Jadikan sejarah penurunan had umur mengundi permulaan Malaysia baharu (BM/ENG)

0
85

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen yang dengan sepenuh hati telah menyokong pindaan Perkara 119(1) dan 119(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan membuka jalan kepada pendaftaran pengundi automatik pada masa yang sama.

Sejarah tercipta semalam apabila buat pertama kali dalam sejarah negara kita kerjasama merentasi parti telah berjaya meminda perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga.

Bersih 2.0 gembira ahli parlimen daripada kedua-dua belah pihak menunjukkan perpaduan yang jarang sekali dibuat terhadap isu yang bakal memberikan kesan pilihan raya yang besar terhadap negara kita.

Kami percaya penyertaan pengundi muda ke dalam proses memilih perwakilan politik akan menggalakkan mereka lebih lantang menyuarakan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan dan juga isu-isu nasional.

Bersih 2.0 juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan khususnya Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman yang membawa pindaan ini secara konsultatif, meraikan permintaan Pembangkang untuk pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan umur calon kepada 18 disertakan bersama.

Ini adalah mesej yang jelas bahawa hari-hari menyondol untuk membuat undang-undang dan dasar telah tamat serta menjadikan libaturus dan membina konsensu sebagai jalan ke depan.

Bersih 2.0 yakin harapan setiap rakyat Malaysia untuk setiap ahli Parlimen akan senantiasa meletakkan kemaslahatan negara di tingkat teratas melebihi kepentingan partisan serta mereka akan sentiasa bekerjasama untuk membentuk dan meminda undang-undang yang akan melindungi hak rakyat dan mengukuhkan institusi awam yang berkhidmat untuk rakyat.

Bersih 2.0 ingin menyorot beberapa isu utama yang memerlukan pindaan perlembagaan dan ini juga termasuk di dalam Buku Harapan, iaitu manifesto kerajaan Pakatan Harapan. Pembangkang harus mendesak kerajaan untuk menjamin reformasi ini. Antaranya adalah:

  • Janji 17 manifesto PH menyatakan bahawa akan memastikan nisbah yang adil dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengumumkan secara telus kepada khalayak umum formula yang akan digunakan untuk menentukan bilangan pengundi serta saiz setiap kawasan pilihan raya. Skala pembahagian tidak sekata kawasan pilihan raya kini akan menjadi lebih teruk dengan penurunan umur mengundi dan pendaftaran pengundi automatic. Justeru, Laporan Persempadanan Sabah yang akan dibahaskan di Parlimen hari ini wajib ditarik balik atau ditolak kerana sekiranya lulus tidak akan ada lagi persempadanan untuk tempoh lapan tahun yang akan datang. Pindaan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan untuk menukar bilangan kerusi kepada negeri di dalam persekutuan untuk mencetuskan persempadanan yang sangat diperlukan bagi membetulkan semula pembahagian tidak sekata antara Persekutuan dan negeri.
  • Walaupun tidak ada dalam janji manifesto PH, ahli Parlimen perlu mempertimbangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang baru atau memperbaiki sistem first-past-the-post agar keputusan pilihan raya kelak lebih mewakili dan inklusif serta menjadi cerminan kejamakan komuniti di Malaysia.
  • Penghadan tempoh menjadi PM kepada dua penggal dan menyingkirkan kuasa PM untuk memanipulasi institusi utama dengan membentuk mekanisme semak dan imbang yang kukuh. Kuasa PM yang boleh melantik jawatan penting secara bersendirian atau mengganggu proses pelantikan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, ketua hakim, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, peguam negara, ketua audit negara dan pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia harus dihadkan dan peranan Parlimen harus diangkat supaya dapat menjadi badan semak dan imbang yang berkesan kepada eksekutif pimpinan Perdana Menteri. Pindaan Perkara 40, 114, 122, 145 dan undang-undang lain akan diperlukan untuk menjadikan peranan Parlimen di dalam proses pelantikan jawatan-jawatan utama.
  • Pisahkan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dengan meminda Perkara 145 dan 183 Perlembagaan Persekutuan serta meminda definisi pendakwa raya dengan Akta Taksiran 1948 dam 1967.
  • Pastikan bilangan senator yang dilantik oleh negeri adalah lebih banyak daripada lantikan kerajaan persekutuan agar kepentingan negeri sentiasa dilindungi dengan meminda Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.
  • Kembalikan Hak Sabah dan Sarawak agar selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 dengan meminda Perkara 2(1) kepada perkataan sebelum 1967 dan undang-undang lain yang akan mengangkat status dua wilayah ini selari dengan konsep federalisme yang dipersetujui dalam Malaysia Agreement 1963.
READ MORE:  Voting at 18 – but students still suppressed on campus

Sekali lagi, 16 Julai 2019 akan menjadi titik penting dalam sejarah negara kita apabila politik dibelakangkan dan kepentingan negara menjadi lebih utama.

Bersih 2.0 mengharapkan kerjasama rentas parti seperti ini akan menjadi norma baru dan undang-undang yang akan dipinda serta dibentuk kelak akan mengukuhkan demokrasi berparlimen serta institusi supaya impian Malaysia baharu kita akan dicapai sepenuhnya

Satukan tenaga, Malaysia baru!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Let historic vote to lower voting age be the beginning of a new Malaysia

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) congratulates the members of Parliament for their whole-hearted support to amend Article 119(1) and 119(4) of the Federal Constitution to lower the eligible voting age to 18 and pave the way for automatic voter registration at the same time.

History was made on 16 July as it was the first time in our country that bipartisan cooperation saw the successful amendment to the Constitution, where a two-thirds majority was required.

Bersih 2.0 is heartened that lawmakers from both sides of the divide demonstrated a rare unity on an issue that has such big electoral implication in our nation. We believe that the inclusion of younger voters into the process of electing political representatives would encourage their participation in issues that affect their daily lives as well as national issues.

Bersih 2.0 also wishes to congratulate the Pakatan Harapan government and in particular Youth and Sports Minister Syed Saddiq Abdul Rahman for pushing through this amendment in a consultative manner, acceding to the request of the Opposition for automatic voter registration and lowering the age of candidates to 18 to be included as well.

READ MORE:  Bersih 2.0 dedah laporan persempadanan Sabah dan akan bayar denda langgar embargo parlimen (BM/ENG)

This surely sends a clear message that the days of bulldozing through laws and policies are over and that consultation and building consensus is the way to go.

Bersih 2.0 believes that it is the hope of every Malaysian that our elected members of Parliament would continue to place the interests of our country above partisan interests and that they would continue to cooperate on legislating and amending laws that would protect the rights of all and strengthen the public institutions that serve us.

Bersih 2.0 wishes to highlight several other key areas that require constitutional amendments that are also part of the Buku Harapan, the manifesto of the Pakatan Harapan government. The Opposition should apply pressure on the government to secure these reforms. These are:

  • The PH manifesto Promise 17 stated that there will be a fair ratio in future delimitation exercises and it would be announced transparently to the public the formula being used to determine the number of voters and the size of each constituency. The scale of malapportionment of constituencies would now be exacerbated through the lowering of voting age and automatic voter registration. Therefore, the Sabah Redelineation Report that is going to be debated in Parliament today should be withdrawn or rejected – as once passed, no delineation would be possible for the next eight years. Amending Article 46 of the Federal Constitution to change the allocation of seats to the states in the federation would trigger a much- needed redelineation exercise to rectify inter-state malapportionment.
  • While it is not a PH manifesto promise, the lawmakers should consider amending the Federal Constitution to allow the implementation of a new electoral system to replace or improve the first-past-the-post system so that electoral outcomes would be more representative and inclusive of Malaysia’s diverse communities.
  • Limiting the term of office of the PM to two terms and removing the prime minister’s ability to manipulate key institutions by creating stronger check and balance mechanisms. The PM’s power to unilaterally make key appointments or interfere in the appointment process of key public institutions such as the Electoral Commission, the Judicial Appointment Commission, the chief justice, the Human Rights Commission of Malaysia, the attorney general, chief justice, auditor general and the Malaysian Anti-Commission Commission chief has to be restricted and the role of Parliament must be elevated so that it can provide effective checks and balances on the executive led by the PM. Amendments to Article 40, 114, 122, 145 and other laws may be required to incorporate the role of Parliament in the process of major appointments.
  • Separating the office of the attorney general and that of the public prosecutor by amending Articles 145 and 183 of the Federal Constitution and amending the definition of public prosecutor in the Interpretation Acts 1948 and 1967.
  • Ensuring that the number of senators appointed by the states is always higher than those appointed by the federal government so that the interests of the states are always protected by amending Article 45 of the Federal Constitution.
  • Restoring Sabah and Sarawak to their rightful status in accordance with Malaysia Agreement 1963 by amending Article 2(1) to its pre-1976 wording and other laws that would elevate the status of the two regions in the concept of federalism as agreed in the Malaysia Agreement 1963.
READ MORE:  Penurunan had umur mengundi ke 18 tahun iktiraf golongan anak muda (BM/ENG)

Once again, 16 July 2019 will go down in our nation’s history as a major milestone when politics took a back seat and national interest came first.

Bersih 2.0 earnestly hopes that such bipartisanship will become a new norm and that laws will be amended and enacted that would strengthen our parliamentary democracy and institutions so that the dream of a new Malaysia could be fully realised.

Satukan tenaga, Malaysia baru!

Bersih 2.0 steering committee

17 July 2019

(Visited 79 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of