Intimidasi polis tidak akan menghalang bantahan persempadanan semula yang tidak adil

0
166

Sekitar jam 10 pagi tadi, ASP Mohd Adnan daripada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telah hadir ke pejabat Bersih 2.0.

Pada ketika itu, pengarah eksekutif Bersih 2.0 Yap Swee Seng berada di pejabat dan polis telah meminta untuk memasuki pejabat kami.

Setelah memasuki pejabat kami, polis telah bertegas untuk merakam kenyataan Yap di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkait himpunan aman rakyat membantah manipulasi dan penipuan persempadanan semula pada 28 Mac 2018.

Namun setelah berbincang dengan pihak polis, Yap dan pasukan peguam kami telah bersetuju untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya pada hari dan masa yang akan ditetapkan pada kemudian hari.

Polis turut memaklumkan bahawa Shahrul Aman (pemangku pengerusi BERSIH), Mandeep Singh Karpall (pengurus Bersih) dan Amir Abd Hadi (penyelaras Suaram) turut disiasat dibawah akta yang sama.

Yap membantah tindakan pihak polis yang tidak mengikut prosedur kerana tidak memberikan apa-apa notis untuk merakam kenyataan kami. Polis sepatutnya arif dalam hal ini kerana adalah jelas di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, pihak polis harus memberikan notis ini.


Sebarang intimidasi yang cuba dilakukan oleh pihak polis tidak akan menggugat fokus kita terhadap perjuangan melawan persempadanan semula yang tidak adil. Rakyat seharusnya menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih besar dan penting iaitu peranan kita sebagai pengundi dalam pilihan raya umum yang akan tiba.

Penipuan mesti dikalahkan dan kita rakyat, mesti menang!

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments