalam kedua-dua manifesto BN dan PH, menunjukkan ia termasuk dalam persetujuan mereka, yang belum dilaksanakan sepenuhnya; b) perdana menteri sendiri adalah ketua gabungan PH ketika janji-janji ini dibuat kepada pengundi.

Penilaian keseluruhan kami khususnya kepada reformasi institusi dan pilihan raya adalah, walaupun kerajaan perpaduan telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam beberapa bidang seperti pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas parlimen, namun prestasi mereka adalah di bawah jangkaan. Pengundi telah dijanjikan reformasi-reformasi ini dalam manifesto pilihan raya mereka hanya setahun yang lalu, namun kemajuan berada pada kadar yang amat perlahan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti menyegerakan reformasi ini. Bagi empat reformasi bertindih yang dijanjikan oleh kedua-dua BN dan PH, tiada alasan untuk menangguhkan pelaksanaannya dan garis masa yang jelas mesti dinyatakan oleh perdana menteri.

Empat reformasi yang bertindih ialah:

  • pengasingan kuasa untuk pendakwa raya dan peguam negara
  • memperbaharui proses pelantikan pegawai awam yang ditapis oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen
  • memperkenalkan akta pembiayaan politik
  • penurunan kuasa dari persekutuan ke negeri

Kami mengakui dan memuji bahawa tiga ikrar reformasi sedang dijalankan pada masa ini iaitu pemisahan peguam negara dan pendakwa raya, akta perkhidmatan parlimen dan akta perolehan kerajaan, tetapi garis masa yang jelas untuk pelaksanaan masih belum diumumkan oleh perdana menteri.

Kerajaan perpaduan juga sebahagian besarnya membisu dengan beberapa janji yang tidak ditunaikan, termasuk:

  • pengenalan had tempoh 10 tahun untuk perdana menteri dan menteri besar/ketua menteri
  • penggubalan akta penggal tetap parlimen
  • penyelesaian ketidakseimbangan kawasan pilihan raya yang melampau dengan menetapkan had sisihan 30% yang jelas daripada saiz purata negeri
  • meletakkan lantikan utama seperti pesuruhjaya pilihan raya, pendakwa raya, ketua pesuruhjaya pilihan raya Malaysia dan lain-lain untuk disemak oleh jawatankuasa pilihan raya parlimen
  • memperkenalkan undi tidak hadir untuk pengundi di luar kawasan, terutamanya Sabah dan Sarawak yang tinggal di semenanjung, dan sebaliknya.

Dua janji reformasi besar telah dimungkiri oleh kerajaan perpaduan: peruntukan pembangunan kawasan pilihan raya yang saksama tanpa mengira ahli parlimen yang pro-kerajaan atau pembangkang; dan pemansuhan undang-undang drakonian seperti Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

READ MORE:  Anwar Ibrahim: Tenacity and hope amid unease

Menteri dalam negeri malah mempertahankan kewujudan atau penggunaan akta-akta kuno ini, walaupun bertahun-tahun berkempen menentangnya. Mengenai peruntukan pembangunan kawasan pilihan raya, kerajaan madani sepatutnya melakukan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu yang menahan peruntukan pembangunan kawasan pilihan raya daripada ahli parlimen pembangkang dan bebas.

Kami menuntut perdana menteri untuk segera berusaha menunaikan janji reformasi yang masih belum terlunas, dengan garis masa yang jelas dan sumber yang berpatutan:

  • Penggubalan akta perkhidmatan parlimen
  • Penggubalan akta pembiayaan politik
  • Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya
  • Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan penggal perdana menteri selama 10 tahun
  • Penggubalan akta penggal tetap parlimen
  • Pemisahan peranan Peguam negara dan pendakwa raya
  • Pemantauan pelantikan pegawai awam utama yang telus dan melalui parlimen
  • Semakan semula oleh jawatankuasa parlimen bagi Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Sosma
  • Akta parlimen untuk memperuntukkan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli parlimen.
  • Pengiktirafan dan pemerkasaan kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN) dengan elaun, pegawai penyelidik dan akses kepada maklumat
  • Pindaan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan sisihan purata negeri bagi jumlah pemilih tidak lebih daripada 30% untuk menangani ketidakseimbangan kawasan pilihan raya melampau yang wujud
  • Menubuhkan jawatankuasa yang mengandungi Suruhanjaya Pilihan Raya, jawatankuasa pilihan khas parlimen, ahli berkepakaran dan anggota masyarakat sivil untuk mengkaji pelaksanaan undi tidak hadir bagi pengundi luar wilayah (Sabah dan Sarawak) dan pengundi luar

Berdasarkan matriks kami untuk menilai prestasi kerajaan perpaduan dalam reformasi pilihan raya dan institusi, mereka hanya mendapat 11 mata daripada 51 mata atau 21.6% dalam setahun pemerintahan. Sila rujuk Lampiran di hujung laman ini.

Walaupun kerajaan perpaduan masih belum memenuhi jangkaan, Bersih akan terus bertemu dan mendesak kerajaan, Parlimen dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk advokasi reformasi, serta memantau serta membuat semak dan imbang kepada perkembangan yang sedang berlaku.

Kami menyedari bahawa kerajaan perpaduan berkemungkinan mempunyai empat tahun lagi untuk memenuhi janji pilihan raya mereka dan sebarang penggubalan atau pindaan kepada undang-undang memerlukan masa untuk perundingan, perangkaan dan pembentangan. Harapan kami adalah kita dapat melihat lebih banyak reformasi yang akan ditunaikan. – Bersih

English version

Reforms at snail’s pace: First year assessment of ‘unity government’

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) congratulates the “unity government” for some of the institutional reforms carried out in its first year and urges for more, as promised by the respective coalitions and parties in the government, in particular, Pakatan Harapan and Barisan Nasional.

READ MORE:  Anwar's enlarged, enlivened cabinet elevates expectations

We opined that a post-election coalition government should not be an excuse to abandon all reform promises made in the two coalitions’ manifestos, especially given that a) there are four shared major promises in both the BN and PH manifestos, showing they are in agreement, that have not been fully implemented; b) the prime minister himself was the leader of PH coalition at the time these promises were made to voters.

Specifically on electoral and institutional reforms, our overall assessment is that while the unity government has made commendable progress in some areas, such as empowering the parliamentary special select committee, their performance is below expectations. Malaysian voters have been promised these reforms in their election manifestos just one year ago, and progress has been at a snail’s pace.

Prime Minister Anwar Ibrahim must expedite these reforms. For four overlapping reforms promised by both BN and PH, there is no excuse to delay their implementation and a clear timeline must be spelt out by the prime minister.

The four overlapping reforms are:

  • Separate the powers of public prosecutor and attorney general
  • Reform public appointment process vetted by a special parliamentary committee
  • Introduce a political funding act
  • Devolve power from federal to state

We acknowledge and applaud that three reform pledges that are currently in progress:

  • The separation of attorney general and public prosecutor
  • A parliamentary service act
  • A government procurement act

but a clear timeline to implementation has not yet been announced by the prime minister.

The unity government has also been largely silent on several unfulfilled promises, which include:

  • introducing a 10-year term limit for the prime ministers and chief ministers/menteris besar
  • legislating a fixed-term parliament act
  • resolving extreme malapportionment by stipulating a clear 30% deviation limit from the state average size
  • placing key appointments such as election commissioners, the public prosecutor, the Malaysian Anti-Corruption Commission chief and others to be reviewed by a parliamentary select committee
  • introducing absentee ballots for voters outside their constituencies, especially those from Sabah and Sarawak living in the peninsula, and vice versa

Two major reform promises have been broken by the unity government:

  • equitable constituency development funds, irrespective of the MPs being pro-government or opposition
  • repeal of draconian laws such as the Sedition Act 1948 and Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma)
READ MORE:  One year of PM Anwar - Unrealistic expectations or underperformance?

The home minister even defended the existence or deployment of these archaic acts, despite years of campaigning against them.

On constituency development funds, the “Madani” (civil and compassionate) government ought to do better than previous governments that withheld allocations from opposition and independent MPs.

We urge Prime Minister Anwar to make efforts to deliver, with a clear timeline and adequate resources, these outstanding reform pledges:

  • The enactment of a parliamentary services act
  • The enactment of a political financing act
  • The enactment of an amendment to the Election Offences Act
  • A constitutional amendment to effect a 10-year tenure limit for the prime minister
  • The enactment of a fixed-term parliament act
  • The separation of the role of the attorney general and the public prosecutor
  • Transparency and parliamentary oversight in the appointment of key public officers
  • A review by parliamentary committee of the Sedition Act, the Official Secrets Act 1972, the Communications and Multimedia Act 1998, the Printing Presses and Publications Act 1984, the Universities and University Colleges Act 1971 and Sosma
  • A parliamentary act to provide for equitable constituency development funds for all parliamentarians
  • Recognition and empowerment of Perikatan Nasional’s shadow cabinet with allowance, research officers and access to information from various ministries
  • Amendment of the 13th Schedule of the Federal Constitution to limit the deviation from the state average in the number of electors to no more than 30% to address the problem of super malapportionment that exists currently
  • The formation of a taskforce comprising the Election Commission, a parliamentary special select committee, relevant experts and civil society to study the implementation of absentee voting for out-of-region (Sabah and Sarawak) and out-of-state voters

Using our matrix to evaluate the unity government’s performance on electoral and institutional reforms, it scored 11 out of a possible 51 points or 21.6% in its first year. Please refer to the Appendix at the end of this page.

Although the unity government fell short of meeting expectations, Bersih will continue to engage with the government, Parliament and the relevant stakeholders to advocate for the reforms and to monitor and provide checks and balances on the progress.

We are cognisant that the unity government is likely to have another four years to fully fulfil its election promises and that any enactment or amendment to legislation requires time for consultation, drafting and tabling, and it is our hope that we will see the fulfilment of more reforms. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments