Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyelar kenyataan setiausaha politik menteri kewangan merangkap ketua Angkatan Muda Keadilan, Kamil Munim, yang menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menyiasat NGO yang lantang mengkritik kerajaan Madani terutama dalam isu rasuah dan korupsi.
Bersih berpandangan bahawa naratif-naratif yang dibawa oleh Kamil dan juak-juaknya adalah seperti radio buruk yang memainkan lagu lama yang sama seperti kerajaan terdahulu yang menuduh Bersih dan masyarakat sivil yang lain mendapat dana asing untuk mengancam dan menggugat keselamatan negara.
Tuduh Kamil lagi, pertubuhan masyarakat sivil ini cuba membina naratif dan menggerakkan propaganda atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.
Berbanding menjawab dan mengambil tindakan yang lebih progresif, adil dan telus, kerajaan Madani melalui suara-suara seperti Kamil, yang merupakan setiausaha politik perdana menteri, lebih gemar untuk bermain politik dan memusuhi gerakan rakyat daripada menjawab isu yang dibangkitkan oleh gerakan masyarakat sivil seperti Mandiri, Bersih dan gerakan-gerakan yang lain.
Berbanding segera mereformasikan institusi melawan rasuah dan salah guna kuasa seperti SPRM, kerajaan Madani lebih gemar melemparkan tuduhan yang sepele tanpa ada asas yang kuat.
Berbanding melaksanakan akta pendanaan politik untuk menyelia sumber dana dan perbelanjaan parti dan ahli-ahli politik, kerajaan Madani lebih suka membungkam dan menginjak pertubuhan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan yang lantang dan kritikal kepada mereka.
Sehingga sekarang rakyat masih menantikan laporan siasatan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh jemaah menteri untuk menyiasat kes saham Azam Baki. Sehingga sekarang tuntutan rakyat supaya isu “mafia korporat” disiasat melalui satu suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh tokoh yang terkemuka dan dihormati tidak dilayan oleh perdana menteri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Isu-isu melibatkan integriti institusi tidak diberikan perhatian yang sewajarnya berbanding penekanan terhadap satu video di TikTok yang kini sudah pun dipadam daripada platform tersebut.
Jika Kamil dan kerajaan Madani serius tentang kedaulatan dan keselamatan negara, mulakan dulu dengan memperbetulkan kelemahan dalam proses lantikan ketua pesuruhjaya SPRM dan melaksanakan akta pendanaan politik untuk menyelia sumber dana parti dan ahli-ahli politik, yang secara langsung akan dipilih menjadi wakil rakyat dan menteri yang akan mentadbir negara. Kedua-dua reformasi ini masih sirna dan tidak ada hala tuju yang jelas.
Rakyat akan menilai segala tindak tanduk kerajaan, terutama pemimpin-pemimpin kanan parti politik yang dahulunya mendendangkan lagu reformasi dan mewajahkan diri mereka sebagai ahli politik yang progresif, namun kini malu alah untuk melaksanakan sebahagian manifesto mereka.
Masa semakin suntuk untuk kerajaan Madani. Kami menasihatkan agar saudara Kamil, selaku setiausaha politik menteri kewangan dan ketua Angkatan Muda Keadilan, menghabiskan sisa masa beliau untuk membawa kerajaan melakukan reformasi bermakna, seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka. – Bersih
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


