Jangan mengecualikan pengundi diaspora dan luar bandar dari pilihan raya Sarawak nanti (Malay/English)

0
76 views
Digital flyer Absentee Voting campaign 2020

[ENGLISH VERSION BELOW] Pihak kami (lihat bawah) mengambil berat tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Abang Johari Tun Openg, ketua pengarah kesihatan iaitu Dr Noor Hisham Abdullah dan sudah pasti perdana menteri yang mengeluarkan kenyataan menerusi kaca TV pada 31 Oktober 2020 berkenaan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Rakyat Sarawak di bumi kenyalang ini dan sekurang-kurangnya 200,000 lagi anak Sarawak yang tinggal di semenanjung, sama ada bekerja atau belajar, sudahpun menghadapi banyak halangan dan cabaran untuk mengundi apabila musim pilihan raya.

Kini, mereka menghadapi cabaran atau halangan yang lebih besar akibat penularan wabak Covid-19 yang meningkat secara mendadak bermula bulan Oktober lepas sebaik sahaja pilihan raya negeri Sabah dijalankan.

Sekatan perjalanan dan kuarantin bersyarat serta syarat kemasukan ketat yang dikenakan kepada mana-mana individu yang masuk ke Sarawak menjadikan pengundi sukar untuk balik ke Sarawak dan mengundi kelak.

Malah, pengharaman perjalanan diantara daerah dan di antara negeri seperti yang dikatakan oleh ketua pengarah kesihatan bermaksud mereka dari luar bandar yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri sudah pasti tidak akan dapat mengundi.

Tambahan itu, pihak kami juga sedar akan sekumpulan anak-anak Sarawak yang berusia 18 sehingga 21 tahun. Sekiranya pilihan raya negeri Sarawak diadakan sebelum Julai 2021, sudah pasti mereka tidak dapat mengundi.

Untuk makluman, Julai 2021 merupakan tarikh implemantasi Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan. Langkah untuk mengadakan pilihanraya awal sudah pasti menghalang suara anak-anak Sarawak yang berusia dalam lingkungan umur 18 sehingga 21 tahun daripada didengar.

Namun, kerisauan ini tidak akan berlaku sekiranya ketua menteri Sarawak tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri lebih awal dan membiarkan dewan berkhidmat sehingga tamat penggal.

Jadi, pihak kami menuntut kerajaan negeri Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tiga langkah untuk memastikan semua rakyat Sarawak dapat mengundi dan menentukan masa depan Sarawak pada pilihan raya negeri yang akan datang:

Kerajaan negeri Sarawak berkhidmat sehingga habis penggal pada 6 Jun 2021 agar pilihan raya dapat diadakan selewat-lewat pada 5 Ogos 2021

  • Memperluaskan keistimewaan pengundian tidak hadir untuk memastikan semua rakyat Sarawak yang layak, sama ada mereka berada dalam atau luar Sarawak pada hari pengundian
  • Menayangkan debat pemimpin parti dan siaran percuma untuk semua calon pilihan raya sebagai ganti kempen di lapangan
  • Menetapkan pilihan raya negeri Sarawak pada 5 Ogos selepas dewan undangan negeri tamat penggal

Pilihan raya negeri Sarawak pada 5 Ogos selepas dewan undangan negeri tamat penggal

Sekiranya Abang Johari sebagai ketua menteri tidak membubarkan dewan dengan lebih awal, Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat penggal pada 6 Jun 2021. Maka, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dewan. Jadi, SPR boleh mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya 5 Ogos 2021.

Ini adalah selari dengan nasihat ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham untuk mengelakkan pilihan raya lebih awal. Dari tempoh masa dari sekarang hingga 5 Ogos, kita mempunyai tempoh selama sembilan bulan sebelum pilihan raya negeri diadakan. Jadi, kebarangkalian vaksin sudah tersedia adalah tinggi.

Peluasan segala kemudahan pengundian tidak hadir kepada diaspora Sarawak yang bekerja, belajar atau menetap di semenanjung, Sabah, Labuan serta di Singapura, Brunei, Kalimantan dan selatan Thailand

Negara seperti Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat telah memperluaskan kemudahan pengundian tidak hadir menerusi undi pos, undi awal, pengundi jarak jauh. Hal ini demikian kerana untuk melindungi kesihatan rakyat dan hak demokratik mereka.

Jadi, SPR harus dengan segera melaksanakan peraturan-peraturan yang bersesuaian untuk meluaskan akses kepada pengundi tidak hadir. Sama ada menerusi pengundian secara pos, undi awal atau undi jarak jauh. Kemudahan ini seharusnya diberikan kepada mereka yang tidak dapat pulang akibat halangan perjalanan antara negeri atau antara daerah.

Pada Julai 2019, SPR telah mengumumkan pelan tindakan reformasi, dan terdapat enam jawatankuasa polisi sudah dibentuk sebagai sebahagian daripada pelan tersebut. Matlamatnya adalah untuk menjalankan tanggungjawab penambahbaikan proses pilihan raya.

Kami mengenal pasti bahawa jawatankuasa pengundi tidak hadir menjawab seruan untuk memelihara hak mengundi kepada para pengundi Malaysia Timur yang bekerja atau belajar di semenanjung dengan membenarkan mereka mengundi “di luar kawasan” dengan reformasi proses pengundian pengundi tidak hadir dan pengundian pos.

READ MORE:  Sabah's nominated assembly members should resign

Covid-19 sudah pasti menjadi satu peluang dan tanggungjawab jawatankuasa SPR untuk mencepatkan perlaksanaan pelan reformasi mereka ini untuk dijalankan masa pilihan raya negeri Sarawak nanti.

Selain itu, jangka waktu yang cukup diperlukan untuk menerangkan prosedur ini kepada masyarakat terutama kategori pengundi tidak hadir. Kami percaya akan ada diantara mereka yang akan menggunakan kaedah pengundian ini jika ada dan mereka boleh mengundi dengan selamat.

Keabsahan sesebuah kerajaan yang memerintah dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi, dan kami percaya adalah tanggungjawab SPR untuk memastikan akses maksimum pengundi ke atas kemudahan pengundian biasa mahupun pengundi tidak hadir.

Berkenaan dengan tatacara perundangan undi pos, ianya sudahpun wujud. Perkara yang perlu dilakukan oleh SPR adalah untuk meluaskan keistimewaan ini untuk pengundi-pengundi Sarawak yang tinggal atau belajar di mana-mana negeri di Malaysia. Hal ini boleh dilakukan dengan mengwartakan perkara ini.

Peraturan 3(1)(e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan bahawa setiap orang yang telah mendaftar sebagai pemilih di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan merupakan “anggota dari setiap kategori yang ditunjuk sebagai pos pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dari masa ke masa melalui pemberitahuan dalam Warta” akan setelah menerima surat suara pos, berhak memilih sebagai pemilih pos pada pemilihan sesuai dengan peraturan ini.

Begitu juga dengan pindaan yang berkaitan dengan pengundian awal dan apa yang diperlukan adalah perubahan kepada Peraturan 27A Peraturan Penjalanan Pilihan Raya, dan perubahan tersebut tidak perlu dibahaskan di Parlimen.

Kami bagaimanapun bersetuju bahawa lebih banyak sumber dan bajet diperlukan untuk menjalankan penambahbaikan tersebut.

Menayangkan debat pemimpin parti dan siaran percuma untuk semua calon pilihan raya sebagai ganti kempen di lapangan

Larangan berhimpun dan berkempen pintu ke pintu tanpa ada gantian aktiviti kempen akan memaksa pengundi Sarawak membuat pilihan tanpa maklumat yang penuh terutamanya di luar bandar dan pedalaman Sarawak yang paling menerima padah jurang digital di Malaysia kerana akses kepada media digital adalah sangat terhad.

Untuk melindungi hak demokratik dan kesihatan pengundi, SPR mesti menggunakan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan di bawah Perkara 115 untuk bekerjasama dengan RTM dan TV Sarawak (Sarawak state-owned television channel) menyusun siaran langsung debat pemimpin parti secara percuma di radio dan TV untuk semua calon di semua kawasan pilihan raya.

Secara kesimpulannya, pihak kami, iaitu kumpulan badan bukan kerajaan Sarawak, bersama-sama menuntut agar Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh untuk bekerjasama dan menggunakan segala kemampuan untuk memastikan setiap pengundi Sarawak berpeluang untuk mengundi demi masa depan Sarawak ini.

Tahun 2021 akan menjadi tahun ke-58 Sarawak dalam Malaysia. Kami tidak dapat lagi bertolak ansur dengan halangan yang mengecualikan sebahagian undi warga Sarawak.

Warga Sarawak yang terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari kehidupan atau belajar kerana pembangunan tidak serata di Malaysia, tidak harus lagi dipinggirkan atas asas teknikal atau pentadbiran. Juga tidak sewajarnya warga Sarawak berumur 18 sehingga 21 dinafikan undi mereka.

Dengan itu, kami telah melancarkan satu petisyen dalam talian untuk semua warga Sarawak menandatangani dan membuat permintaan dan seruan kepada ketua menteri dan SPR.

Sekiranya anda percaya dan bersetuju agar hak mengundi rakyat Sarawak dijaga, nyata dan boleh dilaksanakan, sila menandatangani dan berkongsikan petisyen atas talian Bersih Sarawak ini.

Agi idup agi ngelaban!

Bersih Sarawak bersama:

1. Sarawak Dayak Iban Association (Sadia)
2. Lawyer Kamek 4 Change (LK4C)
3. Save Rivers
4. Penan Baram Empowerment Networking Association (Pena)
5. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial Kuching
6. Bersih Sibu
7. Ikram Sarawak
8. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)

English version

Don’t exclude diasporic, rural and young voters from Sarawak election

We, the undersigned groups, view with concern the recent statements by Sarawak Chief Minister Abang Johari Tun Openg, health director general Dr Noor Hisham Abdullah and, of course more recently, the prime minister in a public televised address on 31 October 2020 on the matter of the impending Sarawak state election.

Sarawakians in our home state, along with an estimated 200,000 or more of the Sarawak diaspora living, working or studying in the peninsulaa who had already faced many obstacles in going to vote in the past election season, now face a greater threat with the coronavirus pandemic and a resurgent spike in cases in October after the Sabah state election.

READ MORE:  Sabahans, this is the most important election of your lives; your future lies in your hands

Travel and quarantine restrictions and stringent entry requirments into Sarawak make it more difficult or even impossible for ordinary Sarawakian voters to take leave to go home to vote.

The banning of inter-state and inter-district travel, which the health director general alluded to, means even those from rural Sarawak who seek a living in the bigger cities and towns like Kuching, Sibu, Bintulu and Miri will be disenfranchised.

Additionally, we are also concerned for another group of Sarawakians – the young ones aged between 18 and 21 who will be effectively disenfranchised if the state election is conducted before July 2021, this being the anticipated date of implementation of Undi 18 (the lowering of the voting age eligibility threshold to 18) and automatic voter registration.

Calling an early election would be a move that prevent the voices of Sarawakian youth aged between 18 and 21 from being being heard.

But all this need not be so, and all the chief minister has to do is to not dissolve the state assembly earlier than its full term.

We thus call on the Sarawak state government and the Election Commission to undertake these three measures to ensure that all eligible Sarawakians can decide our home state’s future in the coming state election:

  • Ensure that the Sarawak State Assembly serves its full term until 6 June 2021 for the election to be held by 5 August 2021
  • Expand absentee voting facilities to include all eligible Sarawakians, whether they are within or outside Sarawak on polling day
  • Televise party leaders’ debates and provide free airtime for all candidates to replace in-person campaigning

State election on 5 August after state assembly has run its full term

If Abang Johari as Chief Minister does not seek an early dissolution, the Sarawak State Assembly will serve its full term on 6 June 2021. As an election must be called within 60 days after the dissolution of the assebmly, the Election Commission can hold it as late as 5 August 2021.

This would be in line with health director general Dr Noor Hisham’s advice to avoid early elections. From now until 5 August 5, Sarawak has effectively nine months, by which time vaccines are expected to be available.

Immediate extension of absentee voting facilities to include Sarawakian diaspora working, studying or living in the peninsula, Sabah and Labuan as well as Singapore, Brunei, Kalimantan and southern Thailand

Countries from South Korea and New Zealand to United States are expanding absentee voting facilities – postal, early and remote – to protect both citizens’ health and democratic rights.

The Election Commission must therefore quickly put into place the necessary regulations to expand access to absentee voting, — whether by way of postal votes (mail-in ballots), early voting or distant voting — for those who cannot return home because of inter-state and inter-district travel restrictions.

In July 2019, the Election Commission had also announced that six policy committees had been formed as part of their reform action plan to work on various aspects of improving the process of elections.

We note that the committee on absentee voters (jawatankuasa pengundi tidak hadir) took cognisance of these calls to enfranchise East Malaysian voters living or working away from their home state in Peninsular Malaysia by enabling them to vote from ‘out-of-region’ through reforming the absentee voting and postal vote process. The Covid-19 situation or pandemic has made it imperative for the committee and Election Commission to fast-track these reforms so that they can be in time for the Sarawak state election.

There must also be enough time to communicate these procedures to the public especially these categories of voters, who we believe will seize the opportunity to use these facilities if available and to vote safely if an election was to be called.

The legitimacy of a government is affected by the turnout, and we believe it is the responsibility of the Election Commission to ensure voters’ maximum access to normal and absentee polling facilities.

In terms of the legal framework for postal voting, it already exists. All the Election Commission has to do is to extend this method of voting to Sarawakians who live, work or study outside the state in other parts of Malaysia and whose voting addresses are still in their home state.

READ MORE:  Youth - Is #MasaKita the answer?

It is a matter of a simple notification by way of gazette. Regulation 3 (1)(e) of the Elections (Postal Voting) Regulations 2003 provides that any person who has registered as an elector under the Elections (Registration of Electors ) Regulations 2002 and is “a member of any category of persons designated as postal voters by the Election Commission from time to time by notification in the Gazette” shall, on receipt of a postal ballot paper, be entitled to vote as a postal voter at an election in accordance with these regulations.

We believe it is a similar kind of amendment in respect of advance voting. All that is needed is a change to Regulation 27A of the Conduct of Elections Regulations and the changes do not need to be debated in Parliament. We do however agree that more resources and a higher budget will be needed for implementation.

Televised party leaders’ debates and free airtime for candidates to replace in-person campaigning

The banning of rallies and door-to-door canvassing without substitutes would be akin to forcing Sarawakian voters to make uninformed choices, especially in rural Sarawak, which bears the brunt of the digital divide in Malaysia.

To protect both Sarawakian voters’ health and their democratic right, the Election Commission must use its constitutionally enshrined powers under Article 115 of the Federal Constitution to arrange for RTM as well as TV Sarawak (the Sarawak state-owned television channel) to televise party leaders’ debates and provide free airtime on radio and TV for all candidates in all constituencies.

In conclusion, we, as concerned members of Sarawakian civil society, jointly call on Sarawak Chief Minister Abang Johari Tun Openg and Election Commission chairman Abdul Ghani Salleh to collaborate and make a sincere effort to allow all eligible Sarawakians to have a meaningful say in the future of our “fair land”, Sarawak.

Next year, 2021, will be Sarawak’s 58th year in Malaysia. We will no longer tolerate the suppression of Sarawak votes.

Sarawakians who have to leave their home to earn a living or to study because of unequal development in Malaysia must no longer be disenfranchised on administrative or technical grounds. Neither should Sarawakians aged between 18 and 21 be denied their vote.

We have therefore launched an online petition for the Sarawakian public to sign and make these demands to the chief minister and the Election Commission. If you believe and agree with us that every Sarawakian’s right to vote must be real, tangible and accessible, please sign the online petition and share widely.

Agi idup agi ngelaban!

Bersih Sarawak together with:

  1. Sarawak Dayak Iban Association (Sadia)
  2. Lawyer Kamek 4 Change (LK4C)
  3. Save Rivers
  4. Penan Baram Empowerment Networking Association (Pena)
  5. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial Kuching
  6. Sibu Bersih
  7. Sarawak Ikram
  8. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments